[go: up one dir, main page]

Telur rebus merupakan telur yang dimasak di dalam air mendidih dalam keadaan masih terbungkus kulit telur. Telur rebus adalah makanan yang terkenal semasa sarapan pagi di kebanyakan beberapa buah negara.

Telur rebus dalam periuk
Menutup dengan telur rebus
Sebiji telur rebus, diletakkan dalam cawan telur

Telur yang di masak di dalam air tanpa cengkerang dikenali sebagai telur kukus, sedangkan telur yang dimasak di bawah suhu didih, baik dengan atau tanpa cengkerang dikenali sebagai telur separuh masak. Telur rebus yang masak direbus dalam tempoh yang lama sehingga putih telur dan kuning telur menjadi pepejal sedangkan pada telur separuh masak, kuning telur kurang pepejal kadangkala malah berwarna putih atau sebahagian berbentuk cecair.

Kandungan

sunting

Telur Rebus mengandung tenaga sebanyak 154 kilokalori, protein 12.2 gram, karbohidrat 0 gram, lemak 0 gram, kalsium 54 miligram, fosforus 0 miligram, dan zat besi 2.7 miligram. Selain itu di dalam Telur Rebus juga mengandungi vitamin A sebanyak 900 IU, vitamin B1 0.1 miligram dan vitamin C 0 miligram. Hasil tersebut didapati melalui kajian terhadap 100 gram telur rebus, dengan jumlah yang dapat dimakan sebanyak 100 %.

Pautan luar

sunting