Jurutera
Jurutera atau insinyur[1] atau rekayasawan merupakan suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan yang berkenaan dengan mengaplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Jurutera mereka pelbagai jenis benda merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos.
Terdapat pelbagai jenis bidang kejuruteraan dalam dunia ini, oleh itu, pelbagai jenis gelaran jurutera juga wujud.
Peristilahan
sunting"Jurutera" merupakan hasil penggabungan kata "juru-" iaitu imbuhan menerangkan pelaku atau pengendali dan "jentera" yang digugurkan komponen jen-.[2]
"Insinyur" pula pinjaman bahasa Belanda[1] dari perkataan ingeniur. Perkataan tersebut sendirinya menyerap dari bahasa Perancis iaitu ingénieur turunan Latin: ingenium[3] yang diertikan sebagai "kepakaran" (intelligence) atau "ciri keperibadian" (qualités innées).[4] - ia kata sewarisan dengan perkataan "enjin". Istilah ini kurang dipakai selain di Indonesia namun masih kekal dalam bentuk tertentu seperti gelaran "Ir".
Gambaran umum
suntingDalam syarikat dan organisasi lain di sesetengah negara bertutur bahasa Inggeris terdapat kecenderungan untuk tidak menghargai orang yeng memiliki kemahiran teknologi dan saintifik berbanding selebriti, pengamal fesen, penghibur dan pengurus. Dalam bukunya The Mythical Man-Month,[5] Fred Brooks Jr menyatakan bahawa pengurus memikirkan mereka yang senior sebagai "terlalu beharga" bagi tugasan teknikal, dan kerja pengurusan membawa prestij lebih tinggi. Dia menerangkan bagaimana sesetengah makmal, seperti Bell Labs, menghapuskan kesemua pangkat kerja bagi mengatasi masalah ini: pekerja profesional merupakan "ahli kakitangan teknikal." IBM mengekalkan dua laluan kenaikan berlainan; tingkat pengurusan dan teknikal sama tingkat adalah setaraf. Brooks mencadangkan bahawa struktur perlu ditukar; ketua perlu memberikan lebih perhatian bagi mengekalkan pekerja pengurus dan teknikal sebagai saling tukar selagi bakat mereka membenarkannya.
Rujukan
sunting- ^ a b "insinyur". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 23 Disember 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "ingenieur". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
- ^ Gaffiot, Félix (1934). "ingenium". Dictionnaire Illustré Latin-Français. Hachette. m/s. 818.
- ^ The Mythical Man-Month: Essays on Software Engineering, p119 (see also p242), Frederick P. Brooks, Jr., University of North Carolina at Chapel Hill, 2nd ed. 1995, pub. Addison-Wesley