[go: up one dir, main page]

Tata Nano adalah model kereta bandar raya yang dikeluarkan oleh syarikat automotif India, Tata Motors semasa Ekspo Kereta tahunan ke-9 pada 10 Januari 2008 di Pragati Maidan, New Delhi, India.[2] Versi asas Nano (tanpa pendingin udara) berharga Rs 100,000 (tidak termasuk cukai dan bayaran tambahan) (AS$2500, GB£1277, €1700),[3] menjadikannya kereta pengeluaran termurah di dunia.[4] Pemilihan harga berkenaan menyebabkan Tata Nano digelar "kereta 1 lakh" (1 lakh bermaksud '100,000' dalam Bahasa Hindi).[5]

Tata Nano
Tata Nano
Maklumat
PengilangTata Motors
Juga dikenaliKereta Rakyat
Pengeluaran2008–sekarang
Pendahulutiada
KelasKereta bandar raya
Gaya badanHatchback 5 pintu
Reka letakRR
EnjinPetrol 2 silinder dengan suntikan bahan api Bosch (pemancit tunggal) aluminium 623 cc
PenghantaranManual 4 kelajuan
Jarak roda2230 mm
Panjang3100 mm[1]
Lebar1500 mm[1]
Tinggi1600 mm[1]
Muatan30 L

Menurut Pengerusi Kumpulan Tata Ratan Tata, Tata Nano adalah kereta berkuasa 33 PS (33 bhp/24 kW) dengan enjin belakang bersesaran 623 cc pacuan roda belakang, serta penggunaan bahan api kereta ini adalah 4.55 L/100 km (51.7 bsg (AS), 62 bsg (UK)) di kawasan bandar, dan 3.85 L/100 km di lebuh raya (61.1 bsg (AS), 73.3 bsg (UK)). Ini adalah kali pertama sesebuah enjin petrol 2 silinder digunakan di dalam kereta dengan aci pengimbang tunggal.[6] Tata Motors dilaporkan telah memfailkan beberapa paten mengenai inovasi dalam reka bentuk Nano, dengan sistem aliran kuasa sahaja memperolehi sebanyak 34 paten.[7] Ketua Pusat Kejuruteraan Tata Motors, Girish Wagh diberi penghargaan kerana menjadi salah seorang yang bertanggungjawab di sebalik reka bentuk model Nano.[7][8]

Menurut Tata, Nano mematuhi piawaian emisi Bharat Peringkat III dan Euro-IV.[9]

Tata Nano mempunyai 21% lebih ruangan dalaman dan badan luaran yang 8% lebih kecil berbanding saigan terdekatnya, Maruti 800. Kereta tersebut akan didatangkan dalam pelbagai varian, termasuk satu varian asas dan dua varian lebih tinggi. Varian Deluxe mempunyai pendingin udara tetapi tiada stereng kuasa. Kereta tersebut akan dikeluarkan di kilang di Singur di Benggala Barat yang masih dalam pembinaan. Sasaran pengeluaran oleh Tata Motors adalah sebanyak 250,000 unit setahun.

Penggunaan enjin belakang bagi memaksimakan ruangan dalaman menjadikan Tana Nano serupa dengan model asal Mini buatan British, satu lagi 'kereta rakyat' yang inovatif secara teknikal. Kereta konsep serupa dengan Nano pernah dicadangkan oleh Kumpulan Rover UK pada tahun-tahun 1990-an untuk menggantikan model asal Mini, tetapi tidak dikeluarkan[10]. Kumpulan Rover yang kini ditutup kemudian membina model City Rover berasaskan Tata Indica manakala 'kereta Mini baru' adalah model Mini (BMW) yang lebih besar dan lebih konservatif.

Butiran teknikal

sunting
 
Tata Nano semasa Ekspo Kereta Tahunan India

Aliran kuasa

sunting
  • Stereng – "rack and pinion" mekanikal

Prestasi

sunting
  • Pecutan: 0-70 km/j: 14 saat
  • Kelajuan maksimum: 105 km/j[1]

Badan dan dimensi

sunting
  • Tali pinggang keledar: 2[12]
  • Kapasiti but: 150 L

Gantungan dan brek

sunting
  • Kelegaan bumi: 180 mm
  • Gantungan belakang: Spring gelung bebas

Kontroversi

sunting

Permotoran besar-besaran dan perubahan iklim

sunting

Pengkritik alam sekitar mendakwa harga Tata Nano yang luar biasa murah mungkin membawa kepada permotoran besar-besaran di negara seperti India dan seterusnya mengakibatkan pencemaran dan pemanasan global. Pengerusi Panel Antara Kerajaan bagi Perubahan Iklim berbangsa India, Rajendra Pachauri berkata beliau mengalami "mimpi ngeri" disebabkan kereta ini dan menambah kereta tersebut melambangkan kemuflisan dasar alam sekitar India. Sementara itu, penyokong Tata Nano pula mengatakan model tersebut menghasilkan pelepasan asap yang sangat rendah. Mereka juga berkata negara membangun tidak seharusnya dinafikan hak untuk memiliki pengangkutan bermotor sebaliknya negara industri pula yang sepatutnya terlebih dahulu mengurangkan emisi serta penggunaan kereta.[14]

Pertikaian tanah tapak kilang kereta Singur

sunting

Kontroversi juga berkisar mengenai rancangan unit pengeluaran Tata bagi model kereta itu di Singur, Benggala Barat, di mana kerajaan wilayah Benggala Barat telah menetapkan 997 ekar tanah kepada Tata Motors. Pembinaan kilang kereta di kawasan tanah tersebut akan memakan kawasan tanah pertanian yang subur serta memerlukan pemindahan lebih 15,000 petani dan pekerja pertanian. Petani yang terjejas bimbang mereka akan mendapat pampasan yang tidak setimpal ataupun langsung tidak menerima pampasan, menjejaskan kehidupan mereka.[15]

Mereka serta penyokong mereka mendakwa bahawa pengurangan tanah pertanian di negeri Benggala Barat sejumlah beberapa ratus hektar adalah kritikal. Sesetengah pihak mendakwa perkara ini setakat permulaan sahaja, memandangkan unjuran jualan besar-besaran model kereta kecil tersebut akan membawa kepada penggunaan tanah pertanian yang ekstensif bagi tujuan pembinaan jalan raya, tempat letak kereta serta kemudahan lain, dan akan mengurangkan tanah pertanian di India dengan anggaran sejuta hektar - yang mana dianggarkan boleh menghasilkan makanan asas bagi lebih kurang 10 juta rakyat India.[perlu rujukan]

Aktivis berhampiran Kolkata, di mana terletaknya unit pengeluaran Tata, mula membakar boneka kereta tersebut.[16] Di New Delhi, penentang perempuan memakai baju T yang tertulis slogan, "Kereta Rs 1 lakh mempunyai darah penduduk Singur padanya." [17] Kongres Trinamool menuduh Tata Motors merampas tanah pertanian bagi tapak pembinaan serta telah mengugut untuk menggagalkan pengeluaran kereta.[18]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d "Specifications of Tata's Nano". indiatimes.com. 2008-01-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada 2008-01-10.
  2. ^ Mohanty, Mrituinjoy (2008-01-10). "Why criticising the 1-Lakh car is wrong". Rediff News. Dicapai pada 2008-01-10.
  3. ^ "First Look: Ratan Tata unveils Nano". IBN. 2008-01-10. Dicapai pada 2008-01-10.
  4. ^ "Tata unveils Nano, its $2,500 car". MSN. 10 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-11. Dicapai pada 2008-01-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Tatas' unveil Rs 1-lakh car".
  6. ^ "Tata Nano, Unveiled!". Gawker Media. 2008-01-10. Dicapai pada 2008-01-10.
  7. ^ a b "It's a car, not an apology". Times of India. 2008-01-11. Dicapai pada 2008-01-11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "EngDesign" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ "The Next Peoples' Car". Forbes.
  9. ^ "Ratan Tata unveils Rs 1-lakh 'Nano'". expressindia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-11. Dicapai pada 2008-01-10.
  10. ^ "Rover Mini 'Spiritual' project". austin-rover.co.uk. Dicapai pada 2008-01-13.
  11. ^ "Tata Motors unveils the People's Car". tatamotors.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-08. Dicapai pada 2008-01-10.
  12. ^ Ruth David (January 10, 2008). "Tata Unveils The Nano, Its $2,500 Car". Forbes.com.
  13. ^ "Here what Tata's Rs 1-lakh car - the Nano - looks like!". Rediff News. 2008-01-10. Dicapai pada 2008-01-10.
  14. ^ Der Spiegel Online: India Delivers World's Cheapest Car
  15. ^ Food First Information & Action Network: India: Right to food of 15,000 peasants threatened by a car manufacturing unit of Tata Motors
  16. ^ "Fiery protest over Tata's Nano". CNet News. 2008-01-11. Dicapai pada 2008-01-12.
  17. ^ "Singur protesters show up at launch, raise slogans". Times of India. 2008-01-11. Dicapai pada 2008-01-12.
  18. ^ "Trinamool Congress threatens to stall manufacture of Tatas' Nano". Economic Times. 2008-01-10. Dicapai pada 2008-01-12.

Pautan luar

sunting