[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sayyid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sayyid (Arab: سيد) (jamak sādah Arab: سادة) dalam bahasa beerti Tuan. Ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki keturunan dari "Rasulullah", Muhammad melalui cucu baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.[1]

Anak-anak perempuan golongan berketurunan sayyid diberi gelaran Sayyidah, Alawiyah, Syarifah, atau Sharifah. Anak kepada seorang wanita Sayyidah yang berkahwin dengan lelaki biasa yang tidak memiliki jurai keturunan Sayyid pula tidak layak mendapat gelaran Sayyid, walau bagaimanapun mereka berhak mendapat gelaran Mirza kerana berasal dari susur ibu berketurunan Sayyidah. Sayyid secara definisinya merujuk kepada cabang suku kaum Arab Bani Hashim, klan dari kaum Arab Quraisy yang bersambung terus kepada Adnan dan kemudiannya bersambung terus kepada Ismail dan bapanya Ibrahim.

Dalam Dunia Arab, Sayyid boleh disamaertikan dengan perkataan bahasa Melayu beerti Tuan atau "Kerabat Termulia, kerana golonga Sayyid ini berasal dari junjungan besar Muhammad.[2] Ini juga berkait dengan penggunaan perkataan sidi (dari bentuk kontrak sayyidī, bermaksud 'juraiku') yang digunakan dalam Dialek Arab Maghribi.[3] Sesetangah Sayyid mengambil gelaran Syeikh sebagai ganti.

Golongan Alevi menggunakan sebutan seyyid (dari bahasa Turki) sebagai gelaran kehormat sebelum menggunakan gelaran sufi mereka. El Cid, ialah nama yang diberikan kepada pahlawan Sepanyol yang terkenal pada abad ke 11 Masihi. Dipercayai nama ini berasal dari perkataan (As-Sayyid). As-Sayyid juga digunakan sebagai gelaran bagi merujuk kepada putera atau raja dalam sistem monarki Kesultanan Oman.

Sedangkan Kerajaan-Kerajaan di Nusantara ini yang berdasarkan kajian sejarah adalah keturunan Ahlul Bayt (Syarif / Syed) diantaranya adalah : Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas, Kesultanan Sulu, Kerajaan Perlis, Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Cirebon, Kesultanan Banten, Kesultanan Pontianak dan Ketuanan Kubu.

Penterjemahan

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Penterjemahan Kawasan pertuturan
Bahasa Arab Sayyid, Sayyidi, Sayyed, Sayid, Saiyyid, Saiyid, Sidi Dunia Arab
Bahasa Azerbaijani Seyid, Seyyid Azerbaijan, Iran
Bahasa Baluchi Sayyid, Syed, Sayeed, Sayyed, Sayid Pakistan, Wilayah Baluchistan
Bahasa Kurdi Seyid, Syed, Seyyid, Seyit Wilayah Kurdish
Bahasa Melayu Syed, Sayid Malaysia, Brunei dan Singapura
Sayyid, Syed, Sayid Indonesia
Bahasa Pashto Sayed, Syed, Said Afghanistan dan Pakistan
Bahasa Parsi Said, Sayyed, Sayed, Saeyd, Seyyed, Seyed, Saiyed, Saeid, Siyyid Afghanistan, Iran dan Pakistan
Bahasa Punjabi Sayed, Syed Pakistan
Bahasa Seraiki, Bahasa Sindhi Sayed, Syed Pakistan
Bahasa Somali Sayyid Somalia, Djibouti
Bahasa Turki Seyed, Seyit, Seyyid, Seyyed Turki, Azerbaijan dan Asia Tengah
Bahasa Bosnia Seid, Sait, Sead Bosnia dan Herzegovina
Bahasa Urdu, Bahasa Marathi, Bahasa Hindi, Bahasa Assamese, Bahasa Konkani, Bahasa Kannada, Bahasa Bhojpuri, Bahasa Telugu, Bahasa Tamil, Bahasa Bengali, Bahasa Malayalam, Bahasa Gujarati Syed, Saiyad, Saiyed, Sayyid, Saiyed, Saiyid, Sayyed, Sayid Asia Selatan
Bahasa Sepanyol Cid Al-Andalus
Lain-lain Siyyid

Pengguna yang memakai aksara Latin dalam menerjemah perkataan "sayyid" dari bahasa Arab biasanya akan menukarnya kepada perkataan "Syed" apabila berimigrasi di wilayah Asia Selatan dan Asia Tenggara, kerana sebutan masyarakat disana lebih mudah mengadaptasi dengan bunyi "e" dalam aksara sebutannya.

Gelaran-gelaran lain

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Gelaran Kawasan pertuturan
Bahasa Arab Sayyid, Sharif, Habib, untuk lelaki.

Sayyidah, Sharifah, Habibah, untuk wanita.

Dunia Arab
Bahasa Urdu, Saraiki, Punjabi, Hindko Shah, Saab, Badshah Pakistan
Bahasa Sindhi Shah, Sain, Saab, Makhdoom, Mir Sindh, Pakistan.
Bahasa Indonesia Sayid, Syarif, Habib, untuk lelaki.

Sayidah, Syarifah, Habibah, untuk Wanita.

Indonesia
Bahasa Minangkabau Sidi Sumatera Barat, Indonesia dan Negeri Sembilan, Malaysia
Bahasa Palembang Ayib Sumatera Selatan, Indonesia
Bahasa Melayu Syed, Sharif, untuk lelaki.

Sharifah, untuk wanita.

Tengku, Tunku, Ungku, dengan nama belakang (Al-Aydrus atau Alaydrus), Untuk lelaki dan wanita, keturunan Wangsa Bendahara dan Wangsa Temenggong di Malaysia.

Awangku, Pengiran, untuk lelaki, dengan nama belakang (Bolkiah atau Al-Bolkiah).

Dayangku, Pengiran, untuk wanita, dengan nama belakang (Bolkiah, atau Al-Bolkiah), keturunan Wangsa Bolkiah di Brunei.

Malaysia, Singapura, Brunei
Bahasa Malayalam Thangal [perlu rujukan] Kerala, India
Bahasa Gujarati Sayedna, Syedna, Sayednah Barat Laut India
Bahasa Urdu, Punjabi, Shah, Shah Ji, Pir, Pir Sahib Pakistan, India
Bahasa Parsi Shah, Mir, Mirza, Sayed Iran dan Afghanistan
Bahasa Urdu, Bahasa Bengali, Bahasa Melayu Shah, Agha, Saab, Mir Asia Selatan dan Asia Tenggara

Jurai keturunan Sayyid Hassani yang memerintah Makkah, Madinah, Iraq dan kini memerintah di Jordan, dari kalangan kerabat Wangsa Hasyimiah, mewujudkan gelaran 'Sharif' (jamak; Ashraf). 'Sharif' dikhususkan bagi keturunan Hassan bin Ali, manakala Sayyid pula dikhususkan bagi keturunan Hussein bin Ali. Walau bagaimanapun, sejak pasca era-Wangsa Hasyimiah bermula, terma Sayyid telah menjadi penanda kepada kedua-dua belah pihak keturunan Hassan dan Hussein. Arab Syiah pula menggunakan terma Sayyid dan Habib bagi merujuk kepada keturunan Hassan dan Hussein.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ho, Engseng. 2006. Graves of Tarim. University of California Press. Berkeley. p. 149
  2. ^ Cleveland, W.L. & Bunton, M. (2009). A history of the modern middle east, 4th edition. Philadelphia, PA: Westview Press.
  3. ^ People of India by Herbert Risely

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Ba'Alawi Sadah of Hadhramaut Diarkibkan 2011-05-11 di Wayback Machine
  • GILANI Sayyads of Masanian Sharif Diarkibkan 2010-03-09 di Wayback Machine
  • Ba`alawi.com Ba'alawi.com | The definitive resource for Islam and the Alawi Ancestry
  • Sayyid Trust
  • Jamaiat Hanfia Qadria Mahmoodia
  • The BaAlawi Genealogy
  •  Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Templat:Indian Muslim