[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tumor buah dada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tumor buah dada ialah tumor yang berasal dari kelenjar buah dada. Ini merupakan jumpaan kerap pada anjing dan kucing betina tua yang tidak dikembiri, tetapi dijumpai juga pada haiwan lain. Kelenjar buah dada pada anjing dan kucing berkaitan dengan putingnya dan menganjur dari sebelah bawah dada ke groin di kedua-dua belah garis tengah. Terdapat banyak perbezaan antara tumor buah dada pada haiwan dengan barah buah dada pada manusia, termasuk jenis tumor, kemalignanan, dan pilihan rawatan. Prevalens pada anjing adalah kira-kira tiga kali daripada yang bagi wanita.[1] Pada anjing, tumor buah dada ialah tumor kedua paling kerap (selepas tumor kulit) secara keseluruhan dan tumor paling kerap pada anjing betina[2] dengan insiden terlapor sebanyak 3.4%.[3] Berbilang kajian telah mendokumenkan bahawa pengembirian anjing betina semasa muda sangat mampu mengurangkan risikonya untuk menghidap neoplasi buah dada apabila menua. Berbanding dengan anjing betina yang kekal utuh, yang dikembiri sebelum kebalighan mempunyai 0.5% sebanyak risiko, yang dikembiri selepas satu kitaran estrus mempunyai risiko sebanyak 8.0%, dan anjing yang dikembiri selepas dua kitaran estrus mempunyai risiko sebanyak 26.0% untuk menghidap neoplasi buah dada dalam kehidupan kelak. Secara keseluruhan, anjing betina yang tidak dikembiri mempunyai risiko sebanyak tujuh kali lebih besar untuk menghidap neoplasia buah dada daripada yang dikembiri. Sementara faedah pengembirian berkurang dengan setiap kitaran estrus, sesetengah faedah telah ditunjukkan pada anjing betina yang juga sehingga umur 9 tahun.[3] Terdapat risiko jauh lebih rendah (kira-kira 1 peratus) pada anjing jantan dan risiko pada kucing kira-kira separuh daripada yang bagi anjing.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Mammary Tumors: Introduction". Buku Panduan Veterinar Merck. 2006. Dicapai pada 21 Mac 2007.
  2. ^ Benjamin S, Lee A, Saunders W (1999). "Classification and behavior of canine mammary epithelial neoplasms based on life-span observations in beagles". Vet Pathol. 36 (5): 423–36. doi:10.1354/vp.36-5-423. PMID 10490210.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ a b "Determining The Best Age At Which To Spay Or Neuter". 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-12-08. Dicapai pada 2014-04-14.
  4. ^ Kirpensteijn, Jolle (2006). "Practical treatment of mammary neoplasia" (PDF). Prosiding Persidangan Veterinar Amerika Utara. Dicapai pada 21 MAc 2007. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]