[go: up one dir, main page]

Peace Corps ("Kor Keamanan") ialah suatu rancangan kesukarelawanan diuruskan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat. Misi utama ia dinyatakan sebagai membantu pembangunan sosioekonomi melalui bantuan teknikal samil memupuk rasa faham antara orang Amerika Syarikat yang terlibat dengan penduduk setempat yang dijaga mereka. Kor ini dianggotai relawan dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat berkelulusan ijazah di mana mereka dilatih selama tiga bulan sebelum dihantarkan ke negara ditugas selama tempoh dua tahun. Para relawan ini bekerjasama dengan pemerintah, sekolah, pertubuhan bukan untung, pertubuhan bukan pemerintah serta usahawan yang mengkhusus dalam bidang-bidang pendidikan, perdagangan, teknologi maklumat, pertanian dan alam sekitar. Para peserta boleh meminta tempoh berkhidmat dipanjangkan selepas 24 bulan.[2]

Intisari agensi
Dibentuk1 Mac 1961; 63 tahun yang lalu (1961-03-01)
Ibu pejabatWashington, D.C.,Amerika Syarikat
Kakitangan70,000 [perlu rujukan]
Belanjawan tahunan$398 juta
(tahun fiskal 2018)[1]
Eksekutif agensi
Agensi induk
Pemerintah Amerika Syarikat
Laman sesawang
www.peacecorps.gov

Program ini ditubuhkan hasil Arahan Eksekutif 10924 dilaksanakan Presiden John F. Kennedy pada 1 Mac 1961 serta disahkan Kongres Amerika Syarikat pada 21 September 1961 melalui pelulusan suatu "Akta Kor Keamanan" (Peace Corps Act, Pub.L. 87–293). Akta ini menyatakan tujuan program ini:

To promote world peace and friendship through a Peace Corps, which shall make available to interested countries and areas men and women of the United States qualified for service abroad and willing to serve, under conditions of hardship if necessary, to help the peoples of such countries and areas in meeting their needs for trained manpower.


[...mengalakkan keamanan dan persahabatan sejagat melalui suatu Kor Keamaman yang akan disediakan kepada mana-mana negara dan bidang yang berminat serta lelaki dan wanita warga Amerika Syarikat berkelayakan dan sanggup berkhidmat, dalam keadaan yang susah jika perlu, demi membantu negara-negara sedemikian memenuhi keperluan tenaga buruh terlatih mereka.]

Lebih 235,000 orang warga Amerika Syarikat telah menyertai pertubuhan ini serta berkhidmat di 141 buah negara.[3]

Kehadiran

sunting
 
  Negara tugasan relawan Peace Corps setakat 2009.[4]
  Negara yang pernah diliputi.[5]

Sepanjang sejarah pertubuhan ini, relawan-relawan ia telah bertugas di negara-negara berikut:[6]

Amerika Selatan dan Caribbean

Eropah dan Asia Tengah

Timur Tengah dan Afrika Utara

Afrika Subsahara

Asia

Oceania

Kepimpinan

sunting
Pengarah Tempoh khidmat Presiden pelantik
1 R. Sargent Shriver[12] 1961–1966[12] Kennedy[12]
2 Jack Vaughn 1966–1969 Johnson
3 Joseph Blatchford 1969–1971 Nixon
4 Kevin O'Donnell 1971–1972 Nixon
5 Donald Hess 1972–1973 Nixon
6 Nicholas Craw 1973–1974 Nixon
7 John Dellenback 1975–1977 Ford
8 Carolyn R. Payton 1977–1978 Carter
9 Richard F. Celeste 1979–1981 Carter
10 Loret Miller Ruppe 1981–1989 Reagan
11 Paul Coverdell 1989–1991 G. H. W. Bush
12 Elaine Chao 1991–1992 G. H. W. Bush
13 Carol Bellamy 1993–1995 Clinton
14 Mark D. Gearan 1995–1999 Clinton
15 Mark L. Schneider 1999–2001 Clinton
16 Gaddi Vasquez 2002–2006 G. W. Bush
17 Ron Tschetter September 2006 – 2008 G. W. Bush
18 Aaron S. Williams August 2009 – September 2012 Obama
19 Carrie Hessler-Radelet September 2012 – 2017 Obama
20 Josephine K. Olsen February 2018 – Trump

Rujukan

sunting
  1. ^ "The Peace Corps' Fiscal Year 2018 Congressional Budget Justification" (PDF). peacecorps.goc. Dicapai pada December 12, 2017.
  2. ^ "MS 281 COMPLETION OF SERVICE DATE ADVANCEMENT AND EXTENSION OF SERVICE" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Oktober 2011. Dicapai pada 16 Oktober 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Fact Sheet" (PDF). files.peacecorps.gov. 30 September 2015. Dicapai pada 29 April 2016.
  4. ^ peacecorpswiki.org Diarkibkan 2018-04-26 di Wayback Machine – wiki page last substantially updated at October 26, 2009
  5. ^ peacecorpswiki.org/Category:Country – Peace Corps' sorted list that includes all countries served and formerly served
  6. ^ "Countries". Peace Corps. Dicapai pada 28 Februari 2017.
  7. ^ "Cuerpos de Paz de EE.UU. se van por la inseguridad" (dalam bahasa Sepanyol). elsalvador.com. 11 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "US Peace Corps cuts Honduras role amid security fears". BBC News. London: BBC. 22 Disember 2011. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  9. ^ a b c d e f "Countries". Peace Corps. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  10. ^ Stout, David. "The U.S. Peace Corps Has Suspended Operations in Jordan". Time. Time Inc. Dicapai pada December 7, 2016.
  11. ^ "Peace Corps Burkina Faso Volunteers Evacuated Safely". www.peacecorps.gov. Dicapai pada June 14, 2018.
  12. ^ a b c "Sargent Shriver, founding director of Peace Corps, dies at 95". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada September 4, 2018.

Pautan luar

sunting