[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Rusiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rumput rusiga (atau juga dikenali dengan nama ilmiah Cyperaceae) adalah sebuah keluarga monokotiledon graminoid yang mempunyai bunga yang dikenali sebagai rusiga, yang menyerupai rumput. Keluarga ini juga amat luas, dengan lebih kurang 5,500 spesies disenaraikan dalam 90 buah genus,[1][2] dengan genus rusiga terbesar Carex[3][4] mengandungi lebih 2,000 spesies.[5] Spesies ini tersebar dengan luas, dan tertumpu di rantau Asia tropika and tropika Amerika Selatan. Walaupun rusiga dapat dijumpai di pelbagai jenis kawasan, ia sering dianggap hidup di tanah lembap, ataupun kawasan bertanah tidak subur.

Ciri-ciri yang membezakan anggota keluarga rusiga daripada rumput dan rumpai ialah batangnya yang jika dikerat, akan menghasilkan rentasan segi tiga (namun adakalanya berbentuk lain jika cacat) dan daun-daun yang disusun secara pilin dalam tiga tingkat (rumput mempunyai daun beralternatif yang membentuk dua tingkat).[6][7][8]

Rusiga-rusiga yang dikenali ramai termasuk sengkuang cina (Eleocharis dulcis) dan rusiga papirus (Cyperus papyrus), yang digunakan oleh tamadun Mesir sebagai kertas. Keluarga ini juga mengandungi rusiga kapas (Eriophorum), tiké (Eleocharis), rumput lancip (Cladium), rumput halia hitam (Cyperus rotundus, sejenis rumpai biasa), dan rumput sen­dayan (Rhynchospora colorata).

Cyperus rotundus, Kerala
Rusiga kapas berdaun lebar (Eriophorum latifolium)
Carex serotina
  1. ^ Christenhusz, M. J. M.; Byng, J. W. (2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. Magnolia Press. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  2. ^ R. Govaerts; D. A. Simpson; with J. Bruhl; T. Egorova; P. Goetghebeur; K. Wilson (2007). Word Checklist of Cyperaceae: Sedges. Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 978-1-84246-199-0.
  3. ^ "Sedge family – definition and more from the free Mirriam-Webster Dictionary". Mirriam-Webster. Dicapai pada 25 December 2013.
  4. ^ Milne, Lorus Johnson; Milne, Margery Joan Greene (1975). Living plants of the world. Random House. m/s. 301.
  5. ^ Hipp, Andrew L. (2007). "Nonuniform processes of chromosome evolution in sedges (Carex: Cyperaceae)" (PDF). Evolution. 61 (9): 2175–2194. doi:10.1111/j.1558-5646.2007.00183.x. ISSN 0014-3820. PMID 17767589. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-13. Dicapai pada 2018-12-10.
  6. ^ "Grasslike non-grasses". Backyard Nature. Dicapai pada December 30, 2014.
  7. ^ Ball, Peter W.; Reznicek, A. A.; Murray, David F. (2002), "Cyperaceae", dalam Flora of North America Editorial Committee (penyunting), Flora of North America North of Mexico (FNA), 23, New York and Oxford: Oxford University Press – melalui eFloras.org, Missouri Botanical Garden, St. Louis, MO & Harvard University Herbaria, Cambridge, MA Invalid |mode=Ralat Lua pada baris 14 di Modul:Citation_mode: attempt to index field 'global_cs1_config_t' (a nil value). (bantuan)
  8. ^ Brian R. Speer (September 29, 1995). "Glumiflorae: More on Morphology". University of California, Berkeley. Dicapai pada March 23, 2007.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]