[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anugerah Juara Lagu ke-26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3555567 pada 21:35, 11 Mac 2015 oleh Rotlink (bincang | sumb.) (gcache removed this entry)
Anugerah Juara Lagu
ke-26
Tarikh29 Januari 2012
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraFaizal Ismail dan Cheryl Samad
Tempoh Tayangan3 jam
Juara LaguAwan Nano
  • ← 2010
  • 2012 →

Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2011.

AJL26 dijuarai oleh lagu "Awan Nano", lagu gubahan Datuk M. Nasir dengan seni kata Budi Hekayat, nyanyian Hafiz Suip.

Am

Tema penganjuran AJL26 bercogan kata "Alunan Muzik Bergelora"[1] yang mengetengahkan unsur air, terutamanya dalam promo-promo yang memperlihatkan . Seperti biasa, 30 buah lagu yang meraih markah tertinggi dalam carta Muzik-Muzik 26 sepanjang tahun 2011 dilayakkan ke Separuh Akhir untuk dinilai semula untuk mencari 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu. Inilah kali ketiga lagu-lagu terlibat tidak dibahagikan kepada kategori setelah pengkategorian dimansuhkan pada musim 2009 gara-gara kelesuan kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif. Perubahan yang paling ketara dalam penganjuran AJL kali ini ialah peningkatan bilangan juri kepada 30 orang yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang menilai lagu sebelum hari pertandingan dan 10 lagi menilai lagu dan persembahan pada malam pertandingan. Dari segi penyanyi lagu, Jaclyn Victor mengganti Anuar Zain sebagai penyanyi "Sedetik Lebih" dalam Separuh Akhir dan AJL.

Dengan Celcom sebagai penaja utama, satu anugerah khas baru diperkenalkan iaitu "Anugerah Juara Mobile Celcom" untuk mengiktiraf lagu yang telah mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak melalui khidmat muat turun The Cube yang dikendalikan oleh Celcom.[2]

Muzik-Muzik Separuh Akhir

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Jumaat berturut-turut pada 18, 25 November dan 2 Disember 2011, jam 9 malam[3], bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Lagu-lagu yang layak ke AJL 26 ditebalkan seperti berikut[4]:

  • "Sungai Lui"Aizat
    (lagu/lirik: Aizat & Anas/ Aizat & Anas)
  • "Janji" – Akim
    (lagu/lirik: Akim)
  • "Awan Nano"Hafiz
    (lagu/lirik: M. Nasir/Budi Hekayat)
  • "Menyesal" – 6ixth Sense
    (lagu/lirik: Gijie/6ixth Sense)
  • "Maaf Dari Hati" – Sofazr
    (lagu/lirik: Mohd Atlas)
  • "Kisah Hati"Alyah
    (lagu/lirik: Manusia Putih)
  • "Bagaikan Bidadari" – Tomok
    (lagu/lirik: Aubrey Suwito/ Tomok)
  • "Babak Pertama" – Drama
    (lagu/lirik: Ammar Habir/Aepul)
  • "Perpisahan Ini" – 1st Edition dan Aizat
    (lagu/lirik: Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
  • "Ilusi" – Adira
    (lagu/lirik: Audi Mok)
  • "Pokok" – Meet Uncle Hussain dan Nubhan
    (lagu/lirik: Taja/Tun Teja)
  • "Kalau Berpacaran" – Shohaimi Mior Hassan,Ana Raffali&Altimet
    (lagu/lirik: Shohaimi Mior Hassan/Shohaimi Mior Hassan,Ana Raffali&Altimet)

  • "Beribu Sesalan" – Ning Baizura,Jaclyn Victor&Shila Amzah
    (lagu/lirik: Kevin Chin/Tinta)
  • "Muda" – Hujan
    (lagu/lirik: Noh Hujan)
  • "Wanita Seluruh Dunia"Projek Pistol
    (lagu/lirik: Boy Clifford)
  • "Kurnia" – Noh Hujan & Mizz Nina
    (lagu/lirik: Noh Hujan)
  • "Luar Biasa" – Shahir
    (lagu/lirik: Audi Mok/Zelfirdaus)
  • "Karma"Faizal Tahir
    (lagu/lirik: Audi Mok&Faizal/Audi Mok&Faizal)
  • "Mata Hati" – Nubhan
    (lagu/lirik: Audi Mok)
  • "Kekanda Adinda" – Atilia & Monoloque
    (lagu/lirik: Monoloque)
  • "Gadis Semasa"Yuna
    (lagu/lirik: Yuna)
  • "Cinta Matiku" – 6ixth Sense
    (lagu/lirik: 6ixth Sense)
  • "Penakut"Yuna
    (lagu/lirik: Yuna)
  • "Kisah Dongeng" – Stacy
    (lagu/lirik: Edry Abd Halim)

Anugerah Juara Lagu

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari 2012. Upacara membuka tirai dengan persembahan "Senandung Semalam" oleh Jamal Abdillah, "Bujang Senang" oleh Awie, dan "Warna" oleh Datuk Sheila Majid. Lagu-lagu yang layak dinilai oleh 30 orang juri yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang yang menilai lagu dengan mendengar rakaman lagu-lagu berkenaan sebelum malam pertandingan dan memberikan 80 peratus markah, dan 10 orang yang menilai lagu dan persembahan pada malam anugerah dan memberikan 20 peratus markah.[5]

Urutan persembahan adalah seperti berikut:

  1. "Wanita Seluruh Dunia" – Project Pistol
  2. "Sedetik Lebih" – Jaclyn Victor
  3. "Kekanda Adinda" – Monoloque/Atilia
  4. "Gadis Semasa" – Yuna
  5. "Kalau Berpacaran" – Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan & Altimet
  6. "Cinta Muka Buku" – Najwa Latif
  7. "Karma" – Faizal Tahir
  8. "Kisah Hati" – Alyah
  9. "Sungai Lui" – Aizat
  10. "Penakut" – Yuna
  11. "Awan Nano" – Hafiz
  12. "Beribu Sesalan" – Tiga Suara (Ning/Jac/Shila)

Sebelum keputusan diumumkan, acara diserikan dengan persembahan tribut kepada Allahyarham Sudirman yang terdiri daripada "Hidup Sederhana" oleh Black, "Balik Kampung" oleh Hazama AF9 , "Chow Kit Road" oleh Azlan & The Typewriter dan "Salam Terakhir" nyanyian bersama ketiga-tiga seniman.

Keputusan

  • Anugerah Juara Mobile Celcom: "Sedetik Lebih" (gubahan/lirik: Edry Abdul Halim)
  • Persembahan Terbaik: "Kisah Hati" (Alyah), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Vokal Terbaik: "Awan Nano" (Hafiz), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Tempat ketiga: "Karma" (Faizal Tahir; lagu/lirik: Audi Mok dan Faizal Tahir), membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000
  • Naib juara: "Beribu Sesalan" (3 Suara; lagu Kevin Chin, lirik: Tinta), membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000
  • Juara: "Awan Nano" (Hafiz; lagu: M. Nasir, lirik: Budi Hekayat), membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000

Sambutan

Mengikut laporan penontonan yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Malaysia pada 31 Januari 2012, AJL mencipta rekod baru dengan meraih kadar tontonan pukal keseluruhan seramai 6.5 juta penonton serta takat penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6%, iaitu yang tertinggi bagi sesebuah terbitan acara hiburan dalam sejarah televisyen Malaysia. Selain itu, jumlah penonton AJL26 di Internet adalah 118,864 kali, iaitu 42% lebih berbanding AJL25, apatah lagi tapak web rasmi AJL26 turut mencatat peningkatan kunjungan sebanyak 37% dari tahun lalu kepada 113,356 kunjungan unik.[6]

Rujukan

  1. ^ Alunan muzik bergelora di AJL26, Tupai.com.my, 6 Jan 2012. Dicapai pada 31 Jan 2012.
  2. ^ Anugerah Juara Lagu 26 : Alunan Muzik Bergelora, TV3, 9 Jan 2012. Dicapai pada 29 Jan 2012.
  3. ^ http://www.mummynemo.com/2011/10/senarai-lagu-muzik-muzik-26-separuh-akhir-2011/
  4. ^ http://rilekslah.com/anugerah-juara-lagu-26-ajl-26-menampilkan-12-finalis/
  5. ^ Komposer, finalis sambut baik, Kosmo!, 28 Jan 2012. Dicapai pada 29 Jan 2012.
  6. ^ Rating AJL 26 Cecah Rekod 6.5 Juta Penonton, Sensasi Selebriti, 31 Jan 2012. Dicapai pada 31 Jan 2012.