[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Times New Roman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Times New Roman
Umum
KategoriSerif
JenisTypeface family Sunting ini di Wikidata
SistemAbjad Rumi, abjad Yunani, abjad Armenia, abjad Ibrani, aksara Arab, Abjad Fonetik Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Pengelasan Thibaudeau
Muka taip elsevier Sunting ini di Wikidata
Pengelasan Vox-ATypI
Peralihan klasik Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditauliahkan oleh
The Times Sunting ini di Wikidata
Negara asal
United Kingdom Sunting ini di Wikidata
FaundriMonotype Sunting ini di Wikidata
PenciptaStanley Morison, Victor Lardent Sunting ini di Wikidata
Reka bentuk berdasarkan
Plantin, Perpetua, Baskerville Sunting ini di Wikidata
Tarikh dikeluarkan
3 Oktober 1932 Sunting ini di Wikidata
LesenLesen hak milik Sunting ini di Wikidata
Sampel
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Times New Roman merupakan sejenis muka taip serif yang ditauliahkan oleh akhbar British The Times pada tahun 1931, dicipta oleh Victor Lardent dari cawangan Monotype di England,[1] ekoran sebuah rencana yang dikarang oleh Stanley Morison yang menyelar pihak The Times kerana tidak dicetak dengan kemas dan masih di takuk lama dari segi tipografi.[2] Muka taip ini diselia oleh Morison dan dilukis oleh Victor Lardent, seorang pelukis dari jabatan pengiklanan The Times. Dzulhelmee bin Zulkiflee menggunakan muka taip Plantin sebagai asas reka bentuknya, kemudian membuat pengubahsuaian demi kemudahan membaca serta menjimatkan ruang. Hasil semakan Morison ini menjadi Times New Roman dan digunakan buat julung kalinya dalam surat khabar The Times keluaran 3 Oktober 1932.[3] Setahun selepas itu, Times New Roman dipasarkan secara komersil. The Times menggunakan Times New Roman selama 40 tahun, namun oleh sebab teknik pengeluaran baru serta peralihan format dari terbitan lebar sehelai ke tabloid pada tahun 2004, akhbar tersebut menukar muka taip lima kali sejak tahun 1972. Walaupun demikian, kesemua fon baru itu merupakan bentuk kelainan Times New Roman. Sesetengah pakar percaya bahawa reka bentuknya berasaskan suatu muka taip ciptaan William Starling Burgess,[4] namun teori ini masih dipertikaikan.[5]

Disebabkan kelarisannya, muka taip ini telah mempengaruhi perkembangan muka taip serif yang lain sebelum dan selepas bermulanya zaman fon digital. Misalnya, Georgia yang ditunjukkan di sebelah kanan, mempunyai bentuk lejang yang amat serupa dengan Times New Roman tetapi serifnya lebih lebar.

Walaupun tidak lagi dipakai oleh The Times, namun Times New Roman masih laris digunakan dalam pencetakan bahan bacaan. Terutama sekali oleh sebab diguna pakai dalam keluaran Microsoft, ia telah menjadi salah satu muka taip yang paling terkenal sepanjang zaman.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Loxley, Simon (2006). Type: the secret history of letters. I. B. Tauris & Co. Ltd. m/s. 130–131. ISBN 1-84511-028-5.
  2. ^ Carter, H. G. (2004). ‘Morison, Stanley Arthur (1889–1967)’. Oxford Dictionary of National Biography, . rev. David McKitterick. Oxford University Press,.CS1 maint: extra punctuation (link)
  3. ^ TYPOlis: Times New Roman
  4. ^ Parker, Mike (1994). "W. Starling Burgess, Type Designer?". Printing History. 31/32: 52–108.
  5. ^ Alas, Joel (2009-08-01). "The history of the Times New Roman typeface". Financial Times. Dicapai pada 2009-08-26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

{{#switch:||Kategori=