Gunakan Rantai Kunci iCloud untuk memastikan maklumat selamat pada Mac
Rantai Kunci iCloud memastikan maklumat log masuk tapak web dan maklumat kad kredit yang anda gunakan dengan isi auto dalam Safari dan maklumat rangkaian Wi-Fi anda dikemas kini merentas semua komputer Mac (OS X 10.9 atau lebih baharu), peranti iOS (iOS 7.0.3 atau lebih baharu) dan peranti iPadOS anda.
Rantai Kunci iCloud juga menyimpan seting akaun, supaya akaun media sosial anda boleh ditambah secara automatik ke Mac lain apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda pada Mac tersebut. Sebagai contoh, akaun Exchange, Google dan akaun internet lain yang anda gunakan dengan Mail, Kenalan, Kalendar, Peringatan, Nota dan Mesej boleh ditambah secara automatik.
Semua yang disimpan dalam Rantai Kunci iCloud adalah selamat—ia dilindungi oleh penyulitan standard industri. Rantai Kunci iCloud anda tidak boleh disediakan pada Mac atau peranti iOS atau iPadOS lain kecuali jika anda luluskannya.
Sediakan Rantai Kunci iCloud pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih iCloud dalam bar sisi.
Pilih Rantai Kunci, kemudian ikut arahan pada skrin.
Anda mesti menyediakan iCloud sebelum anda boleh memilih Rantai Kunci.
Luluskan peranti untuk menggunakan Rantai Kunci iCloud
Jika Apple ID anda disediakan untuk pengesahan dua faktor, anda boleh menyediakan dan meluluskan peranti lain untuk menggunakan data iCloud anda. Hanya masukkan kata laluan atau kod laluan log masuk peranti yang telah mempunyai Rantai Kunci iCloud disediakan.
Jika anda tidak menggunakan pengesahan dua faktor dan anda menyediakan pada peranti lain untuk menggunakan Rantai Kunci iCloud, anda mungkin menerima pemberitahuan yang menyatakan peranti lain mahu menggunakan akaun anda. Bagi meluluskan peranti untuk menggunakan Rantai Kunci iCloud, ikuti arahan ini.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada yang berikut:
Dalam pemberitahuan, klik Teruskan.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , pilih iCloud dalam bar sisi, klik Pilihan di sebelah kanan Rantai Kunci, kemudian klik Butiran.
Dalam dialog yang muncul, masukkan Apple ID anda dan kata laluan yang anda gunakan dengan iCloud, kemudian klik Benarkan.
Menukar cara peranti baharu boleh diluluskan
Jika Apple ID anda disediakan untuk pengesahan dua faktor, apabila anda menyediakan iCloud pada peranti baharu, anda boleh membenarkan peranti untuk menggunakan data iCloud anda dengan hanya memasukkan kata laluan log masuk dan kod pengesahan daripada peranti atau Mac yang dipercayai.
Walau bagaimanapun jika anda melihat butang Pilihan bersebelahan Rantai Kunci dalam keutamaan iCloud, anda dapat menukar sama ada Kod Keselamatan iCloud dapat digunakan untuk meluluskan Rantai Kunci iCloud pada peranti baharu. Anda juga boleh menukar Kod Keselamatan iCloud atau nombor telefon yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda selepas anda menggunakan Kod Keselamatan iCloud.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian pilih iCloud dalam bar sisi.
Pastikan Rantai Kunci diaktifkan dan Mac anda diluluskan.
Klik Pilihan di sebelah Rantai Kunci, kemudian buat perubahan dalam dialog yang muncul.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Rantai Kunci iCloud pada peranti iOS atau iPadOS anda, lihat maklumat tentang menyediakan Rantai Kunci iCloud dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Mengeluarkan maklumat kad kredit atau nama akaun dan kata laluan dalam Safari (atau dengan Akses Rantai Kunci) memadamkannya dari rantai kunci macOS anda dan dari Rantai Kunci iCloud anda.