[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Teenage Mutant Ninja Turtles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Teenage Mutant Ninja Turtles (atau cuma Ninja Turtles, pernah dikenali di United Kingdom sebagai Teenage Mutant Hero Turtles) ialah sekumpulan empat ekor mutan kura-kura dalam cereka yang dilatih oleh mahaguru mereka iaitu Guru Splinter agar menjadi pahlawan ninja yang mahir. Dari sarang mereka di pembetungan Manhattan, mereka melawan penjenayah kecil, penjahat gila, dan makhluk asing, sambil memastikan diri mereka tidak diketahui masyarakat secara meluas. Watak-watak ini mula-mulanya muncul dalam buku komik sebelum dilesenkan untuk dijadikan mainan, siri kartun dan filem pada di TV Malaysia TV3 & TV9.

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Teenage Mutant Ninja Turtles berasal dari senaskhah buku komik Amerika Syarikat terbitan Mirage Studios pada tahun 1984. Konsepnya timbul dari satu lakaran lucu yang dilukis oleh Kevin Eastman ketika menghabiskan waktu petang memerah otak bersama rakan beliau iaitu Peter Laird. Dengan menggunakan wang dari bayaran balik cukai dan juga pinjaman dari bapa saudara Eastman, kedua-dua pelukis muda ini menerbitkan sehelai buku komik maskhah tunggal yang bertujuan menjadi parodi untuk empat daripada berbagai-bagai komik paling popular pada awal 1980-an: Daredevil dan New Mutants (terbitan Marvel Comics), Cerebus (karya Dave Sim) dan 's Ronin (Frank Miller).[1]

Kejayaan TMNT di arus perdana merupakan hasil usaha seorang agen perlesenan bernama Mark Freedman, yang berbincang dengan Eastman dan Laird untuk mencadangkan peluang perdagangan lebih luas untuk harta TMNT. Pada tahun 1986, Dark Horse Miniatures menerbitkan satu set patung kecil berukuran 15 mm. Pada Januari 1988, mereka mengunjungi pejabat Playmates Toys Inc, sebuah syarikat mainan kecil di California yang hendak menembusi pasaran patung aksi. Diiringi siri animasi Teenage Mutant Ninja Turtles yang amat popular, TMNT terus terpahat dalam sejarah budyaa pop. Pada kemuncak kegilaan TMNT pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, wajah-wajah TMNT didapati pada beraneka dagangan kanak-kanak, sama ada bekas gula-gula, papan luncur, bijirin sarapan, ubat gigi, bekas makanan sekolah mahupun kamera.

Era 2000-an menyaksikan kebangkitan semula kelarisan TMNT melalui kejayaan siri animasi terbaru, keluaran patung aksi baru dari Playmates, permainan video terbitan Konami dan Ubisoft, dan sebuah filem cetera animasi komputer.

Watak utama

[sunting | sunting sumber]
  • Leonardo (biru) — Leonardo dikenali sebagai ketua kumpulan yang gagah berani, tegas, mengancam, dan taat mengkaji seni bela diri. Oleh sebab berpegang ketat pada Bushido, dia amat menepati nilai-nilai maruah dan keadilan. Leonardo yang bertopeng biru dan mengacukan sepasang katana ini dinamakan bersempena Leonardo Da Vinci.[2]
  • Raphael (merah) — Raphael yang tidak gemar bergaul ini bersifat bengis dan jarang sekali was-was untuk melepaskan serangan terawal sebagai seorang pejuang yang kuat. Keperibadiannya adakalanya garang, adakalanya bermulut pedas. Dia taat sekali kepada saudara-saudara dan mahagurunya. Raphael berkawan baik dengan Casey Jones, sejak bertembung lalu bertarung ketika meronda pada suatu malam. Sejak itu, mereka berdua bersama-sama meronda kawasan. Raphael yang bertopeng merah dan memakai sepasang sai ini dinamakan sempena Raphael Santi.[2]
  • Michelangelo (jingga) — Mikey yang suka bergaul dan bebas bersemangat menjadi sumber utama selingan lucu di sebalik pengembaraan serius TMNT. Selain suka bersantai, dia juga kreatif dan suka mengembara. Pahlawan ceria yang bertopeng jingga dan berlengkapkan sepasang nunchaku ini mengambil namanya dari Michelangelo Buonarroti.[2]
  • Donatello (ungu) — Dialah saintis, pencipta, jurutera dan genius teknologi yang bijaksana, dan mungkin sekali yang paling kurang ganas di kalangan empat bersaudara ini, lebih gemar menggunakan kepintarannya untuk menyelesaikan pertelingkahan. Donatello memakai topeng ungu dan mengacukan sebatang . Namanya bersempena Donatello.[2]
  • April O'Neil — Bekas pembantu makmal kepada saintis gila bernama Baxter Stockman ini merupakan teman manusia yang berani kepada Ninja Turtles. Dia mengikuti kebanyakan pengembaraan Turtles sambil membantu mereka melakukan kerja yang tidak dapat dilakukan Turtles sendiri di khalayak umum. Ketika kemuncak populariti TMNT yang terawal, April digambarkan sebagai seorang wartawan.
  • Shredder — Seorang guru ninjutsu durjana yang nama asalnya ialah Oroku Saki, dan juga musuh tradisi Splinter dan Ninja Turtles. Dia juga merupakan ketua Foot Clan.

TMNT juga pernah dibuat filemnya, yakni:

Hak pemilikan

[sunting | sunting sumber]

Kerana pelbagai filem dan televisyen transaksi, pelbagai TMNT filem & siri televisyen telah memisahkan antara pelbagai syarikat, dengan Mirage Studios yang mempunyai hak cipta dan cap dagang dikekalkan hingga 19 Oktober 2009, di mana hak-hak untuk turun TMNT waralaba yang dijual oleh rakan pencipta Peter Laird untuk Nickelodeon.

Siri TV

Siri animasi asli (1987-1996) dihasilkan oleh Fred Wolf Film Dublin, dan disindikasi oleh Group W. Siri itu sendiri ialah dimiliki oleh Wolf Films, DVD oleh Lionsgate Entertainment, dan sampai baru-baru ini, hak milik sindikasi oleh CBS Television Distribution.

Ninja Turtles: The Next Mutation diterbitkan oleh Saban Entertainment dan kini dimiliki oleh Disney-ABC Domestic Television.

Siri animasi kedua (2003-2009) ialah kerjasama penerbitan antara Mirage Studios dan 4Kids Entertainment. Pada tarikh 21 Oktober 2009 diumumkan bahawa Nickelodeon milik Viacom yang juga saudara kembar MTV, telah membeli semua hak Teenage Mutant Ninja Turtles milik Mirage, yang mempertahankan hak untuk menerbitkan isu-isu 18 tahun, meskipun penglibatan masa depan Mirage dengan Turtles dan masa depan Mirage Studios itu sendiri tidak diketahui.[3] Nickelodeon merancang untuk mengembangkan siri televisyen animasi baru TMNT bersifat CGI dan akan bermitra dengan sesama syarikat Viacom dan akan bermitra dengan sesama syarikat Viacom, Paramount Pictures membawa filem baru TMNT ke pawagam. Keduanya diharapkan untuk tahun 2012.[4]

Filem

Time Warner memiliki 2 syarikat filem:

  1. ^ "I Was a Teenage Mutant Ninja Turtle". 2007-01-26. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c d TMNT Origin Story, official site. Retrieved 2007-11-16.
  3. ^ Laird, Peter (2009-10-21). "palblog: Musings about the sale". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-26. Dicapai pada 2009-10-24.
  4. ^ "The Mirage Group Sells Teenage Mutant Ninja Turtles(TM) to Nickelodeon | Reuters". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-25. Dicapai pada 2009-11-24.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]