[go: up one dir, main page]

Jibam The Movie merupakan filem sulung terbitan Jajja Production Sdn. Bhd. yang diadaptasikan daripada novel terlaris terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) oleh kartunis Ujang atau nama sebenar beliau Ibrahim Anon.

Jibam Versi Kartun

Dengan memberikan hak kepada Jajja Production untuk menerbitkan filem tersebut, CESB secara tidak lansung membenarkan generasi baru untuk kembali mengenali kartunis Ujang sebagai sorang lagenda yang pernah menggegar dunia kartun tanahair sekitar tahun 80-an dengan siri Aku Budak Minang dan pada tahun 90-an dengan siri animasi Usop Sontorian serta Majalah Ujang yang masih bertahan sehingga ke hari ini.

Filem tersebut juga di jangka akan menghidangkan suatu kelainan jika dibandingkan dengan filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini, dengan memberi penekanan pada konsep asal novel Jibam iaitu kemanusian, kasih sayang dan semangat perpaduan. Jibam juga merupakan novel ke empat di Malaysia yang telah diangkat ke layar perak dan dijangka akan meletakkan kembali nama Ujang sebagai kartunis terhebat dalam sejarah kartun Malaysia selepas Dato' Lat.

Pautan Luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.