Takbir
Bahasa Arab |
الله أَكْبَر |
Transliterasi |
Allahu Akbar, allāhu akbar |
Terjemahan |
Tuhan Maha Besar |
Takbir (Arab: تَكْبِير ) adalah tindakan menyebut frasa Allahu Akbar, الله أكبر . Biasanya diterjemahkan sebagai "Tuhan itu Besar" atau "Tuhan Maha Besar," adalah suatu ungkapan biasa bahasa Arab, digunakan sebagai suatu luahan kepercayaan yang tidak formal dan sebagai pengisytiharan rasmi. Ia digunakan ketika solat, dalam kebimbangan, sebagai laungan perang dan dalam bantahan Islamisme.
Pernyataan ini adalah pernyataan bagi mengagungkan Tuhan dan dijadikan sebagai salah satu zikir harian dan munajat bagi masyarakat Islam. Takbir juga adalah salah satu perkataan yang disebut dalam solat dan dijadikan rukun solat yang ketiga iaitu Takbiratul ihram yang dijadikan garis permulaan solat.
Takbir juga dilaungkan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta Hari Tasyrik yang pada ketika itu disyariatkan untuk mengagungkan Tuhan.
Beberapa bendera juga memasukkan istilah ini, antaranya bendera Afghanistan, bendera Iran dan bendera Iraq.
Takbir Hari Raya
suntingTakbir yang istimewa bagi umat Islam kebanyakannya adalah Takbir Hari Raya. Takbir initerbahagi kepada dua jenis:
- Mursal (مرسل)
- Muqâyyad (مقيد)
Takbir Mursal
suntingTakbir mursal bermula pada malam kedua-dua hari raya. Maka, adalah disunatkan untuk umat Islam bertakbir apabila masuknya waktu maghrib pada malam raya dan berakhir sehingga imam mengangkat takbir solat raya iaitu waktu pagi lebih kurang jam 8:30 pagi kebiasaannya mengikut pendapat yang "ažhar" di dalam mazhab kita. Syeikh Mahallî RH berkata pendapat kedua menyatakan takbir mursal tamat apabila imam muncul untuk menunaikan solat manakala pendapat ketiga menyatakan sehingga selesai solat hari raya.
Takbir Muqâyyad
suntingKeistimewaan pada Hari Raya Aidiladha apabila bukan sahaja terdapat takbir mursal seperti yang disebut di atas, tapi juga mempunyai takbir muqâyyad. Takbir ni dilakukan seelpas apa-apa jua jenis solat termasuk solat jenazah.
Pendapat yang "ažhar" dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa takbir muqâyyad ini adalah sama bagi kedua-dua golongan yang sedang melakukan haji dan yang tidak melakukan haji. Disunatkan untuk melaungkan takbir muqâyyad bermula dari zohor hari nahar (iaitu hari raya Aidiladha pertama yang bermulanya ibadah korban - nahar berasal daripada bahasa Arab iaitu 'نحر yang bermaksud "sembelih") dan tamat selepas subuh hari tasyrīq yang terakhir iaitu 13 Zulhijjah.
Disyariatkan untuk bertakbir selepas zohor pada hari nahar kerana itu adalah solat yang pertama untuk jemaah haji setelah selesai waktu bertalbiah (kerana jemaah haji tiada takbir mursal tetapi hanya bertalbiah sehinnga waktu zohor hari raya. Takbir muqâyyad yang berakhir selepas subuh hari ke-13 Zulhijjah pula bersebabkan itulah waktu solat yang terakhir sekali untuk para jemaah haji di Mina.
Walau bagaimanapun, Syeikh Mahallî RH mengatakan wujud pendapat(qâwl) yang mengatakan bahawa bagi mereka yang tidak menunaikan haji, takbir muqâyyad itu sebenarnya dimulakan dari maghrib malam Nahar dan tamat pada subuh hari tasyrīq yang terakhir. Ada satu lagi pendapat mengatakan bermulanya muqâyyad ini daripada subuh hari 'Arâfah dan tamat selepas asar hari yang ke-13. Dan qâwl yang terakhir ini diamalkan oleh kebanyakan bandar dan wilayah. Imām Mahallî merujuk kepada Imām Nawawi dalam kitab Rawdhâhnya yang menegaskan bahawa qâwl inilah yang "ažhar" (nyata) di sisi muhaqiqīn kerana terdapat hadīś riwayat al-Hākim yang menyatakan Nabi ﷺ melakukan sedemikian. Syeikh Qâlyūbî RH pula mengatakan qâwl ini termuktamad bersebab menghimpunkan hari-hari al-Ma'lūmāt & al-Ma'dūdāt iaitu Arâfah, Nahar & hari tasyrīq yang tiga.
Walau bagaimanapun, terdapat juga yang melaungkan takbir muqâyyad bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (hari raya ke empat). Hal ini pula mengikut salah satu hadith yang berbunyi
‘Ali dan ‘Ammar r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi ﷺ bertakbir bermula dari solat subuh hari ‘Arafah dan memutuskannya (berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”.
- Riwayat Imam al-Hakim
Lafaz takbir Hari Raya
suntingDi dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibn Mas’ud r.a. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz :
Ibn Abi Syaibah juga meriwayatkan di kesempatan yang lain dengan sanadnya sendiri, di mana takbir itu diucapkan sebanyak 3 kali. Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasar-pasar. Berikut adalah lafaz takbir hari raya berserta maknanya.
Lafaz | Makna | Bacaan |
---|---|---|
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allahu Akbar wa lillahilhamd (Ulang 3 kali) |
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian. |
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَاَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْد (Ulang 3 kali) |
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar kabiraa Walhamdulillahi katsiraa Wasubhaanallahi bukratan wa-asilaa |
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Allah Maha Besar sebesar-besarnya Dan Segala Pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya Dan Maha Suci bagi Allah pada waktu pagi dan waktu petang |
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ ـُ اَللَّهُ اَكْبَرْ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلاً |
Laa ilaaha illallahu wa la na'budu illa iyyahu mukhlisina lahuddin Walau karihal kaafirun Laa ilaaha illallahu wahdah Sadaqa wa'dah Wa nasara 'abdah Wa a'azza jundahu wa hazamal ahzaaba wahdah Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allahu akbar walillahilhamd |
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak kami menyembah kecuali dengan kepada-Nyalah tulus ikhlas dalam agama Walau dibenci kaum kafir Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa Yang Membenarkan janji-Nya Yang Memberi bantuan kepada hamba-Nya dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian. |
لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَلاَنَعْبُدُ اَلاَّ اِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْن َ وَلَوْكَرِهَ الْكَافِرُوْنَ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَه ُ صَدَقَ وَعْـدَه ُ وَنَصَرَعَبِدَهُ وَاَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَه ُ لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَاَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْدُ |
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allahu Akbar wa lillahilhamd |
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan kepada Allah segala pujian. |
اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَاَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْد |