Milenium ke-3 SM
Milenium ke-3 SM menjangkau Zaman Gangsa Awal hingga Zaman Gangsa Pertengahan dan mewakili zaman imperialisme yang minat penaklukan bertumbuh dengan ketara, bukan sahaja di negara-negara kota Timur Tengah, tetapi juga di seluruh Eurasia, dengan peluasan Indo-Eropah ke Anatolia, Eropah dan Asia Tengah. Peradaban Mesir Kuno mencapai kemuncaknya dengan Kemaharajaan Lama. Jumlah penduduk dunia dianggarkan bertambah sekali ganda pada milenium ini sehingga lebih kurang 30 juta orang.
Milenium: | |
---|---|
Abad: |
Gambaran keseluruhan
suntingMilenium yang lalu melihat kemunculan peradaban-peradaban bandaran yang maju, metalurgi gangsa baru yang memperbaik daya pengeluaran pertanian, serta kaedah-kaedah komunikasi yang maju dalam bentuk penulisan. Pada milenium ke-3 SM, pertumbuhan kemajuan ini dari segi intelek dan fizikal menjadi sumber perbalahan di arena politik ketika para pemerintah mencuba mengumpulkan lebih banyak kekayaan dan kuasa. Bersama-sama dengan ini termuncul seni bina mega, imperialisme, faham kemutlakan, serta pemberontakan dalaman.
Peradaban-peradaban Sumer dan Akkad di Mesopotamia menjadi sekumpulan negara kota yang sentiasa bergolak, dan peperangan adalah suatu kejadian yang biasa. Pertempuran-pertempuran yang berlarutan menyusutkan sumber, tenaga, dan jumlah penduduk. Dalam milenium ini, empayar-empayar yang lebih besar mewarisi empayar sebelumnya, dan kaliber penakluk-penakluk bertumbuh sehingga Sargon dari Akkad memperluas empayarnya ke seluruh Mesopotamia dan di sebalik sana. Saiz empayarnya tidak diatasi sehingga zaman Assyria pada 1500 tahun kemudian.
Dalam Kemaharajaan Lama Mesir, gagasan terhadap cita-cita ditakrifkan dengan lebih lanjut oleh penakluk-penakluknya. Ekspedisi-ekspedisi ketenteraan dihantar ke seluruh kemaharajaan untuk membawa balik abdi-abdi. Piramid-piramid Mesir dibina pada milenium ini dan merupakan binaan-binaan manusia yang tertinggi dan terbesar selama beberapa ribu tahun yang berikut. Juga di Mesir, firaun-firaun mula berlagak sebagai dewa hidup yang diperbuat daripada intipati yang berbeza daripada manusia yang lain. Di Eropah yang sebahagian besarnya masih berada dalam zaman neolitik ketika itu, pembina-pembina megalit membina monumen-monumen raksasa sendiri. Di Timur Dekat dan Barat, batas-batas diperluas oleh para arkitek dan pemerintah.
Menjelang akhir milenium ke-3 SM, Mesir menjadi pentas untuk sebuah revolusi umum yang pertama dalam sejarah. Selepas perang-perang yang berpanjangan, orang-orang Sumer mengakui manfaat penyatuan dan membentuk Dinasti ke-3 Ur, sebuah kerajaan negara yang stabil dan dengan itu, menjadi sebuah negara yang agak aman, teratur, dan berteknologi rumit. Dinasti ini kemudian terbabit dalam gelombang penyerang-penyerang nomad yang dikenali sebagai orang Amorite yang memainkan peranan utama di kawasan ini pada abad-abad yang berikut.
Peristiwa
sunting- k.k. 3000 SM - 2000 SM - Bekas-bekas dari Denmark dibuat, dan kini berada di Muzium Negara, Copenhagen.
- Abad ke-29 SM: Pengasasan kota Mari, Syria.
- Iraq: Penubuhan Kemaharajaan Elam.
- Percambahan "Methuselah", pokok Pinus Bristlecone, pada kira-kira 2700 SM. Pokok ini ialah pokok tertua yang diketahui yang kini masih hidup.
- k.k. 2500 SM - 2200 SM - Kuali leper dari Syros, Kyklades dibuat, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
- k.k. 2500 SM - 2200 SM - Arca-arca wanita dari Kyklades dibuat, dan kini berada di Muzium Seni Kyklades, Athens.
- k.k. 2500 SM - 2200 SM - Arca pemain hap dari Keros, Kyklades dibuat, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
- Dinasti Lagash di Sumer.
- 2474 SM – 2398 SM: Zaman kegemilangan Ur di Mesopotamia.
- Dinasti Mesir yang ketiga dan keempat.
- 2600 SM - Peradaban Lembah Indus disatukan .
- Abad ke-23 SM - Orang-orang Indo-Eropah yang pertama menyerang Yunani.
- Budaya Tembikar Bertanda Tali Megalitik, dan masyarakat Beaker berkembang maju di Eropah.
Perubahan persekitaran
sunting- Penghijrahan utama orang-orang Sahara Tengah masuk ke Afrika Barat yang mungkin disebabkan oleh perubahan iklim yang bermula pada milenium ke-4 SM.
Tokoh-tokoh
sunting- Djoser, raja Mesir yang memerintah pembinaan Piramid Bertangga di Saqqara
- Gilgamesh, raja kelima Dinasti pertama Uruk yang diabadikan oleh Epik Gilgamesh, karya kesusasteraan pertama di dunia (k.k. abad ke-26 SM)
- Khufu, raja Mesir dan pembina Piramid Agung Giza
- Urukagina, raja Lagash yang mencipta kod kehakiman pertama yang diketahui (abad ke-24 SM)
- Lugalsaggizi, raja Uruk dan Umma yang menaklukkan Lagash (2371–2347 SM)
- Sargon Agung, pengasas empayar Akkad dan Sumer (kronologi pertengahan: 2371–2316 SM)
- Ur-Nammu, pengasas dinasti ke-3 Ur (kronologi pertengahan: 2112–2095 SM)
- Tiga Leluhur Mulia dan Lima Maharaja China
Kebudayaan
sunting- k.k. 3000 SM - Budaya Kyklades bermula di Yunani.
- k.k. 3000 SM - Budaya Minoan muncul di Kriti.
- k.k. 3000 SM - Zaman Heladik bermula di Yunani.
- k.k. 2700 SM – 1600 SM: Zaman Elamit Lama.
- Budaya Tembikar Bertanda Tali (juga dikenali sebagai budaya Kapak Perang, atau budaya Kubur Tunggal).
- Budaya Maikop Akhir
- Budaya Vinca Akhir
- Budaya Funnelbeaker Akhir
- Budaya Baden
- Budaya Globular Amphora
- Budaya Beaker Awal
- Budaya Yamna dan budaya Catacomb yang mungkin merupakan lokus isoglos Centum-Satem Indo-Eropah.
- Budaya Sintashta-Petrovka-Arkaim muncul daripada budaya Catacomb sejak kira-kira 2200 SM, dan mungkin merupakan lokus Proto-Indo-Iran.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
sunting- Abad ke-30 SM: Tembikar diperkembangkan di Amerika.
- k.k. 3000 SM - Roda pembentuk tembikar muncul di China.
- 2900 SM - 2400 SM: Orang-orang Sumer mereka fonogram (linguistik).
- Orang Cina mencatat sebuah komet.
- Abad ke-26 SM: Pembinaan Piramid Agung Giza.
- Abad ke-20 SM: Layar digunakan pada kapal-kapal.
- Zigurat pertama dibina di Sumer.
- k.k. 3000 SM: Peradaban-peradaban Timur Dekat memasuki Zaman Gangsa.
- Roda ubat tertua yang diketahui dibina di Amerika.
- Gangsa dan metalurgi diperkenalkan di Ireland.
- Pembelaternakan kuda di Eurasia tengah.
- Rata muncul di Asia Tengah sejurus sebelum 2000 SM.
Peristiwa kebudayaan yang penting
sunting- k.k. 3000 SM - 2500SM - Kubur di Newgrange, Ireland, dibina.
- k.k. 2750 SM - 1500 SM - Stonehenge, Dataran Salisbury, Wiltshire, England, dibina.
- Penyiapan Piramid Agung Giza.
- Penyiapan fasa pertama monumen Stonehenge di England.
- Era piramid/balai cerap Buena Vista di Peru.