[go: up one dir, main page]

Terlanjur Cinta (drama)

Terlanjur Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Siti Saleha dan Aqasha, Nazim Othman dan Marsha Milan, Zul Ariffin dan Sharifah Nadia. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 dari 20 November 2012 hingga 7 Januari 2013.[1]

Terlanjur Cinta
GenreDrama, agama, keluarga
Dibangunkan oleh
Erma Fatima
Ditulis olehUmmu Hani Hassan
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
SinematografiZamzuri Aripin
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Siaran asal20 November 2012 – 7 Januari 2013

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[2]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan tentang cinta Nia (Siti Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati. Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya. Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat. Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.[3]

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Undangan khas

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Budiey (3 Januari 2013). "Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Julai 2013.
  2. ^ Terlanjur Cinta (2012): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 22 Oktober 2018.
  3. ^ Drama Terlanjur Cinta mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.