Yousaf Raza Gillani
Yousaf Raza Gillani یوسف رضا گیلانی | |
---|---|
Perdana Menteri Pakistan | |
Dalam jawatan 25 Mac 2008 – 19 Jun 2012 | |
Presiden | Pervez Musharraf Muhammad Mian Soomro (Pemangku) Asif Ali Zardari |
Didahului oleh | Muhammad Mian Soomro |
Digantikan oleh | Raja Pervaiz Ashraf |
Speaker Perhimpunan Kebangsaan | |
Dalam jawatan 17 Oktober 1993 – 16 Februari 1997 | |
Didahului oleh | Gohar Ayub Khan |
Digantikan oleh | Elahi Bux Soomro |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Karachi, Pakistan | 9 Jun 1952
Parti politik | Parti Rakyat Pakistan |
Pasangan | Fauzia Giillani[1] |
Anak | 5 |
Syed Makhdoom Yousaf Raza Gilani (Urdu: مخدوم سیّد یوسف رضا گیلانی) (lahir 9 Jun 1952 di Karachi) ialah seorang ahli politik Pakistan. Beliau menjawat sebagai Perdana Menteri Pakistan ke-16 dari Mac 2008 hingga Jun 2012, apabila kelayakannya sebagai Ahli Parlimen dibatalkan oleh Mahkamah Agung Pakistan.[2] Beliau merupakan naib pengerusi Parti Rakyat Pakistan kini.
Beliau mula menjadi Ahli Parlimen pada pilihan raya umum 1988, mewakili Multan-IV. Beliau seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelancongan di dalam kabinet Benazir Bhutto. Pada 1993 pula, beliau menjadi Speaker ke-15 Perhimpunan Kebangsaan Pakistan, hingga 1997. Beliau kemudian dituduh rasuah dan dipenjarakan mahkamah tentera antara 2001 dan 2006. Pada Mac 2008, beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Pakistan, selepas partinya mendapat kemajmukan dalam pilihan raya.
Pada 25 April 2012, Mahkamah Agung Pakistan menyabitkan Gillani melanggar Artikel 63(1) (g) Perlembagaan Pakistan.[3] Mahkamah mendapati beliau sebagai perdana menteri bersalah menghina mahkamah kerana enggan membuka semula kes rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari, namun cuma memberikan hukuman simbolik "ditahan hingga mahkamah bersurai", hukuman yang berlangsung 30 saat.[4] Akhirnya pada 19 Jun 2012, Mahkamah Agung membatalkan kelayakan dan menyingkirkan Gillani daripada menjadi perdana menteri.[5][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sports Desk (23 Januari 2012). "Fauzia Gilani witnesses cricket match". The Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-20. Dicapai pada 26 April 2012.
- ^ Editorial Group Releasing; Supreme Court of Pakistan (19 June 2012). "Gilani disqualified as PM: SC". aljazeera. Dicapai pada 19 Jun 2012.
Yousuf Raza Gilani is disqualified from membership of parliament from April 26, the date of his conviction. He has also ceased to be the prime minister of Pakistan
- ^ Press Monitoring Unit Directorate (PMUD) (26 April 2012). "Timeline of Gilani contempt verdict". The News International. Dicapai pada 26 April 2012.
- ^ John Chalmers (26 April 2012). "Pakistan PM convicted of contempt, receives no jail time". Yahoo news. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-29. Dicapai pada 26 April 2012.
- ^ "Pakistan Supreme Court bans PM Gilani from office". BBC. 19 Jun 2012.
- ^ Siaran Akhbar (19 June 2012). "Gilani disqualified as PM: SC". The News International. Dicapai pada 19 Jun 2012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Website devoted to Yousuf Raza Gilani Diarkibkan 2016-08-04 di Wayback Machine
- Poem on Yusuf Raza Gilani Diarkibkan 2011-10-06 di Wayback Machine
- Poem on Yusuf Raza Gilani And Parvaiz Musharraf on YouTube. (Vedio Clip).
- BBC News -- Profile: Yusuf Raza Gilani
- Daily Times Yousaf Raza Gilani – a profile
- Dawn Newspaper - Yousaf Raza Gilani's profile
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Gohar Ayub Khan |
Speaker Perhimpunan Kebangsaan 1993–1997 |
Diikuti oleh: Elahi Bux Soomro |
Didahului oleh Muhammad Mian Soomro |
Perdana Menteri Pakistan 2008–2012 |
Diikuti oleh: Raja Pervaiz Ashraf |