30 Julai
Penampilan
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
30 Julai merupakan hari ke-211 (hari ke-212 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 154 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Kemerdekaan di Vanuatu (1980).
Peristiwa
- 1619 - Dewan Burgesses di Virginia yang merupakan dewan undangan pertama yang dipilih di Amerika, bersidang buat pertama kali.
- 1825 - Pulau Malden (gambar), kini sebahagian Kepulauan Line Kiribati, ditemui di Lautan Pasifik.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan cuba mematahkan barisan Gabungan dalam Pertempuran Kawah namun gagal.
- 1930 - Tuan rumah Uruguay menewaskan Argentina 4 - 2 di Montevideo untuk memenangi Piala Dunia bola sepak pertama.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Penjajap Tentera Laut A.S. USS Indianapolis ditenggelamkan oleh kapal selam Jepun I-58.
- 2003 - Volkswagen Beetle gaya lama (gambar) yang terakhir dikeluarkan di Puebla, Mexico.
- 2006 - Perang Lubnan: Tentera Udara Israel menyerang sebuah bangunan tiga tingkat berhampiran Qana, Lubnan Selatan, membunuh sekurang-kurangnya 28 orang awam, termasuk 16 kank-kanak.
Kelahiran
- 1974 - Hilary Swank, pelakon Amerika Syarikat