Zainon Fiji
Zainon Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zainon Fiji (1924 – 26 Mei 1992) merupakan seorang seniwati filem Melayu yang berbakat pada era 1950-an hingga 1960-an. Sinonim dengan watak wanita india didalam Seniman Bujang Lapok serta watak mami kepada Chombi dalam Ibu Mertua-Ku.
Zainon Fiji | |
---|---|
Kelahiran | Zainon binti Ibrahim 1924 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 26 Mei 1992 (berumur 67–68) |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman/Abadi, Lim Chu Kang, Singapura |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, Penari |
Tahun aktif | 1949–1968 |
Pasangan | Ali Fiji (k. 1952; c. 1979) |
Kerjaya
suntingPada tahun 1949 ketika berusia 25 tahun, beliau menceburi dunia perfileman sebagai seorang penari dibawah pimpinan seniman Osman Gumanti dalam filem bertajuk Nilam (1949) terbitan Malay Films Productions (MFP). Setelah berlakon sebagai penari/extra tanpa dialog dalam beberapa buah filem, bakat beliau mula dikesan dibawah pengarah berbangsa India. Filem pertama beliau adalah Lupa Daratan (1952) memegang watak seorang Babu atau pembantu rumah dibawah arahan Pengarah L. Krishnan. Beliau terus diberi watak berdialog pada filem filem seterusnya dengan menggunakan nama pentas sebagai Zainon atau Zainon Ibrahim. Beliau masih lagi diingati dalam filem Ibu Mertua ku sebagai Mami Chombi dan sebagai mangsa yg diserapi roh hantu Mak Hitam dalam filem Hantu Jerangkung. Beliau juga adalah 'Achi' dalam scene bersama M. Zain yang bergaduh tengah2 malam - 'Taik punya pasal pun mau gaduh ka?' dalam filem Seniman Bujang Lapok.
Kehidupan peribadi
suntingBeliau pernah mendirikan rumahtangga selama 27 tahun bersama seniman Ali Fiji sebelum bercerai pada tahun 1979. Sepanjang hidup bersama, beliau tidak dikurniakan cahayamata kecuali enam orang anak angkat yang dijaga sejak kecil. Setelah Studio Jalan Ampas di tutup, beliau telah menjadi tukang urut untuk ibu-ibu yang baru bersalin.
Kematian
suntingZainon Fiji meninggal dunia pada 26 Mei 1992 di usia 68 tahun akibat sesak nafas dirumah anaknya di Ang Mo Kio dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Choa Chu Kang, Singapura.
Filemografi
suntingAntara filem lakonan Zainon Fiji adalah:-
- Nilam (1949)
- Rachun Dunia (1950)
- Kembar (1950)
- Bapa Saya (1951)
- Pembalasan (1951)
- Sejoli (1951)
- Permata Di Perlimbahan (1952)
- Lupa Daratan (1952)
- Perjodohan (1954)
- Arjuna (1954)
- Penarek Becha (1955)
- Menyerah (1955)
- Semerah Padi (1956)
- Keluarga Tolol (1956)
- Hantu Jerangkung (1957)
- Pancha Delima (1957)
- Hantu Kubor (1958)
- Anak Pontianak (1958)
- Musang Berjanggut (1959)
- Dandan Setia (1959)
- Batu Belah Batu Bertangkop (1959)
- Saudagar Minyak Urat (1959)
- Antara Dua Darjat (1960)
- Lela Manja (1960)
- Seniman Bujang Lapok (1961)
- Indera Bangsawan (1961)
- Si Tanggang (1961)
- Mas Merah (1961)
- Panji Semerang (1961)
- Ibu Mertua-ku (1962)
- Lubalang Daik (1962)
- Gerhana (1962)
- Darah Muda (1963)
- Budi dan Dosa (1963)
- Madu Tiga (1964)
- Bidasari (1965)
- Sri Andalas (1966)
- Ibulah Syurga (1968)