[go: up one dir, main page]

Semenanjung Tanah Melayu

Wilayah semenanjung yang disebut juga Semenanjung Kra
(Dilencongkan daripada Tanah Melayu)

Semenanjung Tanah Melayu (Jawi: سمننجوڠ تانه ملايو, , Bahasa Thai: คาบสมุทรกระ RTGSKhābs̄muthr Kra, disebut [kʰâːp.sā.mùt krā];[1] Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ်;) atau Semenanjung Malaka[n 1] merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi,[3] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya di Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Patani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.[4] Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.

Semenanjung Tanah Melayu
Gambar Semenanjung Tanah Melayu selintas diambil kakitangan Ekspedisi 28 di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Lokasi semenanjung Tanah Melayu. Warna hijau,biru tua dan ungu ialah wilayah asal orang Melayu yang dinamakan Semenanjung Tanah Melayu.
Geography
LocationAsia Tenggara
Coordinates7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000Koordinat: 7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000
Area242,363.8 km2 (93,577.2 bt2)
Administration

Sejarah nama Semenanjung Tanah Melayu

sunting

Semenanjung Tanah Melayu digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemaeus, ahli astronomi dan ahli matematik Yunani terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada Malay Peninsula dalam bahasa Inggeris. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.[5] 

Menurut kitab Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai Tanah Segara Masin. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.

Istilah itu juga ada disebut dalam Hikayat Hang Tuah:

... ka-sana-lah patek, lamun pada Tanah Melayu." Maka titah raja: "Baik-lah Tun Tuah dudok di- ... "[6]

Dalam kegunaan ini, istilah itu digunakan bagi merujuk secara umum kawasan yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Melayu Melaka.[7]

Peta tertua Semenanjung Tanah Melayu yang masih wujud ialah Geographike Huphegesis ("Panduan Geografi") yang dicipta pada 150 Masihi, berdasarkan data yang dihimpunkan oleh Claudius Ptolemy, pada abad kedua Masihi.[8] Manakala peta moden Tanah Melayu dan Sumatera yang terawal disediakan oleh Martin Waldseemuller (1470 - 1518) ialah pada tahun 1513. Ia menampilkan sesetengah pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah dilupakan.

Lihat juga

sunting
  1. ^ nama rasmi digunakan dalam perkamusan Indonesia[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kra Peninsula" [Semenanjung Kra]. britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica, Inc.
  2. ^ "Semenanjung". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016. -- Malaka; -- Arab
  3. ^ Sejarah Perjuangan Melayu Patani (Cetakan Kedua). 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-443-X (kulit lembut).
  4. ^ LATARBELAKANG SEJARAH DAN MASYARAKAT MELAYU PATANI, Hamdan Dato’ Mohd. Salleh
  5. ^ Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH & Co. KG., 2014.
  6. ^ Hikayat Hang Tuah. Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Proyek Penerbitan Buku Bacaan Sastra Indonesia dan Daerah. 1978.
  7. ^ Md. Salleh Yaapar (13 November 2008). "Contesting Malayness: The Quest for the Elusive Melayu". Raja Ali Haji (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ Malaysia: A Pictorial History 1400-2004, m/s. 22. Editions Didier Millet. ISBN 981-4068-77-2.

Pautan luar

sunting