[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Taman Negara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Taman Negara)
Taman Negara
Taman Negara King George V
IUCN Kategori II (Taman negara)
Pemandangan Sungai Tembeling dari atas Laluan Kanopi
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara
Peta menunjukkan lokasi bagi Taman Negara
LokasiMalaysia
Bandar raya terdekatKuala Tembeling
Koordinat4°42′N 102°28′E / 4.700°N 102.467°E / 4.700; 102.467Koordinat: 4°42′N 102°28′E / 4.700°N 102.467°E / 4.700; 102.467
Luas4,343 km2 (1,677 bt2)
Ditubuhkan1938/1939
Badan pentadbirJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².[1][2][3]

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Terengganu. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.

Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 1030.8 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat pelbagai daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini.


Taman Negara Pahang

Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

Orang Asli

[sunting | sunting sumber]

Taman Negara adalah sebahagian daripada wilayah adat beberapa kumpulan Orang Asli. Khususnya, orang Batek masih tinggal di persekitaran taman. Undang-undang berkenaan mengiktiraf hak penggunaan Orang Asli dalam Taman Negara (contohnya seksyen 15(c), Enakmen Pahang 2/1939).[4] Dalam hal ini, enam kumpulan Orang Asli disenaraikan (Ple, Temiar, Ple-Temiar, Senoi, Semang, dan Pangan).[5]

Pelancongan

[sunting | sunting sumber]
Pintu masuk ke Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan
Titian kanopi

Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.

Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi. Aktiviti lain adalah seperti lawatan ke Lata Berkoh untuk mandi manda, memancing di Sungai Keniam, dan melawat perkampungan orang asli.

Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.

Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

Terdapat banyak kemudahan penginapan resort kepada pengunjung disediakan disini. Antara resort yang menyediakan kemudahan penginapan kepada pengunjung adalah AsiaCamp Resort.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bharu (melalui Tumpat) oleh laluan keretapi. Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.

Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.

Bas dan teksi

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.

Di dalam media

[sunting | sunting sumber]

Taman Negara menjadi subjek dalam filem dokumentari 1998, Taman Negara: Destinasi Alam Semulajadi terbitan Filem Negara Malaysia.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Pakhriazad., H.Z , Mohd. Hasmadi, I. & Aida, H.M.K (March 2009). "Historical and Current Legislations of Taman Negara National Park, Peninsular Malaysia". Journal of Politics and Law. 2 (1). doi:10.5539/jpl.v2n1p44.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "Walking the Canopy of the World's Oldest Rainforest -- Malaysia's Taman Negara". www.highonadventure.com.
  3. ^ "Taman Negara Travel Guide - Malaysia Travel Guide". travelmalaysiaguide.com.
  4. ^ Suratman, Mohd Nazip (2018-05-16). National Parks: Management and Conservation (dalam bahasa Inggeris). BoD – Books on Demand. ISBN 978-1-78923-124-3.
  5. ^ "Taman Negara National Park (Pahang) Enactment, Second Schedule". Federated Malay States Government Gazette. 1939: 8.
  6. ^ Taman Negara: Destinasi Alam Semulajadi (Catatan penerbitan). Filem Negara Malaysia. 1998.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]