Zamani Ibrahim
Zamani Ibrahim | |
---|---|
Kelahiran | Zamani bin Ibrahim 25 Mei 1971 |
Nama lain | Zamani Slam |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Pasangan | Nur Juliana Abdul Rani (k. 2019) |
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Pop rock, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1991–kini |
Syarikat rakaman | BMG Music Nova Music Faithful Music KRU Music |
Pengkarya berkait | Slam, Saga |
Zamani bin Ibrahim (lahir 25 Mei 1971) atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi pop rock lelaki berpengaruh popular dari Malaysia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop rock terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Beliau yang kemudiannya melancarkan kerjaya muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki yang malar segar di Malaysia dan Indonesia serta negara serantau dan beliau juga pernah dicalonkan antara penyanyi terbaik di Asia.[3] Kekuatan dan kemerduan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.[4] Kini, segala urusan kerjaya seni dikendalikan sepenuhnya oleh isteri beliau sendiri yang bertindak sebagai pengurus peribadi yang sah iaitu Pn. Nur Juliana Abd Rani. [5]
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Awal tahun 2015, industri muzik Malaysia dikejutkan dengan berita penangkapan beliau. Beliau disahkan memiliki dan mengambil dadah dan telah dimasukkan ke pusat pemulihan setempat.[6] Setelah beberapa bulan dirawat, beliau disahkan bebas dari dadah dan mulai aktif di pentas pada tahun 2016.[7] Zamani mengaku bahawa beliau terlibat dengan dadah sejak zaman sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sebelum menyertai kumpulan Slam, Zamani pernah dahulu dijemput bersama Saiful Rizla Kamarudin atau Lola (bekas pemain dram XPDC) untuk menyertai kumpulan rock 80an iaitu kumpulan Scalia atau lebih dikenali sebagai kumpulan Saga pada tahun 1989. Ketika itu beliau baru berusia 18 tahun. Jodoh beliau bersama kumpulan itu tidak kekal lama apabila pengurus syarikat rakaman mereka ketika itu kurang bersetuju dengan vokal lembut mendayu yang ada pada Zamani.
Bagi beliau suara Zamani tidak mempunyai elemen rock yang mencukupi untuk kumpulan tersebut. Ekoran dari peristiwa itu Zamani dan Lola sekaligus mengambil keputusan mengundur diri dari kumpulan tersebut untuk memberi laluan kepada vokalis baharu mereka dan menyertai kumpulan malar segar nusantara iaitu Slam manakala Lola ingin menubuhkan Lefthanded '97 sekaligus menyertai kumpulan XPDC dan Search. Dan kini beliau menjadi antara penyanyi lelaki yang berpengaruh di Malaysia dan nusantara.
Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1993 sedang berkali-kali dijalankan, Shah Slam terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu Nina ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music). Atas cadangan Acong Sweetchild, akhirnya mereka ditemukan dengan seorang pemuda yang bernama Zamani Ibrahim yang merupakan anak jati Keramat, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, Zamani baru berusia 22 tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah bank terkemuka di tempatnya. Keunikan dan kemerduan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Namun begitu, beliau sendiri masih berbelah bahagi untuk menjadikan nyanyian sebagai kariernya apatah lagi untuk bergerak dalam satu kumpulan pada ketika itu. Namun akhirnya, beliau memutuskan untuk terus bersama Slam kerana merasakan dirinya sesuai dengan identiti muzik yang ingin dibawa Slam. Zamani yang dianugerahkan bakat semulajadi dan seraut wajah keanak-anakan dijangka akan membuat peminat tidak puas memandangnya.
Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanah air. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di atas pentas dengan Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya, Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan walaupun usia Shah lebih muda daripada mereka.
Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal. Dan proses rakaman itu memakan masa hampir 60 jam.
Setelah lama membujang Zamani akhirnya telah selamat diijabkabul dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019.[8][9] Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup di Ampang dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.[10][11]
Kemuncak Populariti (1995 - 1999)
[sunting | sunting sumber]Zamani bersama kumpulannya Slam berjaya menguasai pentas muzik Tanah Air apabila lagu daripada album kedua dan ketiga mereka berjaya menambat hati pendengar bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh Nusantara iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.
Antara lagu-lagu popularnya seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Jika Kau Rasa Getarnya, Buat Seorang Kekasih, Kurnia, Mentari Muncul Lagi, Rindiani, Syair Si Pari-Pari dan Kala Hujan.
Lagu Gerimis Mengundang sewaktu menempa populariti luar biasa suatu ketika dahulu pernah dialihbahasakan kepada 21 bahasa di seluruh Asia.
Mengekori kejayaan ini sebuah konsert berskala mega yang dijayakan oleh Slam, Slam Live Concert Unplugged pada 3 Ogos 1996 diiringi orkestra di bawah pimpinan Dato' Ramli M.S. di Stadium Negara hingga membawa kejayaan besar apabila Zamani diiktiraf sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki) menerusi album Slam Live Concert Unplugged (1996) di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997.
Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis tersohor Negara untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk daripada negara Komanwel. Beliau mendendangkan lagu popular senusantara iaitu Isabella 98 bersama Jamal Abdillah, Saleem Iklim dan Amy Search.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Tahun | Judul | Jualan |
---|---|---|
1994 | SLAM
|
|
1995 | Kesan Terbukti
|
|
1995 | Terbaik Slam
|
|
1996 | Kembali Merindu
|
|
1998 | Dalam Harapan
|
|
1999 | Best Of Slam
|
|
2002 | ZAMANI
|
|
2010 | Terima Kasih
|
Album kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Zamani Terbaik (2011)
Single
[sunting | sunting sumber]- Isabella '98 - bersama Jamal Abdillah, Amy dan Saleem
- Syair Si Pari-Pari (2002)
- Kala Hujan (2004)
- Andai Gerimis Tiada (2011)
- Tak Keruan (2012) - duet bersama Sharifah Zarina
- Cahaya Asmara (2015)
- Tambatan Hati (2016)
- Aduh (2019)
- Lima Aksara (2019) - duet bersama Ezad Lazim
- Syawal Ini (2020) (Lagu Raya Aidilfitri)
- Yes Sir (2023; OST filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang) - duet bersama Arif Peter
* Untuk diskografi bersama Slam, rujuk di sini
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Bara | Ziman | Filem pertama |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Syair Si Pari-Pari | Ikmal | Format VCD | Telefilem pertama |
2003 | Hantu | Joe | ||
2004 | Celak Pak Andam | Firdaus |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Gegar Vaganza (musim 5) | Peserta | Astro Ria | |
2019-2024 | Sepahtu Reunion Live | Kameo | Astro Warna |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik
[sunting | sunting sumber]Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan | ||
1996 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Terbaik Slam | Tercalon | ||
Lagu Terbaik | Gerimis Mengundang | Tercalon | |||
1997 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Slam Live Concert Unplugged | Menang | ||
Album Rock Terbaik | Slam Live Concert Unplugged | Tercalon | |||
Anugerah Kembara | Menang | ||||
1998 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Slam Live Concert Unplugged 2 | Tercalon | ||
Album Pop Terbaik | Slam Live Concert Unplugged 2 | Tercalon | |||
1999 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Dalam Harapan | Tercalon | ||
Album Pop Terbaik | Dalam Harapan | Tercalon | |||
2003 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Syair Si Pari-Pari | Tercalon | ||
Lagu Terbaik | Syair Si Pari-Pari | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Keputusan |
1996 | Gerimis Mengundang | Saari Amri | Saari Amri | Tercalon |
2002 | Syair Si Pari-Pari | Aidit Alfian | Ad Samad | Tercalon |
2004 | Kala Hujan | Aidit Alfian | Loloq | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
[sunting | sunting sumber]Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | ||
1995 | Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) | Tercalon | ||
1996 | Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) | Tercalon | ||
1997/98 | Penyanyi Berkumpulan Popular (bersama Slam) | Tercalon | ||
2002 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Anugerah Era
[sunting | sunting sumber]Anugerah Era (AE) | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | ||
2002 | Vokal Lelaki Pilihan | Menang | ||
2003 | Vokal Lelaki Pilihan | Tercalon | ||
2004 | Vokal Lelaki Pilihan | Tercalon |
Lain-lain Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Tempat Ketiga (bersama Slam)
Anugerah Platinum Berkembar Asia Award 1999
- Bersama kumpulan Slam
- Anugerah Khas (bersama Slam)
- Tempat Ketiga
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) AIM 1997
- Bersama Kumpulan Slam
- Bersama kumpulan Slam
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/04/695189/zamani-teruja-jumpa-peminat-di-melaka
- ^ https://www.melakahariini.my/zamani-anak-jati-alor-gajah-ajak-peminat-bercuti-ke-melaka/
- ^ Perdana, Egi David. "10 Penyanyi Terbaik Asia Sepanjang Masa". Kompasiana. Kompasiana. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ Razlan, Abd Razak. "Vokalis Terbaik Malaysia". blogspot. Razlan Abd Razak. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ Queen, Alexia. "Elak kekeliruan, terkini Zamani lantik isteri jadi pengurus". Zamani Ibrahim.
- ^ Astro Gempak. "Zamani Slam Positif Dadah, 10 Tahun Terlibat Penagihan". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ Astro Gempak. "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". astrogempak.com. Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 September 2018). Alhamdulillah, Zamani selamat bernikah Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2018.
- ^ Zaidi Ibrahim (20 September 2019). "Zamani Semakin Pulih Dari Dadah". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
- ^ "Zamani akhiri zaman bujang". Malaysiakini. 20 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
- ^ Wawann Mohd (20 September 2019). "Zamani, Juliana selamat diijabkabul". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.