[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Tembok Hijau China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tembok Hijau China, juga digelar Tembok Besar Hijau (Cina Ringkas: 三北防护林; pinyin: Sānběi Fánghùlín), akan menjadi suatu siri jaluran hutan ditanam manusia di Republik Rakyat China, direkabentuk untuk menahan Gurun Gobi.[1] Ia dirancang untuk disiapkan sekitar 2074,[1] pada masa itu dinagka memiliki panjang 2,800 batu (4,500 km).

Kesan Gurun Gobi

[sunting | sunting sumber]

China mendapati 3,600 km2 (1,390 batu2) tanah rumput hilang setiap tahun kepada Gurun Gobi.[2] setiap tahun ribut debu meniup sebanyak 900 batu persegi tanah atas dan bertambah teruk setiap tahun. Ribut-ribut itu memusnahkan ladang-ladang pertanian dan menyebabkan masalah sangat besar pada bandar-bandar, dan juga negara lain (Jepun, Korea Utara, dan Korea Selatan). [3] Tembok Hijau bermula pada 1978 dengan keputusan cadangan terakhir menambahkan hutan China dari 5 ke 15 peratus[4] dan dengan itu mengurangkan gurun-gurun.

Bagaimana Ia Berhasil

[sunting | sunting sumber]

Fasa terkini (fasa ke-4 bermula pada 2003) mempunyai dua bahagian: menggunakan anak benih udara untuk meliputi bidang besar tanah di mana tanah adalah kurang kering dan membayar petani untuk menanam pokok-pokok dan belukar di kawasan-kawasan yang lebih kering. [5] Suatu sistem kekhilafan $1.2 bilion (pangkalan data pemetaan dan pengawasan) telah dilaksanakan.[5] “Tembok” akan mengadakan sebuah kawasan dengan tumbuh-tumbuhan bertoleransi pasir diatur dalam corak papan dam supaya dapat menstabilkan gumuk pasir. Sebuah pentas anak batu seterusnya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan untuk menahan pasir dan mengalakkan lapisan tanah untuk membentuk.[5] Pokok-pokok seharusnya berkhidmat sebagai penahan angin dari ribut debu.

Mengukur Kejayaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2009 hutan ditanam China meliputi lebih daripada 500,000 kilometer persegi (menambah liputan pokok dari 12% ke 18%) – hutan tiruan terbesar di dunia.[6] Meskipun, dari 53,000 hektar ditanam, satu suku telah mati dan banyak bakinya adalah pokok-pokok kerdil, yang kurang keupayaan untuk melindungi tanah.[4] Pada 2008 ribut musim dingin memusnahkan 10% dari stok hutan baru, menyebabkan World Bank menasihati China untuk mefokus pada spesis stok berkualiti daripada kuantiti.[6]

Masih ada perdebatan pada keberkesanan projek. Jika pokok-pokok berjaya dalam mengambil akar mereka dapat merendam jumlah banyak air tanah, yang sangat bermasalah untuk rantau-rantau kering seperti China utara.[5] Contohnya, di Minqin, sebuah kawasan di China barat daya, kajian menunjukkan bahawa taraf air tanah jatuh sebanyak 39-62 kaki.[4]

Hakisan tanah dan perternakan melampau telah menghentikan penanaman di banyak kawasan projek. Kadar pencemaran melambung China telah juga melemahkan tanah, menyebabnya tidak dapat digunakan.[2]

Leboih lagi, blok-blok tumbuhan pokok-pokok membesar cepat mengurangkan kepelbagaian kawasan perhutanan, kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk tanaman dan haiwan yang biasanya ditemukan di hutan. "China menanam lebih pokok dari dunia yang sepenuhnya digabungkan," kata John McKinnon, ketua EU-China Biodiversity Programme. "tetapi masalahnya adalah mereka tend to be monoculture plantations. Mereka bukan tempat-tempat di mana burung-burung mahu hidup." Kekurangan kepelbagaian juga membuat pokok-pokok lebih mudah menghidap penyakit, pada 2000 di mana sebilion pokok poplat hilang ke penyakit, memuatkan 20 tahun usaha menanam.[4]

Hubungan perubahan cuaca

[sunting | sunting sumber]

Kini Tembok Besar Hijau China telah digunakan sebagai pertahanan terhadap pengkritik yang menuduh China pada ketidaktanggungjawab perubahan cuaca. Ahli sains hutan China berdebat bahawa ladang pokok monokultur adalah lebih berkesan menyerap karbon dari perhutanan yang menumbuh secara perlahan.[6] Jadi sementara kepelbagaian mungkin lebih kurang, pokok-pokok seharusnya membantu mencegah pengeluaran karbon China.

Ada banyak yang tidak mempercayai Tembok Hijau adalah suatu jawapan sesuai pada isu-isu penggurunan China. Gao Yuchuan, ketua Biro Hutan Jingbian County, Shanxi, mengatakan bahawa “menanam untuk 10 tahun tidak sebagus pemagaran untuk satu tahun,” merujukkan teknik pengembalian bukan-menyerang yang bersilih ganti yang fences off (encloses) sebuah kawasan menurun nilai untuk dua tahun untuk membenarkan tanah untuk mengembalikan diri.[4] Jiang Gaoming, seorang ahli ekologi dari Chinese Academy of Sciences dan penyokong pemagaran, berkata bahawa “menanam pokok di tanah kering dan separuh kering melanggar prinsip [ekologi]”.[4] Kebimbangannya adalah bahawa kefragilan tanah tidak boleh menyokong petumbuhan sangat besar yang memaksa. yang lain bimbang bahawa China tidak melakukan cukup pada peringkat masyarakat. Supaya dapat berjaya banyak mempercayai bahawa kerajaan seharusnya mengalakkan para petani secara kewangan untuk mengurangkan bilangan ternakan atau meletakkan mereka jauh dari kawasan-kawasan kering.[5] Ada juga kebimbangan bahawa Tembok Hijau adalah kebanyakannya dakyah – dengan menanam balutan besar pokok kelihatan hebat tetapi melakukan sedikit untuk alam semulajadi jika mereka tidak hidup panjang.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b BBC News | MEDIA REPORTS | China's Great Green Wall 3 Mac 2001
  2. ^ a b WorldChanging: The Fall of the Green Wall of China Diarkibkan 2010-07-19 di Wayback Machine National Geographic News. Dicapai 19 Mac 2007 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "multiple 2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ China's Dust Storms Raise Fears of Impending Catastrophe Dicapai 19 Oktober 2009
  4. ^ a b c d e f g China’s Great Green Wall Proves Hollow Epoch Times. Dicapai 19 Oktober 2009
  5. ^ a b c d e [1] retrieved October 19, 2009
  6. ^ a b c [2] retrieved October 19, 2009

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]