[go: up one dir, main page]

Warna

sifat yang kelihatan pada objek apabila cahaya dengan panjang gelombang yang berlainan dipantulkan

Warna (Jawi: ورنا, pinjaman Sanskrit: वर्ण varṇa "penutup, penampakan luar...jenis, sifat"[1]) ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak, atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Warna merupakan sebahagian yang penting dalam seni tampak.

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Jenis-jenis warna

sunting

Warna asas

sunting
 
Tiga warna asas. Dari kiri: Merah,Biru,kuning

warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:

  • Merah
  • Biru
  • Kuning

Warna sekunder

sunting

Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder tersebut ialah:


Warna Asas 1 Campuran Warna Asas 2 Hasil Warna
Merah + Kuning Jingga
Kuning + Biru Hijau
Biru + Merah Ungu

Warna tertier

sunting

Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.

Warna Asas Campuran Warna Sekunder Hasil Warna
Kuning + Hijau Kuning Hijau
Kuning + Jingga Kuning Jingga
Merah + Jingga Merah Jingga
Merah + Ungu Merah Ungu
Biru + Ungu Biru Ungu
Biru + Hijau Biru Hijau

Ton warna

sunting

Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.

Gubahan warna

sunting

Sewarna

sunting

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:

  • Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
  • Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
  • Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan dalaman, ubin, perabot dan sebagainya.
 
Kesan ton warna cat air
Fail:Tonwarna2.png
Contoh ton warna di alam sekeliling

Warna kroma

sunting

Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia

Warna neutral

sunting
 
Warna ton antara putih dan hitam

Warna neutral adalah pelbagai jenis warna kelabu yang tonnya terletak diantara putih dan hitam. Warna neutral juga merujuk kepada warna kroma campuran dua warna penggenap dengan nisbah tertentu dan menghasilkan warna baru yang telah hilang nilai kedua-dua warna asalnya. Contoh warna seperti ini ialah perang, khaki, warna kulit , sawo matang dan sebagainya.

Kesan warna

sunting

Inspirasi

sunting

Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 924. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 281. ISBN 979-459-416-4.

Pautan luar

sunting