Beatifikasi
Beatifikasi ([béa.ti.fi.ka.si]; Latin: beatificatio "membahagiakan...memuliakan"[1] lakuran beatus, "bahagia" dan facere, "menjadikan") ialah pernyataan daripada pihak Gereja Katolik bahawa seseorang penganut yang telah meninggal dunia itu menurut mereka telah dijamin masuk Syurga malah menjadi pengantara antara Tuhan dengan sesiapa yang meminta bantuan di bawah nama si mati tersebut (intercessio).
Penyataan ini dulu pernah dilakukan oleh sebarang uskup, namun suatu dokumen digubal Paus Urbanus VIII bertarikh 6 Julai 1634 berjudul Cœlestis Jerusalem menetapkan bahawa hanya pihak Takhta Suci sahaja yang mampu berbuat demikian.[2][3]
Langkah
suntingSuatu pasukan kerjasama doktor dan paderi menentukan kelayakan seseorang ternama dengan meneliti kes kejadian penyakit dialami seseorang yang meminta bantuan di bawah nama seseorang mati; jika penyakit dialami ini sembuh tanpa sebarang penjelasan saintifik yang dapat dipastikan, maka ia danggap sebagai suatu "keajaiban" (miraculum) yang melayakkan orang suci dibantu ini sebagai bukti pengantaraannya[4][5][6]
Rujukan
sunting- ^ "beātĭficātĭo + ōnis". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 92.
- ^ A. De Meester, Juris Canonici et Juris Canonico-Civilis Compendium Nova Editio, Tomus Tertius, Pars Secunda (Brugis: Desclée de Brouwer et Sii, 1928) m/s. 86 (didasarkan kanon De Servorum Dei Beatificatione et Beatorum Canonizatione oleh Paus Benedictus XIV)
- ^ Beccari, Camillo (1907). "Beatification and Canonization". The Catholic Encyclopedia. 2. New York: Robert Appleton Company. Dicapai pada 1 Nov 2015 – melalui New Advent.
- ^ Nature, Tia Ghose 2013-07-09T12:42:00Z Human. "The Science of Miracles: How the Vatican Decides". livescience.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2019.
- ^ "Miracles under the microscope". The Economist. 20 April 2000. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 15 September 2019.
- ^ "How The Catholic Church Documented Mother Teresa's 2 Miracles". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2019.
Tahap-tahap Pengkanonan dalam Gereja Katolik |
---|
Hamba Tuhan → Venerabilis → Beatifikasi → Santo/Santa |