[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tiz Zaqyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiz Zaqyah
Kelahiran
Siti Zaqyah binti Abdul Razak

(1988-10-25) 25 Oktober 1988 (umur 36)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
Tahun aktif2006–kini

Siti Zaqyah binti Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tiz Zaqyah (lahir 25 Oktober 1988) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi Malaysia. Tiz memulakan kerjayaan lakonannya menerusi watak sampingan dan lakonan pertama beliau ialah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang membuat beliau dikenali dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Tiz dikenali menerusi watak Nur Amina dalam Nur Kasih dan drama ini melayakkan beliau menerima anugerah "Pelakon TV Wanita Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Tiz dilahirkan pada 25 Oktober 1988 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Subang Jaya dan tamat persekolahan pada November 2005.[2][3] Pekerjaan pertama Tiz selepas tamat persekolahan adalah berlakon menjadi Hantu Ju-On dalam rumah hantu di SS17 Subang Jaya.[4] Tiz memulakan kerjaya sebagai pelakon pada umur 18 tahun. Tiz telah disenaraikan dalam 10 artis wanita tercantik Malaysia apabila bertudung.[5] Pada 24 Oktober 2011, Tiz, Remy Ishak dan Eman Manan dikatakan pelakon yang mempunyai aura apabila berlakon.[6]

2006–2012: Kerjaya awal, kejayaan utama dan Nur Kasih

[sunting | sunting sumber]
Tiz Zaqyah pada 2011.

Kejayaan yang telah dicapai Tiz ialah melalui drama Nur Kasih yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.[7] Pada 2010, dikhabarkan yang drama Nur Kasih akan difilemkan dan ditayangkan pada tahun 2011. Tiz akan berduet bersama Yasin untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.[8][9] Pada tahun 2011, Tiz berlakon dalam beberapa drama hebat seperti Gemilang[10] dan Soffiya.[11] Dalam drama Gemilang, Tiz memainkan karakter sebagai guru yang mahu pelajarnya cemerlang dalam pelajaran mereka, dan dalam drama Soffiya pula, Tiz memainkan watak sebagai seorang remaja perempuan yang mempunyai banyak masalah dan telah di rogol oleh bapa kandungnya sendiri.[12]. Pada tahun 2012, Tiz terbabit dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu. Dalam drama ini, Tiz membawakan watak seorang wanita yang baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan jantung dan dia memiliki ciri-ciri keperibadian pemilik asal jantung itu yang membuatkan dia tertaut hati kepada lelaki merupakan kekasih pemilik asal jantungnya itu. Setakat ini, Tiz telah berlakon sebanyak dua buah filem iaitu Nur Kasih The Movie dan Cinta Kura Kura. [13][14][15]

2013: Peningkatan kerjaya dan Cinta Jangan Pergi

[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 2013, Tiz Zaqyah akhirnya membuat penampilan barunya setelah sekian lama menyepi. Drama komedi romantik terbarunya iaitu Sebenarnya, Saya Isteri Dia! yang ditayangkan di slot Zehra, TV3 bersama pelakon segak dan berbakat besar, Izzue Islam telah berjaya menambat hati penonton. Tiz membawa watak Syaf yang dipaksa berkahwin dengan Firash oleh maknya selepas mereka ditangkap basah oleh tunang Syaf, merangkap abang kepada Firash. Selain itu, Tiz membawakan watak Lea Soraya untuk drama Cinta Jangan Pergi yang mana beliau bergandingan semula dengan pasangan aktor Nur Kasih, Remy Ishak dengan watak sebagai Khalil. Dalam drama ini, Lea Soraya mengikat janji setia seumur hidup dengan Khalil sebelum akhirnya mereka terpaksa berpisah mati selepas Khalil didapati terlibat dalam kemalangan. Khalil kembali semula dan terkejut apabila mendapati Lea sudah bertunang dengan lelaki lain. Pada mulanya Khalil ingin membalas dendam kerana Lea mengkhianati cinta mereka tetapi cintanya terhadap Lea ternyata sangat kuat sehingga beliau melupakan hasratnya itu dan akan membuat apa cara sekalipun untuk mendapatkan Lea semula.

Kerjaya Tiz tidak terhenti dengan dua buah drama itu sahaja. Beliau juga berlakon dalam drama Jodoh Itu Milik Kita dengan watak sebagai Dahlia yang disiarkan di slot Astro Mustika menggantikan drama Dahlia.

2014–kini: Kusinero Cinta dan perkembangan terkini

[sunting | sunting sumber]

Tiz membintangi drama bersiri 60 episod Kusinero Cinta yang disiarkan di Astro Mustika HD dan Astro Maya HD. Drama ini merupakan gandingan beliau bersama Aaron Aziz dan pertama kali digandingkan bersama pelakon Filipina, Jericho Rosales. Drama ini turut dibintangi oleh Miera Leyana, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Putri Mardiana dan ramai lagi.[16][17]

Pada 6 April 2016, beliau berlakon dalam drama Akadku Yang Terakhir bersama dramatis Amar Baharin, namun adegan antara Tiz dan Amar menjadi bualan umum.[18] Tiz kemudiannya muncul dalam drama Lara Cinta Ameena yang memulakan siaran pada 30 November 2016. Pada 2017, Tiz muncul dalam drama web Qaseh di saluran YouTube Kota Seriemas.

Beliau menjayakan watak Mariam, isteri kepada Saleh (lakonan Remy Ishak) dalam teledrama 6 episod sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-60, Anak Merdeka yang bersiaran serentak di Astro Prima dan Astro Mustika HD bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2017.[19]

Tiz digandingkan bersama Kamal Adli menjayakan peranan utama dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman yang ditayangkan pada 14 September 2017; beliau memegang watak sebagai Krisya.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober 2011, Remy Ishak telah memberitahu bahawa beliau dan Tiz mempunyai hubungan yang istimewa dan kedua-duanya memberitahu bahawa mereka masih mengenali diantara satu sama lain.[20] Pada akhir September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih menjalani hubungan yang baik sebagai kawan.[21][22][23][24][25]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Nur Kasih The Movie[26] Nur Amina Filem pertama
2012 Cinta Kura Kura[27][28] Nani
2017 Kolestrol vs Cinta Krisya
2022 Seratus Pengacara Penampilan khas
2024 Town Mall 2 Ariani
2025 Chekau
Khawarij Aisyah Pra-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Gol & Gincu The Series 8TV
Impian Illyana (Musim 2)[29] Ika TV3
2007 Impian Illyana (Musim 3)
2008 Sunsilk Impian[30]
2009 Nur Kasih Nur Amina
2010 Spa Qistina[31] Maya Astro Box Office
Asmaradana Tengku Azizah TV3
2011 Gemilang[32] Asma
Tahajjud Cinta Emelda
Soffiya[33][34] Soffiya
2012 Dejavu di Kinabalu[35] Dalilah Nadira
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Syafa Aqira
Oh My English! (musim ke-2)[36] Cikgu Ayu Astro TVIQ
Cinta Jangan Pergi[37][38] Lea Soraya TV9
Jodoh Itu Milik Kita Dahlia Astro Mustika HD
2014 Kusinero Cinta Edrinna
Oh My English! (Musim 3) Cikgu Ayu Astro TVIQ
Seludup Yasmin Astro Prima
2015 Oh My English!: Class of 2015 Cikgu Ayu Astro TVIQ
2016 Akadku Yang Terakhir Rania Baheera Astro Prima
Hero Wana TV2
Lara Cinta Ameena Ameena TV3
2017 Anak Merdeka Mariam Astro Prima
2018 Isteri Bukan Untuk Disewa Nur Adreiana Astro Ria
2019 Mimpi Yang Sempurna Wardah Umayra TV1
Cerita Hantu Asrama Astro Prima
Sara Sajeeda Sara TV3
Setelah Ku Dimiliki Sarlina
2020 Isteri Misteri Emma
2021 Covid Oh Covid Safura
Diva Popular Ika Natelia Awesome TV
Diva Popular 2
2023 Liar Latifah Sulaiman (Lara) Astro Ria

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Taxi Driver NTV7
2008 Bernafas Dalam Lumpur Liza
Seandainya Aku Siti Farah
2009 Puaka Topeng Putih Aini Astro Ria
Korban Kasih Marlisa Nuraina TV3
2010 Keabadian Cinta Dina Astro Citra
Kuih Makmur[39] Mastura TV3
Suzana Suzana
Cinta Akhbar Nuraini TV9
2011 Mesej Terakhir Kartini TV3
7 Lagu[40] Tania / Hajar Astro Citra
Bukan Untukku Izzati TV1
Geisha Melayu Terakhir[41] Ai Ling Astro Ria
Dari Kedah Ke Kuala Lumpur[42] Isteri Zamri TV3
Pencari Jalan Lurus Naelah TV AlHijrah
Buat Tatapan Yang Tercinta Nora Astro Prima
Aduh Sayang[43] Nani TV3
2012 Runtuhnya Sebuah Dosa[44] Emelda
Sabar Tak Sabar Farhana
Biarlah Rahsia Nila Astro Prima
2013 Keroncong Untuk Ana Rohayu
XOXO[45][46] Aleesha TV9
Karlos Bolos Ella / Suhaila TV3
Oh My Ganu! Cikgu Ayu Astro TVIQ
2014 Oh My English! – Hello America!
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raya Syafa Aqira TV3
2015 Izinku Kembali Ayra Sufya TV9
Rose Emilia Emilia
Lintang Pukang Nadia Astro Prima
Oh My Goat Cikgu Ayu Astro TVIQ
Cermin Kasih[47][48] Marina TV3
2016 Oh My Ganu! 2 Cikgu Ayu Astro TVIQ
Akadku Yang Terakhir Syawal Rania Baheera Astro Prima
2017 Aku, Mawar & Makhluk Asing Mawar Astro Citra
Dengan Lafaz Bismillah Zaleha TV2
Gitu-Gitu Raya Siti Rokiah Astro Warna
Memori Pajeri Nanas Kayla Astro First Eksklusif
Bawa Aku Ke Syurga Yana TV9
2018 Selirat Intan TV3
Hilang Akal Helena Astro Citra
I Heart You Cik Yah Yayah
2019 Maaf Dari Khilaf Salimah TV3
Zain Jusoh Ayang Astro Citra
Mufariq Nira TV3
2022 Calon Bini Pak Bilal Zahra TV9
Kerana Dia Isteri Nelisha TV2
Sakanak Rozie TV3
2023 Raya Tahun Depan Mama Murni

Web drama

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2017 Qaseh Qaseh Kota Seriemas YouTube
2022 Villa Kristal Diana WeTV
2023 Pinang Durian Intan Tonton

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Jozan Live Tetamu undangan Astro Warna

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Penampilan lagu tema
Tahun Tajuk Catatan
2011 "Nur Kasih"
(bersama Yasin Sulaiman)
OST Nur Kasih The Movie
2013 "Together"
(bersama SleeQ & Zain Saidin)
OST Oh My English! Musim 2

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular[49][50] Menang
Anugerah Stail EH! ke–2
Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
Anugerah Shout! ke–2
Pasangan Terbaik di Tabir (bersama Remy Ishak) Nur Kasih Tercalon
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Anugerah Skrin ke–15[51]
Anugerah Sinaran Pantene Menang
Pelakon Wanita Terbaik Filem Nur Kasih The Movie Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–24
Pelakon Wanita Terbaik[52][53] Tercalon
Lagu Tema Terbaik (bersama Yassin) "Nur Kasih" Tercalon
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan[54]
Anugerah Harapan Tercalon
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Pelakon TV Wanita Popular[55][56][57] Tercalon
Anugerah Blokbuster Pertama
Anugerah Lagu Filem Terhebat (bersama Yassin) "Nur Kasih" Tercalon
Anugerah Heroin Terhebat Nur Kasih The Movie Tercalon
Anugerah Shout! ke–3
Pasangan Terbaik di Tabir (bersama Remy Ishak)[58][59][60][61] Tercalon
2013
Anugerah Blokbuster ke–2
Anugerah Heroin Terhebat Cinta Kura Kura Tercalon
Anugerah Melodi Pertama
Artis Wanita Pilihan Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama
Pelakon Wanita Pilihan Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Tercalon
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Izzue Islam) Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Menang
2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–27
Gandingan Serasi di Layar (bersama Izzue Islam) Tercalon
Anugerah Lawak Warna ke–2
Artis Lawak Wanita Paling Popular Tercalon
2016
Anugerah Skrin ke–20
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Cermin Kasih Menang
2017
Anugerah Telenovela ke-2
Pelakon Wanita Terbaik Akadku Yang Terakhir Tercalon
2019
Anugerah Telenovela ke-4
Pelakon Wanita Terbaik Isteri Bukan Untuk Disewa Menang
  1. ^ Senarai pemenang ABPBH 2009. mediamalaya. 4 April 2010. Dicapai 7 April 2010.
  2. ^ Zaman sekolah Tiz Zaqyah Diarkibkan 2011-08-07 di Wayback Machine. ohbulan. March 9, 2011. Retrieved March 13, 2011.
  3. ^ Gambar Tiz Zaqyah pada zaman sekolah.beautifulnara. Retrieved 20 March 2011.
  4. ^ [1]
  5. ^ 10 artis wanita tercantik Malaysia bila bertudung. beautifulnara. August 10, 2011.
  6. ^ Eman Manan, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pelakon yang ada aura Diarkibkan 2014-12-10 di Wayback Machine. bh online. October 24, 2011. Retrieved Oktober 27, 2011.
  7. ^ Drama Nur Kasih Ditonton 5 Juta Orang Diarkibkan 2013-11-01 di Wayback Machine. mStar Online. December 1, 2009. Retrieved Disember 5, 2009.
  8. ^ Tiz Zaqyah menyanyi lagu tema filem Nur Kasih The Movie. beautiful nara. Retrieved May 1, 2011.
  9. ^ Trailer pertama Nur Kasih The Movie. rotikaya. 17 December 2010. Retrieved 27 January 2011.
  10. ^ Gambar Tiz Zaqyah di sesi ramah mesra drama Gemilang. sensasi selebriti (budiey). 26 January 2011. Retrieved 3 February 2011.
  11. ^ Drama Soffiya lakonan Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izara Aishah dan Azhar Sulaiman. sensasi selebriti (budiey). 22 September 2011. Retrieved 2 October 2011.
  12. ^ Tiz Zaqyah memainkan karakter sebagai mangsa rogol Diarkibkan 2011-09-24 di Wayback Machine. ohbulan. September 21, 2011. Retrieved September 25, 2011.
  13. ^ Cinta Kura Kura filem terbaru Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril Diarkibkan 2011-03-18 di Wayback Machine. ohbulan. March 15, 2011. Retrieved March 27, 2011.
  14. ^ Aura Cinta Kura-Kura Menyerlah!. gua. 21 February 2012.
  15. ^ Tiz & Aeril dulu malu-malu. Berita Harian. 26 February 2012.
  16. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  17. ^ "Kusinero Cinta satukan Jericho Rosales, Tiz Zayah dan Aaron Aziz". Galaksi Media. 22 Mei 2014. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  18. ^ "Babak Amar, Tiz jadi bualan". Kosmo!. 29 Mei 2016. Dicapai pada 19 September 2017.
  19. ^ "Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Tiada Masalah Bergandingan Dalam Anak Merdeka". Rojak Daily. 21 August 2017. Dicapai pada 19 September 2017.
  20. ^ Tiz Zaqyah dan Remy Ishak bercinta Diarkibkan 2014-02-22 di Wayback Machine. bh online. October 27, 2011. Diambil Oktober 29, 2011.
  21. ^ Kami Benar-Benar Putus Cinta Kali Ini – Tiz Zaqyah. Beautiful Nara. Oktober 1, 2012.
  22. ^ Sudah 3 Bulan Remy Ishak, Tiz Zaqyah Putus Cinta Diarkibkan 2012-11-14 di Wayback Machine. murai. September 24, 2012.
  23. ^ Tiz Zaqyah dan Remy Ishak Putus Cinta. Sensasi Selebriti (budiey). September 27, 2012.
  24. ^ Remy Ishak Dan Tiz Zaqyah Putus Cinta. Beautiful Nara. September 24, 2012.
  25. ^ Remy, Tiz sah putus cinta Diarkibkan 2012-09-25 di Wayback Machine. Kosmo.
  26. ^ Nur Kasih The Movie di portal tonton. GUA. 13 July 2011. Retrieved 30 July 2011.
  27. ^ Elrafaei Sapi.Cinta Kura-Kura Tiz Zaqyah & Aeril Zafril Diarkibkan 2012-01-15 di Wayback Machine.Harian Metro. 12 January 2012. Retrieved 16 January 2012.
  28. ^ Metafora kura-kura Diarkibkan 2012-02-23 di Wayback Machine. Harian Metro.
  29. ^ http://www.red.com.my/?p=1075/Impian Illyana
  30. ^ http://www.red.com.my/?p=758/Sunsilk Impian
  31. ^ Tiz Zaqyah bakal berlakon dalam drama Spa Qistina. rotikaya. 9 December 2009. Retrieved 8 February 2010.
  32. ^ Nani. Drama Gemilang di sebalik pengorbanan kasih sayang. GUA. 28 January 2011. Retrieved 1 February 2011.
  33. ^ Zubir Mohd Yunus. Tiz Zaqyah melakonkan watak sebagai mangsa hamba seks Diarkibkan 2012-03-07 di Wayback Machine. bh online. 23 October 2011. Retrieved 25 October 2011.
  34. ^ Wan Asrudi Wan Hasan. Soffiya taruhan terbaru Tiz Zaqyah Diarkibkan 2011-12-27 di Wayback Machine. Harian Metro. Retrieved 29 October 2011.
  35. ^ Sinopsis Drama Dejavu di Kinabalu Lakonan Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman. Sensasi Selebriti (budiey). 15 June 2012.
  36. ^ Aaron Aziz, Tiz Zaqyah Cikgu Baru Oh My English!. murai. Mac 21, 2013.
  37. ^ Cinta Jangan Pergi Sebab Tiz, Remy Ke Eropah. murai. 17 September 2012.
  38. ^ Tiz, Remy bercinta di Eropah. kosmo.
  39. ^ Rozita Che Wan dan Tiz Zaqyah dalam drama Kuih Makmur. sensasi selebriti (budiey). 10 September 2010. Retrieved 13 September 2010.
  40. ^ Telemovie 7 Lagu lakonan Farid Kamil, Tiz Zaqyah dan Emelda Rosmila. sensasi selebriti (budiey). 31 January 2011. Retrieved 5 February 2011.
  41. ^ Zaidi Mohamad. Tiz Zaqyah berlakon menjadi geisha dalam telemovie 'Geisha Melayu Terakhir' Diarkibkan 2012-03-14 di Wayback Machine. bh online. 7 August 2011. Retrieved 7 August 2011.
  42. ^ Ridzuan Abdul Rahman. Telemovie untuk sajian raya di TV3 dan TV9 Diarkibkan 2014-08-26 di Wayback Machine. myMetro. 30 August 2011. Retrieved 30 August 2011.
  43. ^ [2]. GUA. 22 December 2011. Retrieved 22 December 2011.
  44. ^ Santapan Rohani Maulidur Rasul di TV3 Diarkibkan 2012-02-11 di Wayback Machine. Media Hiburan. 2 February 2012.
  45. ^ Nadiya Nisaa Ditawarkan RM2000 Jadi Kekasih Remy Ishak Dalam XOXO. Sensasi Selebriti (Budiey). 26 January 2013.
  46. ^ Cinta Remy Ishak & Tiz Zaqyah Bertaut Dalam XoXo. mStar Online. 27 January 2013.
  47. ^ Zaini Zaa (21 September 2015). "Impian Tiz Zaqyah bergelar banduan tercapai". AgendaDaily. Dicapai pada 22 September 2015.
  48. ^ "Cermin Kasih gandingan hebat Sam, Tiz Zaqyah". Sinar Harian. 8 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 9 October 2015.
  49. ^ Tiz Zaqyah berjaya jadi finalis top 5 pelakon tv wanita popular. sensasi selebriti (budiey). 20 January 2010. Retrieved 1 February 2010.
  50. ^ Senarai finalis akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009. sensasi selebriti (budiey). 21 January 2010. Retrieved 2 February 2010.
  51. ^ Pemenang Pantene Shine Award Diarkibkan 2011-11-06 di Wayback Machine. TV3 / ask2011 laman web. 5 November 2011. Retrieved 8 November 2011.
  52. ^ Miss Ayu. Remy Ishak dan Tiz Zaqyah antara calon akhir Festival Filem Malaysia 24 (FFM24). GUA. 8 November 2011. Retrieved 9 November 2011.
  53. ^ Senarai penuh top 5 Festival Filem Malaysia 24 (FFM24). GUA. 9 November 2011. Retrieved 10 November 2011.
  54. ^ New Media (29 September 2011). "Aaron Aziz, Erra Fazira, Rozita Che Wan Ungguli Pencalonan Akhir PPMH 2011". Mediahiburan.com.my. Dicapai pada 5 December 2011.
  55. ^ Nominee for 'Most Popular TV Actress'
  56. ^ Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. GUA. 11 January 2012. Retrieved 18 January 2012
  57. ^ [3]. Mangga Online. 13 January 2012. Retrieved 15 January 2012
  58. ^ Senarai Penuh Calon Akhir Shout! Awards 2012
  59. ^ (Inggeris) Adding Spice to Shout Awards! 2012
  60. ^ (Melayu) Senarai Penuh Pencalonan Kategori Shout! Awards 2012
  61. ^ "Shout Awards 2012: Yuna Ungguli Lima Pencalonan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-23. Dicapai pada 2021-08-13.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]