[go: up one dir, main page]

Liga Premier Malaysia

(Dilencongkan daripada Liga Perdana Malaysia)

Liga Premier Malaysia atau Liga Premier merupakan pertandingan bola sepak tahap kedua dalam Liga Malaysia sebelum diganti kepada Liga Semi-Pro A1 Malaysia ini menggantikan liga tahap dua sebelum ini iaitu Liga Perdana 2.

Liga Premier Malaysia
NegaraMalaysia Malaysia
Konfederasi AFC
Ditubuhkan2004; 20 tahun yang lalu (2004)
Divisyen2
Bilangan pasukan12
Kelayakan keLiga Super Malaysia
Disingkirkan keLiga M3 Malaysia
TahapTahap 2
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasaJohor Johor Darul Ta'zim II (2022)
Kejuaraan terbanyakWilayah Persekutuan Felda United
Kedah Kedah Darul Aman
Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM
(Masing-masing 2 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Musim 2022

Liga Premier Malaysia dipertandingan di antara 12 buah kelab bola sepak. Musim liga berlangsung dari awal bulan Febuari sehinga penghujung Oktober dengan waktu cuti pada bulan Ramadhan untuk tempoh sebulan. Pasukan akan bermain sebanyak 22 perlawanan (setiap pasukan bermain dua kali, sebagai tuan rumah dan pelawat), di mana sebanyak 132 perlawanan diadakan dalam semusim.[1] Kebanyakan perlawanan diadakan pada hari Jumaat dan beberapa perlawanan pada hari bekerja.

Liga Premier Malaysia beroperasi dengan sistem naik dan turun liga dengan pertandingan Liga Super Malaysia.

Bermula musim 2016, liga ini dikenali sebagai 100Plus Liga Premier Malaysia atas sebab penajaan.[2]

Sejarah

sunting

Pertandingan bola sepak telah wujud dan bertapak di Malaysia sejak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1921. Pertandingan bola sepak secara liga pula hanya bermula apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menukar format Piala Malaysia pada tahun 1979 dengan mewujudkan peringkat liga satu pusingan sebagai kelayakan ke peringkat kalah-mati Piala Malaysia pada tahun berkenaan. Juara Liga Malaysia hanya mula diiktiraf mulai tahun 1982 apabila piala pusingan liga telah diperkenalkan. Semenjak itu, pertandingan liga bola sepak telah terus diadakan di Malaysia sehingga kini.

Liga Premier Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004. Liga tahap kedua bermula di Malaysia sejak 1989 selepas penubuhan Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia Bahagian 2 yang dipertandingkan sehingga tahun 1993 sebelum Liga Semi-Pro ini digantikan dengan penubuhan liga bola sepak profesional yang pertama di Malaysia iaitu Liga Perdana. Liga tahap dua kemudiannya dipertandingkan semula apabila Liga Perdana dibahagikan kepada dua di mana Liga Perdana 2 telah diwujudkan. Liga Perdana 2 kemudian telah digantikan dengan kewujudan Liga Premier Malaysia pada tahun 2004 seiring dengan kewujudan Liga Super Malaysia pada ketika itu.

Nama Liga

sunting
Musim Nama
1989 - 1993 Liga Semi-Pro Divisyen 2
1998 - 2003 Liga Perdana 2
2004 - kini Liga Premier Malaysia

Jumlah Pasukan

sunting

Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke liga tahap kedua di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 1989-1993, 1998-2003 dan 2004-kini.

Musim Jumlah Pasukan
1989 - 1998 8 pasukan
1999 - 2000 10 pasukan
2001 - 2003 12 pasukan
2004 18 pasukan
2005 - 2006 16 pasukan
2007 11 pasukan
2008 13 pasukan
2009 14 pasukan
2010 - kini 12 pasukan

Penajaan

sunting
Musim Penaja Penjenamaan Liga
1989 - 2004 Dunhill Dunhill Liga Premier Malaysia
2005 - 2010 TM TM Liga Premier Malaysia
2011
-
Liga Premier Malaysia
2012 - 2014 Astro Astro Liga Premier Malaysia
2015
-
Liga Premier Malaysia
2016 - 2018 100PLUS 100PLUS Liga Premier Malaysia
2019 - 2020
-
Liga Premier Malaysia
2021 Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH) PPHH Liga Premier Malaysia

Pencapaian Terbaik

sunting

Pencapaian terhebat untuk Liga Premier diberi kepada pasukan yang memenangi 2 trofi (double) dan 3 trofi (treble) pada musim yang sama. Ianya merangkumi Liga Premier Malaysia, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Treble

sunting
Tahun Pasukan Kejohanan
2005 Selangor  Selangor Liga Premier, Piala FA & Piala Malaysia

Senarai Juara

sunting

Sejak diasaskan pada 1989, pasukan Kedah mengungguli kejuaraan liga divisyen 2 apabila berjaya memenangi gelaran sebanyak 4 kali diikuti Terengganu, Selangor, PDRM dan Felda United FC sebanyak 2 kali. Sabah merupakan Juara bertahan bagi Liga Premier musim 2019. Sejak Liga Premier muncul sebagai kejohanan liga tahap kedua pada 2004, Felda United, Kedah dan PDRM telah menjadi pemenang utama Liga Premier dengan dua (2) gelaran.

Musim Juara Naib Juara
2004 Selangor  MPPJ Melaka  Telekom Melaka
2005 Selangor  Selangor Negeri Sembilan  Negeri Sembilan
2005–06 Kedah  Kedah Melaka  Melaka
2006–07 Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM Selangor  UPB-MyTeam
2007–08 Kedah  Kuala Muda Naza Kuala Lumpur  PLUS
2009 Malaysia  Harimau Muda Terengganu  T-Team
2010 Wilayah Persekutuan  Felda United Sabah  Sabah
2011 Selangor  PKNS Sarawak  Sarawak
2012   ATM Pahang  Pahang
2013 Sarawak  Sarawak Kuala Lumpur  Sime Darby
2014 Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM Wilayah Persekutuan  Felda United
2015 Kedah  Kedah Pulau Pinang  Pulau Pinang
2016 Melaka  Melaka United Selangor  PKNS
2017 Kuala Lumpur  Kuala Lumpur Terengganu  Terengganu
2018 Wilayah Persekutuan  Felda United Wilayah Persekutuan  Felcra
2019 Sabah  Sabah Johor  Johor Darul Ta'zim II
2020 Pulau Pinang  Pulau Pinang Kuala Lumpur  Kuala Lumpur
2021 Negeri Sembilan  Negeri Sembilan Sarawak  Sarawak United
2022 Johor  Johor Darul Ta'zim II Kelantan  Kelantan

Pasukan Terbaik

sunting

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

Sehingga 2022
# Kelab Gelaran
1 Wilayah Persekutuan  Felda United 2
Kedah  Kedah Darul Aman 2
Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM 2
4 Johor  Johor Darul Ta'zim 1
Negeri Sembilan  Negeri Sembilan 1
Pulau Pinang  Pulau Pinang 1
Sabah  Sabah 1
Kuala Lumpur  Kuala Lumpur City 1
Melaka  Melaka United 1
Sarawak  Sarawak United 1
  ATM 1
Selangor  PKNS 1
Malaysia  Harimau Muda 1
Kedah  Kuala Muda Naza 1
Selangor  Selangor 1
Selangor  MPPJ 1

Anugerah

sunting

Kasut Emas

sunting
Musim Pemain Pasukan Gol
2022 Liberia  Abu Kamara Sarawak  Kuching City 11
2021 Ghana  Jordan Mintah
Sepanyol  Fernando Rodríguez
Terengganu  Terengganu II
Johor  Johor Darul Ta'zim II
16
2020 Brazil  Casagrande
Brazil  Endrick Santos
Pulau Pinang  Pulau Pinang 8
2019 Montenegro  Žarko Korać Selangor  UiTM 13
2018 Brazil  Casagrande Wilayah Persekutuan  Felcra 19
2017 Brazil  Guilherme de Paula Lucrecio Kuala Lumpur  Kuala Lumpur City 27
2016 Montenegro  Ilija Spasojević Melaka  Melaka United 24
2015 Liberia  Francis Doe Negeri Sembilan  Negeri Sembilan 17
2014 Republik Ireland  Billy Mehmet Kedah  Kedah Darul Aman 23
2013 Croatia  Karlo Primorac Kuala Lumpur  Sime Darby 24
2012 Malaysia  Khairul Izuan Abdullah Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM 27
2011 Malaysia  Mohd Fitri Omar Johor  MP Muar 16
2010 Malaysia  Mohammad Zamri Hassan Selangor  PKNS 20
2009 Malaysia  Mohd Haris Safwan Mohd Kamal Terengganu  T-Team 24
2007-08 Senegal  Mouhamadou Moustapha Kelantan  Kelantan 27
2007-08 Croatia  Marin Mikac Selangor  UPB-MyTeam 13
2005-06 Argentina  Gustavo Fuentes Melaka  Melaka 18
2005 Indonesia  Bambang Pamungkas Selangor  Selangor 23
2004 Argentina  Brian Diego Fuentes Selangor  Selangor 25
2003 Argentina  Juan Manuel Arostegui Selangor  MPPJ 33
2002 Ghana  Isaac Kuffour Melaka  Telekom Melaka 22
2001 Malaysia  Suharmin Yusuf
Malaysia  Shahrin Majid
Sabah  Sabah 12
2000 Malaysia  Anuar Abu Bakar Kelantan  Kelantan 12
1999 Malaysia  Rusdi Suparman Selangor  Selangor 15
1998 Ghana  Seidu Issifu Terengganu  Terengganu 8
1993 Australia  Alistair Edwards Singapura  Singapura 18
1992 Poland  Dariusz Dudala Kelantan  Kelantan 9
1991 Australia  Marshall Soper Pulau Pinang  Pulau Pinang 11
1990 Malaysia  Mohd Hashim Mustapha
Thailand  Boonphop Praphut
Kelantan  Kelantan 13
1989 Thailand  Praduphan Jarunya Perlis  Perlis 13

Lihat juga

sunting

Pautan Luar

sunting

Diarkibkan 2010-03-05 di Wayback Machine

Rujukan

sunting