XModem
XMODEM menggunakan protokol pemindahan fail tak segerak, kemungkinannya protokol pemindahan fail yang paling meluas digunakan melalui talian bersiri (misalnya, antara modem). Ia dicipta oleh Ward Christiansen pada tahun 1979 untuk komunikasi melalui talian telefon. Beroperasi Dupleks separuh. Melaksanakan ARQ henti dan tunggu.
XMODEM menggunakan bingkisan 128-bit dan pengesan ralat, membolehkan penerima meminta penghantaran semula bingkisan yang rosak. XModem agak perlahan tetapi andal.
Beberapa kelainan telah dicadangkan dengan peningkatan saiz bingkisan, misalnya XMODEM-1K menggunakan bingkisan 1 kilobait, dan pengesan ralat yang berlainan (CRC bukannya hasil tambah semak) bagi mengambil kesempatan modem yang lebih pantas. Atur cara penghantar dan penerima boleh berkomunikasi untuk menetapkan protokol terbaik yang disokong oleh kedua-duanya.
XMODEM piawaian menetapkan masa tamat satu saat semasa penerimaan huruf dalam blok data sesuatu bingkisan.
John Mahr menulis kod pembetulan ralat XMODEM yang asal bagi CRC serta keadaan ralat talian modem PMMI. Penggunaannya serasi dengan skim kod pengesanan ralat asal yang ditulis oleh Ward Christensen.
Chuck Forsberg meningkatkan XMODEM dengan membangunkan YMODEM dan ZMODEM.
Rujukan: Chuck Forsberg, "XMODEM/YMODEM Protocol Reference".