[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Taman Nilam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Nilam
Transkripsi lain
 • Jawiتامن نيلم
Koordinat: 3°22′57″N 101°13′45″E / 3.382483°N 101.22906°E / 3.382483; 101.22906Koordinat: 3°22′57″N 101°13′45″E / 3.382483°N 101.22906°E / 3.382483; 101.22906
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
MukimUjong Permatang
Kawasan parlimenTanjong Karang
Kawasan negeriPermatang
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Kuala Selangor
 • Ahli ParlimenZulkafperi Hanapi
 • Ahli Dewan NegeriNurul Syazwani Noh
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
45500
Kod kawasan+603
Plat pendaftaran kenderaanB

Taman Nilam (Jawi: تامن نيلم) merupakan kawasan perumahan di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[1] Secara pentadbirannya, Taman Nilam merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Ujong Permatang, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Selangor.[2][3] Poskod bagi Taman Nilam ialah 45500 Tanjong Karang.

Kedudukan

[sunting | sunting sumber]
Taman Nilam (2023)

Taman Nilam merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Nilam terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Ujong Permatang, Taman Nilam terletak di bahagian tenggara Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia dan kawasan yang serantau dengan kawasan Taman Nilam ialah estet kepala sawit Ladang Sungai Terap di bahagian utara, Kampung Sungai Terap di bahagian timur laut, Kampung Ujong Permatang di bahagian timur, Taman Murni di bahagian tenggara, Kampung Sungai Yu, Taman Sungai Yu Indah dan Taman Yu Lagenda di bahagian barat daya dan Taman Intan di bahagian barat laut.[1][2] Taman Nilam mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.

Dari perseptik politik, kawasan perumahan Taman Nilam terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang.[4] Dalam kawasan Dewan Negeri Selangor pula, Taman Nilam terletak di dalam kawasan negeri Permatang.[4]

Taman Nilam merupakan mempunyai pola petempatan yang berjajar dengan jalan raya.[2] Kawasan perumahan ini terbina di tebing barat Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang–Teluk Intan), sebatang jalan raya utama di kawasan pesisiran pantai barat Semenanjung Malaysia. Jarak bandar terdekat iaitu Bandar Kuala Selangor (dari titik Dataran Malawati di Pekan Lama Kuala Selangor) dengan Taman Nilam ialah dalam lingkungan 5–7 kilometer (3.1–4.3 bt), dengan melalui Jalan Persekutuan 5 ke arah Klang.[2][5]

  1. ^ a b "Taman Nilam, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Mac 2024. Dicapai pada 10 Mac 2024.
  2. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 10 Mac 2024.
  3. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2017). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan". Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  4. ^ a b "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  5. ^ "Taman Nilam, Selangor – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 10 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]