[go: up one dir, main page]

X FM

(Dilencongkan daripada XFresh FM)

XFM ialah sebuah stesen radio di Malaysia yang terkenal kerana hanya memutarkan lagu-lagu Malaysia. Nama asal stesen radio ini adalah XFresh FM, walaupun telah bertukar nama kepada XFM pada Ogos 2008, namun penggunaan nama XFresh dalam logo diteruskan sehingga pertengahan 2009. Stesen ini menyasarkan pendengar remaja. XFM dilancarkan di corong FM pada 28 September 2004 setelah lama hanya berkumandang di Astro Radio dan DVR Player juga dikenali sebagai Digital Visual Radio di bawah nama Varia merupakan salah satu komponen kepada jenama portal web remaja XFresh yang merupakan naungan AMP Radio Networks.[1] Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Malaysia Terbaru Anda". XFM bersiaran secara online bermula pada 9 Julai 2012, frekuensi dan slot di Saluran Astro 858 diambil-alih oleh stesen radio berbahasa Cina, Melody FM.

XFM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia
Slogan
  • Di Sini Bermulanya Muzik Malaysia Terbaru (2004–2008)
  • Berdiri Di Belakang Bunyi Baru Muzik Malaysia (2009–2010)
  • Muzik Malaysia Terbaru Anda (2011–2012)
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tarikh siaran pertama28 September 2004; 20 tahun yang lalu (2004-09-28)
FormatRadio kontemporari dewasa
Tarikh siaran terakhir9 Julai 2012; 12 tahun yang lalu (2012-07-09)
Bahasa
PemilikAstro Radio
Saluran kembarHitz FM, Mix FM, Lite FM, Sinar FM, My FM, Melody FM, Era FM, THR Gegar dan THR Raaga

Penyenarai lagu

sunting
  • MC George

Bekas penyampai

sunting

Berikut ialah barisan bekas penyampai XFM (sehingga 9 Julai 2012).

Kritikan

sunting
  • Pendengar mengkritik penyiaran lagunya kerana mengudarakan lagu yang sama sebanyak 2-3 kali dalam 1 jam, tetapi pada tahun 2010, stesen radio ini memutarkan lagu-lagu 90-an yang bercanggah dengan motto XFM. XFM juga pernah dikritik kerana menyiarkan lagu Indonesia yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan dan lagu daripada artis Singapura seperti Aliff Aziz dan Ahli Fiqir. Kritik untuk penyiaran lagu lama juga diteruskan setelah XFM beralih kepada radio internet.
  • Carta dikritik kerana banyak lagu sama dikekalkan dalam carta dan tiada waktu ulangan.
  • Menghentikan salah satu program mereka iaitu "Ye Tak Em A" semata-mata untuk ditiru oleh stesen lain.
  • Majoriti daripada penyampai berpindah ke stesen radio lain, dengan kebanyakkan penyampai bertukar ke Era FM, menyebabkan pendengar tidak lagi berminat dengan XFM.

Sejarah

sunting

Setelah Din Beramboi meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi, Haniff dan Ray (penyampai untuk program Ra'yat Pagi X) telah dipindahkan ke Era FM untuk menemani Aznil Nawawi untuk segmen Riuh Pagi Era bermula Jun 2010. Johan kemudiannya menggantikan Aznil Nawawi dalam segmen pagi pada Januari 2012.

Thevandran a/l Ramanath/Burn juga telah dipindahkan ke Era FM pada November 2008 setelah beberapa orang penyampai di sana telah keluar daripada stesen radio tersebut.

Manakala, Nana (sebelumnya bertugas di Era FM) pula dipindahkan ke XFM untuk tujuan mempromosikan stesen ini, tetapi telah meninggalkan XFM pada Mei 2011.

Pada tahun 2010 juga, menyaksikan X FM kehilangan sejumlah besar pendengar kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia". XFM membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu lama yang kebanyakan adalah lagu 90-an, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap meneruskan siaran tersebut. Namun, cogankatanya telah bertukar kepada XFM Rocks dan kemudiannya, Muzik Malaysia Terbaru Anda, pada tahun berikutnya.

Frekuensi

sunting

Frekuensi radio sekarang digunakan oleh radio Melody.

Logo Evolusi

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Fairuz Zaidan (9 Oktober 2004). "XFresh FM rentak remaja terkini". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  2. ^ Nicole Tan (23 Ogos 2008). "XFresh FM DJ Shaz Mukhtar has a passion for going online" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 7 Februari 2015.
  3. ^ Siti Azira Abd Aziz (1 Mac 2011). "Penyampai XFM enggan dedah identiti Brader Lev". mStar Online. Dicapai pada 7 Februari 2018.

Pautan luar

sunting