[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Trilogi Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Trilogi Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
  • Tak Seindah Mimpi
  • Tak Semanis Impian
  • Tiada Lagi Mimpi

karya Sharifah Abu Salem

PenciptaSharifah Abu Salem
PengarahAmie Maziah Abd Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDalam Diamku - Dato' Seri Siti Nurhaliza feat Krisdayanti
Lagu penutupDalam Diamku - Dato Seri Siti Nurhaliza feat Krisdayanti
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod40
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
  • Rosyam Nor Shamsuddin
  • Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1
Kronologi
Rancangan berkaitan
Trilogi Cinta 2

Trilogi Cinta' merupakan siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Amie Maziah, dibintangi oleh Rosyam Nor, Fouziah Gous, Amyza Aznan dan Siti Fazurina.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?