[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

FOSS Pengenalan Am/Kajian-Kajian Kes

Daripada Wikibuku

Kajian Kes: FOSS dalam Kerajaan

[sunting]

Pengenalan

[sunting]

Bandar Largo merupakan satu daripada kes berprofil tinggi terawal berkaitan dengan pemindahan pentadbiran kerajaan kepada Linux (P: atau GNU/Linux). Sistem IT bandar kecil ini yang terletak di negeri Florida, Amerika Syarikat menggaji 800 kakitangan, termasuk perkhidmatan keselamatan dan kesihatan tempatan. Implementasi bermula dalam tahun 2000 dan semenjak itu pengalaman mereka dengan Linux amat positif.

Dorongan pemindahan kepada Linux

[sunting]

Dalam tahun 2000, jabatan IT Largo mengkaji pilihan untuk menaik taraf kerana masalah-masalah mula diketemui dengan produk-produk SCO OpenServer dan UnixWare yang diperoleh daripada Santa Cruz Operation. Pelbagai pilihan dinilai, termasuk Microsoft Windows buat komputer peribadi. Walau bagaimanapun, oleh sebab mereka sudahpun menggunakan infrastruktur pelanggan kecil (thin-client) berlandaskan Unix, gabungan kos-kos perkakasan dan perisian yang terlibat dalam pemindahan dikira terlalu mahal. Tambahan lagi, pasukan IT tidak mahu dikunci dalam kitaran naik taraf setiap 2-3 tahun yang akan memerlukan pembayaran kos menaik taraf mahupun penaikan taraf tidak diperlukan.

Akhirnya, keputusan dibuat untuk menyimpan infrastruktur pelanggan kecil, akan tetapi berpindah kepada sistem-sistem Linux yang berlandaskan edaran Red Hat.

Pendekatan implementasi

[sunting]

Sebuah penyelesaian diuji dan diimplementasi bermula tahun 2000 dan diselesaikan dalam pertengahan tahun 2001. Dua pelayan pemproses kembar Compaq yang berkuasa tinggi (pada masa itu) menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan kebanyakan pengguna. Pelbagai aplikasi FOSS dan bukan FOSS digabungkan, termasuk Netscape Navigator (pelayar web), Novell Evolution (pelanggan e-mel) dan WordPerfect 8 (pemproses kata). Keperluan berat pangkalan data dilaksanakan menggunakan persisian proprietari Oracle Database sementara Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint disediakan untuk para pengguna Linux melalui gabungan Windows NT pelayan Citrix Metaframe. Pada keseluruhannya, terdapat lebih kurang 20 pelayan berlainan yang bekerja sama, yang melaksanakan campuran sistem operasi Linux, Microsoft Windows dan Unix.

Pada sebelah komputer meja, keadaan lebih mudah. Model pelanggan kecil hanya memerlukan perkakas minimum daripada unit-unit meja. Justeru, unit-unit meja dapat diperoleh pada kos yang relatif rendah. Dalam beberapa kes, pasukan IT dapat memperoleh sistem-sistem meja dengan harga serendah AS$5 per unit. Dengan jangka hayat selama 10 tahun dan hanya sedikit bahagian yang bergerak, unit-unit meja ini jarang rosak dan memiliki jangka hayat berguna yang lebih panjang daripada PC meja biasa.

Keputusan

[sunting]

Pemindahan kepada Linux dianggarkan dapat menjimatkan perbelanjaan bandar sebanyak AS$1 juta dalam tahun pertama. Largo buat masa ini mempunyai bajet IT yang hanya sebanyak lebih kurang 40 peratus saiz bajet bandar setara. Bandar-bandar setara biasanya membelanjakan 3-4 peratus bajet bandar untuk IT akan tetapi pasukan IT Largo hanya membelanjakan 1.3 peratus bajet bandar dengan selesa. Keberkesanan penggunaan perkakasan oleh Linux juga meraih penjimatan yang amat besar. pasukan IT menganggarkan yang mereka tidak perlu menaik taraf komputer-komputer meja mereka sehingga tahun 2007.

Pengurangan bilangan kakitangan yang diperlukan juga signifikan. Meja bantuan pengguna akhir hanya memerlukan dua atau tiga orang untuk menyokong kumpulan pengguna seramai 800 kakitangan. Nisbah rendah ini disandarkan kepada keutuhan, kestabilan dan kebolehramalan sistem. Baki 10 orang kakitangan jabatan IT sering dilepaskan untuk melakukan tugasan lain, termasuk membuat penambahbaikan infrastruktur IT.

Bacaan lanjut

[sunting]
Bahasa Inggeris

Kajian Kes: FOSS dalam Pendidikan

[sunting]

Pengenalan

[sunting]

Goa Schools Computer Project ("Projek Komputer Sekolah-Sekolah Goa") (GSCP) dilancarkan di negeri Goa di India untuk menyediakan makmal-makmal komputer yang mampu dibeli kepada sekolah-sekolah menengah dan menengah tinggi di negeri itu. Projek-projek perintis pertama dilancarkan dalam tahun 2000 dan selepas penilaian, projek kedua yang lebih besar dilancarkan dalam tahun 2002.

GSCP merupakan usaha sama yang melibatkan organisasi-organisasi sektor awam swasta dan NGO. Jabatan Pendidikan Goa, Red Hat Linux, NGO Goa Computers in Schools Project dan Goa Sudharop Community Development Charity ("Amal Pembangunan Masyarakat Sudharop Goa") semuanya menyumbang kepada kejayaan projek ini. Dengan menggunakan komputer yang dikitar semula dan sistem FOSS GNU/Linux, sebanyak 125 sekolah menerima komputer yang tidak akan dapat diperoleh dengan cara lain.

Dorongan

[sunting]

Kos merupakan dorongan utama penggunaan sistem GNU/Linux, terutama sekali kos pelesenan perisian proprietari. Oleh sebab projek ini memutuskan dari mula lagi untuk mengitar semula komputer (juga atas dasar kos), mencari perisian yang dapat diletakkan di dalam sistem-sistem ini menjadi isu besar. Secara tipikalnya sistem-sistem ini diterima dengan cakera keras kosong yang didorong oleh kerisauan tentang keselamatan organisasi-organisasi yang menderma komputer-komputer tersebut. Pembelian perisian untuk digunakan dengan sistem-sistem ini akan menggandakan kos komputer.

Dengan menggunakan gabungan komputer yang dikitar semula dan Linux, GSCP dapat memasang sistem-sistem dengan kos sedikit, semurah AS$35 per sistem, dengan makmal-makmal komputer lengkap termasuk perangkaian, berharga kurang daripada AS$500. Perisian propietari untuk sebuah komputer sahaja akan menelan belanja sekurang-kurangnya AS$400–500 setiap satu, berkali ganda kos komputer itu sendiri.

Sebuah kajian tentang kos telah dilakukan untuk projek ini. Berasaskan data daripada projek-projek sebelumnya di negeri-negeri lain di India seperti Andhra Pradesh, Karnataka, Tamil Nadu dan Kerala, dianggarkan bahawa model perkakasan kitar semula/Linux menjimatkan sebanyak 77% kos penyelesaian tradisional (perisian proprietari, perkakasan baharu). Menggabung Linux dengan perkakasan baharu akan menjimatkan 64 peratus kos model perisian proprietari/perkakasan baharu.

Pendekatan pelaksanaan

[sunting]

GSCP menggunakan komputer yang dibersihkan, dan diimport dari negara-negara lebih membangun. Komputer-komputer ini biasanya merupakan model yang sudah lapuk yang diganti semasa kitaran penaikan taraf korporat secara berkala. Selepas ujian dan pemasangan komponen yang perlu, komputer-komputer ini dipasang dengan sistem operasi GNU Linux. Pemasangan-pemasang yang lebih besar (makmal dengan lebih daripada empat komputer) menggunakan konfigurasi pelanggan kecil dengan GNU Linux.

Secara tipikal, setiap makmal komputer merupakan usaha sama antara GSCP dengan sekolah tempatan. GSCP menyediakan peralatan dan latihan guru sementara pihak sekolah menyediakan bekalan kuasa tanpa gangguan (uninterruptible power supply, UPS), pendawaian dan perabot makmal komputer. Apabila sudah siap dipasang, makmal komputer akan digunakan sekolah-sekolah semasa waktu sekolah dan oleh masyarakat awam selepas di luar waktu sekolah.

Hasil

[sunting]

Sebuah survei yang dilakukan setahun selepas komputer dibekalkan mendapati 90 peratus PC telah dipasang dan 79 PC beroperasi. Sekolah-sekolah yang mengguna model pelanggan kecil, yang juga merupakan sekolah-sekolah yang menerima empat buah atau lebih PC, merupakan yang terbaik. Prestasi sekolah-sekolah di kawasan bandar lebih baik daripada sekolah-sekolah di luar bandar disebabkan pelbagai faktor, termasuk sokongan yang lebih baik dan bilangan komputer yang lebih (oleh sebab bilangan murid yang lebih ramai).

Sekolah-sekolah sekarang mengenakan bayaran sebanyak AS 20 sen setiap murid untuk dana penyelenggaraan dan capaian Internet. Uji kaji-uji kaji perintis untuk mengkaji kelestarian mengenakan bayaran terhadap masyarakat awam bagi penggunaan kemudahan pengkomputan dan Internet. Pengalaman projek di negara-negara lain menunjukkan yang ia dapat dilaksanakan dan diharapkan ini juga dapat dijayakan di Goa.

Bacaan lanjut

[sunting]
Bahasa Inggeris