[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ungka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ungka
Wak-wak
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Hylobatidae

Gray, 1870
Genus jenis
Hylobates
Illiger, 1811
Genus-genus
Peta taburan spesies-spesies keluarga di Asia Tenggara

Ungka, wak-wak, owa atau owa-owa merupakan sejenis mawas dalam keluarga Hylobatidae[2] yang tinggal di pedalaman hutan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Badan jenis mawas ini lebih kecil daripada badan cimpanzi, gorila dan orang utan.[3]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Nama ungka (Jawi: اوڠک) asalnya dipakai kepada spesies-spesies Hylobates lar dan H. agilis di pulau Sumatera.[4][5]

Nama wak-wak (Jawi: وق٢) juga dipakai kepada spesies H. agilis dan H. muelleri[6] daripada mendengarkan jeritan spesies-spesies ini[7] yang jantan dan betina untuk memanggil kawanan atau menarik pasangan.[8] Nama owa-owa (Jawi: اووا٢) seasal dan dipakai kepada spesies H. muelleri yang sama di Kalimantan Barat.[6]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Keluarga ungka Hylobatidae dibahagikan kepada 4 genus berdasarkan jumlah kromosom diploid: Hylobates (44), Hoolock (38), Nomascus (52), dan Symphalangus (50).[2]

Seperti kebanyakkan spesies Mawas, Ungka mempunyai tangan yang panjang, iaitu sama panjang dengan ukuran dari bahu ke kaki, dan tidak berekor. Perbezaan Ungka dengan Mawas Besar ialah dari segi saiznya, itu sebabnya Ungka dipanggil Lesser/Smaller Ape.[10]

Ungka ialah haiwan yang bersosial. Ungka juga merupakan haiwan yang "territorial", mereka akan lindung kawasannya dengan menggunakan suaranya yang dapat didengari sejauh 1 km. Mereka hidup berkeluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan beberapa ekor anak. Setiap pagi, keluarga ungka ini akan bernyanyi dengan suara yang kuat. Ungka bergerak di dalam hutan dengan melompat sejauh kira-kira 10 meter dari dahan ke dahan.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Diet Ungka biasanya lebih kepada buah-buahan iaitu 60% daripada diet mereka. Mereka juga makan daun, bunga, dan telur burung.

Status pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan spesies Ungka sekarang diklasifikasikan sebagai "terancam" oleh kerana kemusnahan habitat oleh Manusia dan dijadikan sebagai haiwan peliharaan walaupun ungka merupakan haiwan yang dilindungi. Di Phuket, Thailand terdapat satu pusat rehabilitasi bagi ungka yang diselamatkan, lalu menghantar balik ke hutan.[11]

  1. ^ Ji, Xueping; Harrison, Terry; Zhang, Yingqi; Wu, Yun; Zhang, Chunxia; Hu, Jinming; Wu, Dongdong; Hou, Yemao; Li, Song; Wang, Guofu; Wang, Zhenzhen (Oktober 2022). "The earliest hylobatid from the Late Miocene of China". Journal of Human Evolution (dalam bahasa Inggeris). 171: 103251. Bibcode:2022JHumE.17103251J. doi:10.1016/j.jhevol.2022.103251. ISSN 0047-2484. PMID 36113226 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 252243877 Check |s2cid= value (bantuan).
  2. ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 179–181. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  3. ^ Schaul, Jordan Carlton (3 Mac 2014). "Gibbon Conservation Center Working to Save South Asia's Hoolock Gibbons & Other "Small Apes"". National Geographic. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2014. Dicapai pada 14 Februari 2016.
  4. ^ Wilkinson 1932, m/s. 633.
  5. ^ Martin, William Charles Linnaeus (1841). A Natural History of Quadrupeds and other Mammiferous Animals. London, England, UK: Wright and Co. Printers. m/s. 425–426.
  6. ^ a b Auliya, Mark André (2006). Taxonomy, Life History and Conservation of Giant Reptiles in West Kalimantan (Indonesian Borneo). Münster, Rhine-Westphalia Utara, Jerman: Natur und Tier - Verlag GmbH. ISBN 3-937285-52-0.
  7. ^ Wilkinson 1932, m/s. 643.
  8. ^ Geissmann, Thomas; Nijman, Vincent (Januari 2006). "Calling in Wild Silvery Gibbons (Hylobates moloch) in Java (Indonesia): Behavior, Phylogeny, and Conservation" (PDF). American Journal of Primatology. 68: 1–19. doi:10.1002/ajp.20203.
  9. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  10. ^ http://global.britannica.com/EBchecked/topic/337212/lesser-ape
  11. ^ http://jamie-monk.blogspot.com/2012/07/phuket-gibbon-rehabilitation-project.html

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]