[go: up one dir, main page]

Majalah

jenis terbitan

Majalah (Jawi: مجلة, serapan Arab: مَجَلَّة majallah terbitan kata dasar جَلَّ jalla "menebal"[1]) merupakan penerbitan berkala baik secara mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya berisi bermacam-macam rencana pelbagai subjek ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Majalah biasanya dicetak berwarna menggunakan kertas yang lebih bermutu; ia boleh didapati di kedai-kedai buku, gerai majalah serta pasar-pasar dibiayai pengiklanan, langganan atau gabungan antara kedua-duanya. Majalah juga diterbitkan secara dalam talian di internet sama ada tunggal atau sekaligus dengan yang versi cetak.

Majalah

Terbitan pertama yang boleh dianggap berupa majalah muncul pada tahun 1663 dengan terbitnya Erbauliche Monaths Unterredungen di Hamburg yang mengkhusus kepada sastera dan falsafah.[2] Majalah pertama yang terbit dalam bahasa Melayu adalah Bustan Arifin disunting Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir di Melaka dari tahun 1821 hingga 1822.[3][4]

Kategori

sunting

Majalah terbahagi kepada dua kategori:

  • majalah pengguna. Contohnya: Majalah Warta Konsumer. Majalah ini adalah satu-satunya majalah kepenggunaan yang terdapat di Malaysia.
  • majalah perniagaan.

Penerbitan lain

sunting

Penerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal.

Majalah yang mempunyai pengedaran yang terbesar di dunia ialah Awake! (diterbitkan pada 1919). Pengedarannya sedunianya mencapai 34.3 juta buah buku dalam pelbagai edisi.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Lane, Edward William (437). "جل". Arabic-English Lexicon. London – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.
  2. ^ "History of magazines". Magazine Designing. 26 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 October 2013. Dicapai pada 10 October 2013.
  3. ^ Hadijah Rahmat; Azhar Ibrahim Alwee; Juffri Supa’at; Muhammad Andi Mohammed Zulkepli; Mukhlis Abu Bakar; Mohd Raman Daud; Sa’eda Buang, penyunting (2015). Yang Terukir: Bahasa dan Persuratan Melayu: Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura (PDF). Stamford Court: Majlis Bahasa Melayu Singapura & Bizmedia Publishing. m/s. 74. ISBN 978-981-09-6483-2. OCLC 915156596.
  4. ^ Ahmat Adam (1994). "Persuratkhabaran di Nusantara: Satu Sejarah Permulaannya". Jurnal Komunikasi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 10: 1–13. ISSN 0128-1496.