[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Utara Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta menunjukkan wilayah di utara Thailand (sistem enam kawasan)
Peta menunjukkan wilayah di utara Thailand (sistem enam kawasan)
Peta menunjukkan wilayah di utara Thailand (sistem empat kawasan)

Utara Thailand ialah kawasan di Thailand yang geografinya dicirikan oleh beberapa banjaran gunung, yang bersambung dari Tanah Tinggi Shan di sempadan Myanmar dan Laos, dan lembah sungai di antara mereka. Namun seperti kebanyakan kawasan lain di Thailand, ia memiliki iklim savana tropika, cuma altitud dan latitud yang agak tinggi menyebabkan perubahan suhu musim yang lebih ketara, dengan musim sejuk lebih dingin dari kawasan lain. Secara sejarah ia berkaitan dengan negara beraja Lanna dan kebudayaannya.

Berikut ialah wilayah Thailand mengikut sistem enam kawasan:

Jata Nama Ibu negeri Penduduk Luas (km²) Kepadatan Kod ISO
Wilayah Chiang Mai Chiang Mai 1,646,144 20,107.0 81.9 TH-50
Wilayah Lamphun Lamphun 403,952 4,505.9 89.7 TH-51
Wilayah Lampang Lampang 757,534 12,534.0 60.4 TH-52
Wilayah Uttaradit Uttaradit 461,040 7,838.6 58.8 TH-53
Wilayah Phrae Phrae 458,750 6,538.6 70.2 TH-54
Wilayah Nan Nan 476,612 11,472.1 41.5 TH-55
Wilayah Phayao Phayao 486,472 6,335.1 76.8 TH-56
Wilayah Chiang Rai Chiang Rai 1,198,656 11,678.4 102.6 TH-57
Wilayah Mae Hong Son Mae Hong Son 244,048 12,681.3 19.2 TH-58

Nota: Data penduduk setakat 31 Disember 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]