[go: up one dir, main page]

Timah sari

unsur kimia dengan lambang Zn dan nombor atom 30
(Dilencongkan daripada Zink)
30 tembagazinkgalium
-

Zn

Cd

Am
Nama, simbol, nombor zink, Zn, 30
Siri kimialogam peralihan
Kumpulan, kala, blok 124, d
Rupakelabu pudar kebiru-biruan
Jisim atom piawai 65.409(4)g·mol−1
Tatarajah elektron [Ar] 3d10 4s2
Elektron pada setiap petala 2, 8, 18, 2
Fasapepejal
Ketumpatan (pada suhu bilik)7.14 g·cm−3
Ketumpatan cecair pada takat lebur6.57 g·cm−3
Takat lebur692.68 K
(419.53 °C, 787.15 °F)
Takat didih1180 K
(907 °C, 1665 °F)
Haba lakuran7.32 kJ·mol−1
Haba pengewapan123.6 kJ·mol−1
Muatan haba tentu(25 °C) 25.470 J·mol−1·K−1
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 610 670 750 852 990 (1185)
Sifat keatoman
Keadaan pengoksidaan+1(jarang-jarang) +2
(Oksida amfoterik)
Keelektronegatifan1.65 (skala Pauling)
Jejari atom135 pm
Jejari atom terhitung142 pm
Jejari kovalen131 pm
Jejari Van der Waals139 pm
Lain-lain
Sifat magnetdiamagnet
Kerintangan elektrik(20 °C) 59.0 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 116 W·m−1·K−1
Pengembangan terma(25 °C) 30.2 µm·m−1·K−1
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) (guling) 3850 m·s−1
Modulus Young108 GPa
Modulus ricih43 GPa
Nisbah Poisson0.25
Kekerasan Brinell412 MPa
Nombor CAS7440-66-6
Isotop-isotop terpilih
Rencana utama: Isotop zink
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
64Zn 48.6% Zn stabil dengan 34 neutron
65Zn syn 244.26 h ε - 65Cu
γ 1.1155 -
66Zn 27.9% Zn stabil dengan 36 neutron
67Zn 4.1% Zn stabil dengan 37 neutron
68Zn 18.8% Zn stabil dengan 38 neutron
69Zn syn 56.4 min β 0.906 69Ga
70Zn 0.6% Zn stabil dengan 40 neutron
Rujukan

Zink (Jawi: زيڠك, daripada bahasa Jerman Zink) atau timah sari (Jawi: تيمه ساري[1]) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Zn dan nombor atom 30. Zink tulen yang dihasilkan secara komersil dikenali sebagai Special High Grade (SHG) iaitu Gred Istimewa Tinggi yang mempunyai ketulenan sebanyak 99.995%.

Sifat-sifat utama

sunting

Zink berwarna kelabu kebiru-biruan dan bersifat sederhana reaktif. Zink menjadi sebam (kusam) apabila terdedah kepada udara lembap. Zink terbakar dalam udara dengan nyalaan hijau kebiru-biruan yang terang, lalu membebaskan wasap zink oksida. Zink bertindak balas dengan asid, alkali dan lain-lain unsur bukan logam. Jika zink yang bertindak balas dengan asid adalah tidak tulen, tindakan ini akan membebaskan gas hidrogen. Salah satu nombor pengoksidaan zink yang lazim ialah +2. Logam zink mudah tertempa pada suhu antara 100 °C sehingga 210 °C dan boleh diketuk menjadi pelbagai bentuk. Pada suhu melebihi 210 °C, logam ini menjadi rapuh dan akan pecah jika diketuk. Zink tidak bermagnet.

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilkinson, Richard James (1901). timah. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 211.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.