Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Lihat fail dan folder pada iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh melihat fail dan folder yang disimpan dalam iCloud Drive menggunakan pelayar web.
Lihat fail dan folder
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, klik pilihan dalam bar sisi, seperti Terbaru atau Layari.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik .
Untuk membuka folder, klik dua kali padanya.
Untuk melihat fail, lakukan salah satu yang berikut:
Buka fail dalam tab baharu: Klik dua kali padanya.
Lihat pratonton dalam tab semasa anda: Pilih fail, klik di sudut kanan atas, kemudian pilih Pratonton. Jika fail tersebut tidak mempunyai imej kecil, anda tidak boleh melihat pratonton.
Petua: Anda juga boleh memilih fail, kemudian tekan bar Space.
Tukar cara fail dan folder dipaparkan
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, klik atau di sudut kiri atas (bergantung pada paparan semasa anda).
Pilih satu pilihan:
Grid: Fail dan folder ditunjukkan sebagai ikon yang disusun dalam grid.
Senarai: Fail dan folder disusun mengikut nama dalam senarai dan lajur lain menunjukkan maklumat tambahan.
Tukar cara fail dan folder diisih
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, klik menu “Isih mengikut” di sudut kanan atas, kemudian pilih Tarikh, Jenis, Nama atau Saiz.
Jika anda tidak melihat menu timbul “Isih mengikut”, pastikan anda tidak melihat folder Terkini.
Lihat maklumat fail dan folder
Pilih fail atau folder, klik di sudut kanan atas, kemudian klik Butiran.
Maklumat termasuk jenis fail, saiz fail, kali terakhir fail diubah suai dan tempat fail disimpan. Jika fail dikongsi, anda juga boleh melihat orang yang mengongsikan fail.
Ketahui cara menggunakan iCloud Drive di iCloud.com pada telefon atau tablet.