Advertising Age
Advertising Age (atau AdAge) ialah majalah Amerika yang membekalkan berita, analisis, dan data tentang pemasaran dan media. Majalah itu bermula sebagai suatu akhbar terbitan lebar sehelai di Chicago pada 1930. Pada hari ini, kandungannya juga muncul dalam bentuk mingguan cetak yang diedarkan di seluruh dunia, termasuk juga dalam banyak wadah elektronik, termasuk:
- AdAge.com, yang juga menonjolkan sebuah kedai buku dalam talian serta sebilangan blog, dengan sesetengah blog itu dicipta oleh pasukan penyunting terbitan dan yang lain, seperti Small Agency Diary dicipta oleh komuniti Ad Age. Antara penulis ruangnya yang terkenal ialah Simon Dumenco dengan nama pena "Media Guy";
- surat berita e-mel harian Ad Age Daily, Ad Age Mediaworks, dan Ad Age Digital;
- surat berita mingguan seperti Madison & Vine (tentang hiburan jenama) dan Ad Age China;
- podkas yang dikenali sebagai Why It Matters; dan
- pelbagai video.
Editor | Jonah Bloom |
---|---|
Kategori | Pengiklanan |
Kekerapan | Setiap minggu |
Isu pertama | 1930 |
Syarikat | Crain Communications Inc. |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Laman web | adage.com |
Pasukan editor AdAge berpusat di Bandaraya New York, manakala syarikat induknya, Crain Communications, berpusat di Detroit. Crain Communications ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang menerbitkan melebihi 30 majalah.
Pautan luar
sunting