Tuanku Bainun
Raja Permaisuri Tuanku Bainun (Jawi: راج ڤرمايسوري توانکو بعينون) (lahir Bainun binti Mohd Ali; 7 November 1932) merupakan mantan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dari tahun 1984 hingga 2014 serta Raja Permaisuri Agong ke-9. Baginda adalah isteri kepada Sultan Perak ke-34 dan Yang di-Pertuan Agong ke-9, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Tuanku Bainun | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Maha Mulia Raja Permaisuri | |||||
Raja Permaisuri Agong | |||||
Tempoh | 26 April 1989 – 25 April 1994 | ||||
Didahului oleh | Sultanah Zanariah | ||||
Diikuti oleh | Tuanku Najihah | ||||
Raja Permaisuri Perak | |||||
Tempoh | 3 February 1984 – 28 May 2014 | ||||
Didahului oleh | Raja Muzwin (sebagai Raja Perempuan) | ||||
Diikuti oleh | Tuanku Zara Salim | ||||
Keputeraan | Bainun binti Mohd Ali 7 November 1932 Georgetown, Pulau Pinang | ||||
Pasangan | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (k. 1955; m. 2014) | ||||
Anakanda | |||||
| |||||
Ayahanda | Mohd Ali bin Man | ||||
Bonda | Che Putih binti Abdullah |
Kehidupan awal
suntingRaja Permaisuri Tuanku Bainun dilahirkan pada 7 November 1932 di Georgetown, Pulau Pinang. Baginda adalah anak perempuan kepada pasangan Mohd Ali bin Man dan Che Putih binti Abdullah serta mempunyai 7 orang adik-beradik.
Adindanya, Datin Julini binti Mohd Ali merupakan ibu kepada pelakon Datin Seri Nina Juren.
Pendidikan
suntingRaja Permaisuri Tuanku Bainun menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah St. George’s, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, United Kingdom dari tahun 1952 hingga 1954.
Perkahwinan
suntingRaja Permaisuri Tuanku Bainun telah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah pada 9 Disember 1955 yang pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur serta dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua orang putera dan tiga orang puteri.
Selepas berkahwin, baginda kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru dan pendidik serta kembali mengajar di sekolahnya.
Kerjaya
suntingRaja Permaisuri Tuanku Bainun menjadi guru selama 22 tahun dan berpengalaman mengajar di beberapa sekolah antaranya di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang).
Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan, baginda telah mendapat penghormatan dan dianugerahkan "A Fellow of Liverpool John Moores University".
Raja Permaisuri Perak
suntingPada 3 Februari 1984, Raja Permaisuri Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya ditabalkan pada 9 Disember 1985.
Baginda juga dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.
Hobi dan minat
suntingSemasa di bangku sekolah dan semasa menuntut di Kirkby, England baginda aktif bermain hoki. Baginda juga amat mahir bermain golf dan turut mengambil bahagian secara aktif dalam Pertandingan Golf Wanita.
Baginda yang juga sangat gemarkan bunga telah mendapat penghormatan apabila tiga jenis bunga orkid dinamakan sempena baginda: (i) Chiritiera (Chtra) Permaisuri Bainun, (ii) Dendrobium (Den) Tuanku Bainun dan (iii) Renantanda (Rntda) Tuanku Bainun.
Aktiviti
suntingBaginda juga merupakan penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, antaranya Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri dan Persatuan Hoki Wanita Perak serta PERKIM. Baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan mereka.
Raja Permaisuri
suntingDewan Negara Negeri Perak juga telah mengisytiharkan pengurniaan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri kepada baginda dengan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun oleh Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga merupakan anakanda sulung baginda berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014.
Panggilan dan gelaran
suntingGelaran hormat bagi Raja Permaisuri Tuanku Bainun | |
Gaya panggilan | Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Tuanku |
Gaya pilihan | Raja Permaisuri |
- 7 November 1932 - 9 Disember 1955: Cik Bainun binti Mohd Ali
- 9 Disember 1955 - 7 Jun 1972: Yang Berbahagia Datin Bainun binti Mohd Ali
- 7 Jun 1972 - 12 November 1982: Yang Berbahagia Puan Sri Bainun binti Mohd Ali
- 12 November 1982 – 1 Julai 1983: Yang Amat Berbahagia Toh Puan Bainun binti Mohd Ali
- 1 Julai 1983 – 3 Februari 1984: Duli Yang Teramat Mulia Che’ Puan Besar Perak Darul Ridzuan Che’ Puan Besar Bainun binti Mohd Ali
- 3 Februari 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun
- 25 April 1989 – 27 April 1994: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong IX Tuanku Bainun
- 27 April 1994 – 28 Mei 2014: Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun
- 28 Mei 2014 - kini: Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Rujukan
suntingDidahului oleh Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja |
Raja Permaisuri Agong 1989-1994 |
Diikuti oleh: Tunku Ampuan Najihah |
Didahului oleh Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (Raja Perempuan Perak) |
Raja Permaisuri Perak 1984-2014 |
Diikuti oleh: Tuanku Zara Salim Davidson |