[go: up one dir, main page]

Menyerah

(Dilencongkan daripada Menyerah (filem))

Filem Menyerah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1955. Filem Menyerah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Menyerah
PengarahK.M. Basker
SinematografiHitam-putih
Diedarkan olehMalay Film Productions
Tarikh tayangan
1955
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Menyerah diarah oleh pengarah K.M. Basker pada 1955.

Ringkasan

sunting

Mustapha (Yusof Latiff) seorang pekerja bank yang sedang menghadapi kesempitan wang untuk mengubati ibunya yang uzur telah dituduh membunuh tanpa niat ke atas seorang penyeluk saku. Dia telah didapati bersalah dan dipenjarakan. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri tetapi menjadi buruan polis. Dia bernasib baik telah dibantu oleh Rohaya (Latifah Omar) semasa diburu polis dan sangat terhutang budi kepadanya. Dia kemudian menyertai satu sindiket penyeludupan yang diketuai oleh Hamid (S. Kadarisman), bekas rakan banduan di penjara. Majikannya seorang penyanyi dan tuan punya kelab malam bernama Elonie (Siput Sarawak). Elonie ingin menggodanya tetapi dia lebih mencintai Rohaya dan ingin membantunya bila dia diusir keluar oleh bapa saudaranya gara-gara abangnya, Salleh (Omar Suwita) yang suka mencuri. Dia ingin mengahwini Rohaya dan mengakhiri kerja menyeludup. Semasa mengakhiri kerja jenayahnya, dia terlibat dalam pergaduhan dengan Hamid. Hamid terbunuh apabila Elonie secara tidak sengaja tertembaknya semasa pergaduhan tersebut yang kemudiannya ditangkap polis sekaligus membongkar kegiatan jenayah mereka. Akhirnya, atas nasihat Rohaya, dia menyerah diri kepada pihak polis.

Pelakon

sunting