Wikidata
Ia membolehkan pengurusan berpusat bagi pautan interwiki yang terletak di bar sisi, di antara pelbagai versi bahasa projek-projek dan rentas projek yang meliputi subjek-subjek tertentu, yang sebelum ini dilaksanakan melalui pautan interwiki masing-masing di bahagian bawah halaman.
Wikidata (www.wikidata.org) bertujuan untuk mewujudkan pangkalan pengetahuan tentang dunia yang dapat dibaca dan disunting oleh manusia dan mesin. Ia akan menyediakan data dalam semua bahasa projek-projek Wikimedia, dan membenarkan capaian pusat untuk data dalam cara yang serupa dengan cara Wikimedia Commons berkenaan fail-fail multimedia. Wikidata ialah projek baharu yang dihos dan diselenggarakan oleh Wikimedia.
Pembangunan awal projek dibiayai dengan sumbangan daripada Institut Allen untuk Kepintaran Buatan [ai]2, Yayasan Gordon dan Betty Moore serta Google, Inc.
Maklumat lanjut
- Wikidata.org – ini adalah tapak sesawang sebenar.
[://wikidata-test.wikimedia.de Tapak demonstrasi versi pembangunan]– membolehkan anda mencuba kod versi pembangunan yang mutakhir.- Pengenalan – menyediakan pengenalan bukan teknikal tentang matlamat cadangan projek Wikidata.
- Soalan-soalan sering ditanya (FAQ) – jawapan kepada beberapa soalan-soalan lazim yang sering ditanya.
- Pembangunan – memberikan gambaran kerja-kerja pembangunan terkini.
- Sumbang – bagaimana anda dapat membantu.
- Glosari – senarai istilah yang digunakan dalam Wikidata yang disertakan dengan penjelasannya sekali.
Kesan terhadap Wikipedia
Kami bekerja dalam tiga perkara utama:
- Memusatkan pautan bahasa
- Menyediakan pusat bagi data kotak maklumat untuk semua Wikipedia
- Mewujudkan dan mengemaskini rencana-rencana senarai berdasarkan data dalam Wikidata
Status
Kami mengepos ringkasan aktiviti Wikidata secara berkala di kemas kini status.
Saiz
Wikidata kini merupakan projek Wikimedia terbesar, dengan lebih daripada 100 juta halaman kandungan.