[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Thitisan Panmod

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Thitisan Panmod (Bahasa Thai: ธิติสรรค์ ปั้นโหมด ; lahir pada 5 Disember 2000[1]) ialah peninju amatur Thailand. Dia memenangi Kejohanan Tinju Dunia Remaja AIBA 2018 sebagai seorang amatur dan mendapat pingat perak dalam pertarungan tinju di Sukan Asia 2022.

Kehidupan Awal & Kerjaya Muay Thai

[sunting | sunting sumber]

Panmod (Lerm; เหลิม) dilahirkan dalam keluarga peninju di Phichit, Thailand. Ayahnya pemilik gim latihan Muay Thai kecil bernama "Sor. Sayan". Dia memulakan latihan Muay Thai bagi yang pertama kali semasa pelajar kerana amarahnya yang memuncak, akibat pembulian dari rakan-rakan darjahnya. Panmod membesar dengan pengajaran keras dari Ayahnya sebagai jurulatih tinju. Ia mula dihantarkan ke kejohanan tempatan selepas bulian dari rakan satu darjahnya tidak pernah tampak lagi. Firasat Ayah Panmod mengenai bakat rahasia anaknya benar, beberapa bulan selepas memenangi kejohanan itu Panmod berjaya sebagai Juara Tinju Serantau Utara Thailand.

Dua tahun kemudian, Panmod mula bersekolah di Sekolah Sukan Phitsanulok dan rasmi sebagai peninju amatur kebangsaan Thailand sejak itu.

Kerjaya Amatur

[sunting | sunting sumber]

Beliau mewakili negara Thailand dalam Kejohanan Tinju Dunia Remaja AIBA dan mengalahkan peninju Puerto Rico Jan Paul Rivera untuk memenangi pingat emas.[2]

Sukan Olimpik Musim Panas 2020

[sunting | sunting sumber]

Panmod telah mewakili pasukan kebangsaan Thailand dalam kelas berat 52 kg (Terbang) di usianya yang ke-19 tahun bagi perlawanan Sukan Olimpik Musim Panas 2020. Ia hanyalah salah seorang daripada dua peninju lelaki Thailand (seorang lagi ialah peninju senior Thailand Chatchai-decha Butdee).[3] Beberapa hari sebelum pertarungannya bermula, malangnya ia mengalami kecederaan lutut semasa latihan penguatan semula tubuh di Saraburi. Panmod terpaksa harus meninggalkan kejohanan dan melakukan pembedahan.[4][5]

  1. ^ "Amateur Boxing - Thitisan Panmod (Thailand)". TheSports.org. Dicapai pada 12 June 2022.
  2. ^ "AIBA Youth World Champion teenage sensation". Dicapai pada 20 April 2021.
  3. ^ Theppunagthong, Paween (2021-06-14). "ธิติสรรณ์ ปั้นโหมด ผู้สานต่อตำนานบทใหม่นักชกไทยในโอลิมปิก". STADIUM (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 2021-08-07.
  4. ^ "ACL injury dashes boxer Thitisan's Tokyo dreams". Bangkok Post. 15 July 2021. Dicapai pada 12 June 2022.
  5. ^ "โอลิมปิก : ธิติสรรค์ นักชกความหวังทัพไทยจำใจถอนตัว - เข่าพังพัก5เดือน". Khao Sod (dalam bahasa Thai). 2021-07-13. Dicapai pada 2021-08-07.