[go: up one dir, main page]

Ujang (majalah)

majalah
(Dilencongkan daripada Majalah Ujang)

Ujang ialah majalah kartun humor Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Ujang
Kulit depan majalah Ujang, keluaran 1 Januari 1994.
EdaranDua bulan sekali
PenerbitKharisma Publications (1994-1997)
MOY Publications (1998-2015)
Jumlah edaran505
PengasasRahahafiz
Isu pertama1 Januari 1994; 30 tahun yang lalu (1994-01-01)
Isu terakhir6 Ogos 2015 (2015-08-06)

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun telah berjaya dikadetkan oleh Ujang dan munculnya beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah satu bumbung Kharisma Publications Sdn Bhd pada waktu itu.

Dengan moto Majalah Lawak Antarabangsa, majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi. Kartunis Ujang telah menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu, sebelum beliau menyertai MOY Publications Sdn Bhd. UJANG berada di bawah MOY setelah Datuk Md Othman Hj Yusof (MOY), bekas penerbit Usop Sontorian memiliki pegangan yang penuh terhadap Kharisma Publications Sdn Bhd. Majalah UJANG diterajui oleh kartunis-kartunis seperti Lengkuas, Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum, Aie dan Ubi.

Penerbitan majalah Ujang dan majalah kembarnya, Apo? dihentikan secara rasmi setelah penutupan MOY Publications pada 5 Ogos 2015.[1]

Watak cereka sebelum Pak Cik Din

sunting

Watak ini dikenali sebagai "Din Beramboi" dan mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim Anon @ Ujang sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut"[2], dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad atau kini lebih dikenali dengan gelaran Din Beramboi yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.[3]

Namun, fakta tentang Ujang "menciplak" Din Beramboi Alai Berjanggut tersebut telah disangkal oleh banyak pihak, terutamanya bagi orang lama yang pernah bergelar mahasiswa/mahasiswi sekitar penghujung dekad 80an dan turut pernah mendengarkan kaset rakaman suara temuramah dengan seorang orang gila yang menggelarkan dirinya sebagai Din Beramboi dan akhirnya kaset tersebut turut mempengaruhi kartunis Ujang yang pada ketika itu menuntut di USM Pulau Pinang. Yang pasti, suara yang terdapat didalam kaset tesebut tidak sama langsung dengan suara Din Beramboi Alai Berjanggut yang di bawakan oleh Meor Ahmad Fuad. Maka, fakta tentang idea asal nama Din Beramboi itu boleh dipertikaikan, malah kartunis Ujang sendiri tidak berkeras merebutkan hak milik nama tersebut. Jadi, walaupun Meor Ahmad Fuad menang kes. Hakikatnya, tetap tiada bukti bahawa nama Din Beramboi yang digunakan oleh kartunis Ujang yang seterusnya popular sebagai maskot Majalah Ujang di ciplak dari kaset Din Beramboi Alai Berjanggut. Bagi orang lama yang pernah mendengar kedua-dua kaset tersebut pasti menyedari perbezaan isi kandungan antara kaset Din Beramboi yang popular penghujung dekad 80an dengan kaset Din Beramboi Alai Berjanggut bawaan Meor Ahmad Fuad.

Dan ilham dari kaset Din Beramboi yang popular dengan tagline "Pak cik Kayo!" semenjak tahun 1987 itu lah, Ujang seterusnya menzahirkan karakter Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah Gila-Gila. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.[4]

Penerimaan watak Din Beramboi

sunting

Ujang meninggalkan majalah Gila-Gila untuk membuka majalah sendiri, iaitu Ujang, dan turut membawa watak Din Beramboi untuk dijadikan maskot majalah baru tersebut.[3] Nama Din Beramboi ciptaan Ujang ini juga dijulang dengan terbitan kaset lawak sendiri, iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban.[3] Kerana watak Din Beramboi inilah majalah Ujang menjadi terkenal pada dekad 1990-an.

Pengakhiran watak Din Beramboi

sunting

Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana menciplak watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.[3]

Edisi Bumper

sunting

Majalah Ujang diterbitkan dengan edisi bumper yang lazimnya dijual pada harga RM5 sehingga RM7. Isu bumper terdiri daripada Bumper Merdeka, Bumper Puasa, Bumper Raya, Bumper Cuti Sekolah dan Bumper April Fool.

Senarai kartunis

sunting

Berikut ialah senarai kartunis yang pernah mencipta nama bersama Ujang. Sila perhatikan bahawa kebanyakan kartunis Ujang pernah menjadi animator Usop Sontorian.

  • Rahahafiz (Lengkuas)
  • Mohd Jaurizal Jamaludin (Pucukpaku)
  • Ruslan Ayob (Taugeh)
  • Ahmad Kamil Othman (Sagu)
  • Syamsul Ikram "Soul" Ghazali (Rambai)
  • Dielfitri "Diel" Tajudin (Lambok)
  • Azhar Ahmad (Tembakau)
  • Khairul Hisham Salim (Jambang)
  • Faizal Ambok Liman (Bacang)
  • Mazli Ibrahim (Gayour)
  • Roslan Kasim (Petai)
  • Mohd Hairul Mohd Noh (Belitong)
  • Nik Mohd Wafdi Nik Jaafar (Nik)
  • Hairulnizam Mahayuddin (Lalang)
  • Mohd Rozie Ngah (Lepat)
  • Rosli Ismail (Manggis)
  • Munawer Asari (Papan)
  • Syahrumaizam Ismail (Bijan)
  • Raja Ahmad Kamil (Ubi)
  • Ciku
  • Bawang
  • Buloh
  • Mona
  • Md Hanafi Othman (Sukun)
  • Piston
  • Pjoe
  • Qayyum
  • Shaari Sulong (Aie)
  • Jackal
  • Papadom
  • Jebart

Penutupan

sunting

Majalah Ujang telah menamatkan penerbitannya apabila penerbitnya, MOY Publications menamatkan operasi pada 6 Ogos 2015.[5][6]

Majalah Ujang terakhir bernombor 505 dan majalah APO? pula 398

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Madiha Abdullah (2015-08-07). "MOY Publication tutup operasi, majalah Ujang berkubur". Astro Awani. Dicapai pada 2015-08-27.
  2. ^ "Din Beramboi penghibur serba boleh". Utusan Malaysia. 14 Disember 2006. Dicapai pada 21 September 2014.[pautan mati kekal]
  3. ^ a b c d Din Beramboi, The JonJenin Site (blog), 12 Jun 2008. Dicapai pada 2 April 2010.
  4. ^ Din Beramboi di Gila-Gila! Diarkibkan 2010-02-19 di Wayback Machine, Jibam, 11 April 2007. Dicapai pada 2 April 2010.
  5. ^ MOY Publication tutup operasi, majalah Ujang berkubur.
  6. ^ Syarikat MOY Penerbit Majalah Ujang & APO Ditutup 6.8.2015.

Pautan luar

sunting