10 Januari
tarikh
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
10 Januari merupakan hari ke-10 dalam kalendar Gregory. Tinggal 355 hari (atau 356 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Tradisional di Benin.
Peristiwa
sunting- 49 SM - Julius Caesar dengan Legion XIIInya mencabul undang-undang Romawi dengan menyeberangi Rubicon, dan dengan itu mencetuskan perang saudara.
- 1072 - Robert Guiscard menawan Palermo.
- 1475 - Perang Moldavia–Uthmaniyyah: Ştefan III dan angkatan Moldavia berjaya menangkis serangan Empayar Uthmaniyyah yang diketuai oleh Beylerbey Hadân Suleiman Pasha dari Rumelia.
- 1645 - Ketua biskop William Laud dipancung di Menara London.
- 1776 - Revolusioner Thomas Paine menerbitkan Common Sense, mengecam cara pemerintahan British yang menyumbang kepada Revolusi Amerika di kalangan penduduk Tiga Belas Jajahan.
- 1806 - Penduduk Belanda di Cape Town menyerah kalah kepada pihak British.
- 1810 - Napoleon yang tidak mempunyai anak selepas perkahwinan selama 14 tahun, menceraikan isteri pertamanya Maharani Joséphine (gambar).
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Florida meninggalkan Kesatuan.
- 1863 - London Underground, sistem kereta api bawah tanah tertua di dunia, dibuka.
- 1870 - John D. Rockefeller memperbadankan Standard Oil.
- 1901 - Semburan minyak Texas pertama ditemui di Spindletop di Beaumont.
- 1920 - Liga Bangsa-bangsa mengadakan persidangan terulung lalu meratifikasi Persetiaan Versailles yang menamatkan Perang Dunia Pertama.
- 1922 - Arthur Griffith diundi sebagai Presiden Negara Bebas Ireland.
- 1923 - Lithuania menawan lalu mengilhakkan Memel.
- 1927 - Filem cereka sains Metropolis, yang tercatat dalam Memory of the World Register oleh UNESCO, dikeluarkan di Jerman.
- 1929 - Pelukis Belgium Hergé mencipta watak cereka Tintin yang kemudian diterbitkan dalam lebih 200 juta buku komik dalam 50 bahasa.
- 1941 - Perang Greece-Itali: Angkatan Tentera Greece menawan Laluan Kleisoura di Albania.
- 1946 - Perhimpunan Agung pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang di London. 51 negara anggota hadir.
- 1962 - Projek Apollo: NASA mengumumkan rancangan membina penggalak roket C-5 yang kemudiannya dikenali sebagai roket bulan Saturn V yang melancarkan setiap misi jelajah bulan oleh Apollo.
- 1984 - Amerika Syarikat dan Kota Vatikan menjalin hubungan diplomatik sepenuhnya setelah 117 tahun menunggu.
- 1989 - Tentera Cuba mula berundur dari negara Angola.
- 1990 - Koperasi Time Warner dibentuk melalui penggabungan Time Inc. dan Warner Communications Inc.
- 1999 - Seketul besar cenuram kapur di Beachy Head runtuh ke dalam laut.
- 2008 - Pengeluar kereta India Tata Motors mempamerkan kereta pengeluaran termurah di dunia, Tata Nano, berharga Rs 100,000 (AS$ 2,500).
- 2009 - Feri KM Teratai Prima terbalik dan karam di perairan Sulawesi, Indonesia, mengorbankan lebih 200 orang.
Kelahiran
sunting- 1931 - Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, seorang Menteri Besar Kelantan ke-17
- 1980 - Alaa Hussein, pelakon wanita Iraq.
- 1984 - Marouane Chamakh, pemain bola sepak Arsenal F.C.