[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Touba, Senegal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Touba
Town
Lokasi di Senegal
Lokasi di Senegal
Negara Senegal
WilayahDiourbel
JabatanMbacke
Pentadbiran
 • Datuk bandarShaykh Bara Mbacké
Aras
35 m (115 ft)
Penduduk
 (2007)[perlu rujukan]
 • Jumlah529,176

Touba adalah bandar kedua terbesar di Senegal. Ia adalah kota suci gerakan Muridiyyah dan tempat pemakaman pengasasnya, Syeikh Aamadu Mbàkke Bamba. Di sebelah makamnya terletak sebuah masjid besar, selesai dibina pada tahun 1963.

Syaikh Aamadu Bamba Mbàkke, dikenali sebagai "Cheikh Amadou Bamba" (1853-1927). Touba ditubuhkan di bawah pokok besar yang mempunyai visi kosmik cahaya. Dalam bahasa Arab, Touba bermaksud "kebahagiaan" yang membangkitkan kesenangan manis kehidupan kekal di akhirat. Dalam Islam tradisi, Touba juga merupakan nama dari Pohon Syurga . Dalam Sufisme , simbolik pokok ini merupakan aspirasi untuk kesempurnaan rohani danmendekatkan diri dengan Allah .

Bamba Aamadu mengasaskan bandar Touba pada tahun 1887. Daripada padang gurun menjadi lokasi Masjid Agung, 40 tahun kemudian. Masjid Agung siap dibina pada tahun 1963. Dari 5.000 penduduk pada tahun 1964 kini menjadi 529.000 (2007).Touba adalah bandar kedua terbesar, selepas ibukota Dakar .

Muridiyyah

[sunting | sunting sumber]

Touba adalah kota suci gerakan Muridiyyah. Bamba Aamadu Mbàkke merupakan tokoh sufi Senegal. Beliau merupakan seorang guru rohaniah, memiliki misi sosial, menyelamatkan masyarakat dari pengasingan penjajah dan kembali ke jalan yang lurus. Bandar Touba memainkan peranan utama mentarbiahkan penduduk yang majoritinya Islam.

Kehidupan di Touba didominasi oleh amalan Muslim dan kebudayaan Islam. Sebuah ziarah tahunan besar, yang disebut Grand Magal , menarik satu dan dua juta pengunjung dari seluruh Senegal , Eropah dan Amerika.

Untuk gerakan persaudaraan Mourides, Touba adalah kota suci. Di kota suci ini dilarang pengambilan alkohol , tembakau , bermain games, muzik dan menari. Bandar ini merupakan zon pentadbiran autonomi dengan status undang-undang khusus .Pentadbiran autonomi dalam aspek pendidikan, kesihatan , bekalan air, perkhidmstan awam, pentadbiran pasar, pemilikan tanah, dan pembangunan perumahan.

Masjid Agung

[sunting | sunting sumber]

Di tengah kota suci Mouride terletaknya Masjid Agung, kononnya menjadi salah satu yang terbesar di benua Afrika . Sejak selesai pada tahun 1963 , terus diperbesar dan dihiasi. Masjid ini mempunyai lima menara dan tiga kubah besar dan merupakan tempat di mana Amadou Bamba, pengasas persaudaraan Mouride, dikebumikan. Menara masjid setinggi 87 meter merupakan monumen paling terkenal di Senegal. Lampu gantung merupakan acuan dari Lampu Sheikh Ibrāhīma. Masjid ini hanya terbuka bagi Muslim.

Di sekitar rumah masjid, para khalifah dari keturunan Mourid tinggal. Terdapat perpustakaan, telaga perdamaian dan makam. Syaikh Bara Mbacké, pemimpin Mourid, adalah Khalifah keenam Muridiyyah dan yang pertama bukan anak Aamadu Bamba Mbàkke. Dia sendiri tinggal di sebuah kompleks besar di hadapan masjid.