Riccardo Orsolini
Fail:Orsolini LazioBologna.jpg | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Riccardo Orsolini | ||
Tarikh lahir | 24 Januari 1997 | ||
Tempat lahir | Ascoli Piceno, Itali | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Bologna | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
Ascoli | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2014–2017 | Ascoli | 50 | (8) |
2017–2019 | Juventus | 0 | (0) |
2017–2018 | → Atalanta (pinjam) | 8 | (0) |
2018–2019 | → Bologna (pinjam) | 43 | (8) |
2019– | Bologna | 23 | (7) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2016–2017 | Itali B20 | 12 | (8) |
2017–2019 | Itali B21 | 15 | (3) |
2019– | Itali | 1 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:19, 7 Februari 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:15, 18 November 2019 (UTC) |
Riccardo Orsolini (lahir 24 Januari 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Bologna dan pasukan kebangsaan Itali.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Orsolini merupakan produk dari akademi Ascoli. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior ketika musim 2015–16 di Serie B sebelum melakukan sembilan penampilan liga.
Pada 30 Januari 2017, Orsolini telah menyertai Juventus melalui kontrak yang berlanjutan sehingga Jun 2021 dengan nilai perpindahan 6 juta euro serta bonus bernilai 4 juta euro yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.[1]. Namun, Orsolini kekal bersama Ascoli Piceno sehingga ke penghujung musim.
Pada 14 Julai 2017, Orsolini telah dipinjamkan ke Atalanta selama dua musim.[2]
Orsolini kembali ke Juve sebelum dipinjamkan ke Bologna FC pada Januari 2017 selepas hanya beraksi sebagai pemain gantian sahaja ketika bersama Atalanta. Tempoh pinjaman kali ini selama 18 bulan bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[3] Pada 19 Jun 2019, Orsolini telah menandatangani kontrak bersama Bologna untuk melengkapkan perpindahannya yang tetap.[4]
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Ketika mewakili pasukan bawah-20 Itali, Orsolini mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017 dengan menjaringkan lima gol yang menyaksikan Itali menamatkan kejohanan di tempat ketiga, iaitu rekod terbaik mereka sepanjang sejarah kejohanan.[5][6] Dengan mempamerkan persembahan yang prolifik, beliau telah disenaraikan oleh media sebagai pemain terbaik Itali yang paling layak.[7]
Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama pasukan bawah-21 ketika di bawah kendalian jurulatih Luigi Di Biagio pada 1 September 2017 dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol.
Orsolini melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 18 November 2019 ketika di bawah bimbingan jurulatih Roberto Mancini. Beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Nicolò Barella dalam aksi membelasah Armenia 9-1 pada perlawanan terakhir kempen kelayakan UEFA Euro 2020. Beliau juga menjaringkan gol sulungnya bersama Itali pada perlawanan itu di samping membantu jaringan Federico Chiesa.[8]
Statistik kerjaya
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 7 Februari 2020.[9]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Lain | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Ascoli | 2015–16 | 9 | 0 | 0 | 0 | — | 9 | 0 | |||
2016–17 | 41 | 8 | 1 | 0 | 42 | 8 | |||||
Jumlah | 50 | 8 | 1 | 0 | — | 51 | 8 | ||||
Atalanta | 2017–18 | 8 | 0 | 1 | 0 | 1 | 0 | — | 10 | 0 | |
Bologna | 2017–18 | 8 | 0 | 0 | 0 | — | 8 | 0 | |||
2018–19 | 35 | 8 | 2 | 2 | 37 | 10 | |||||
2019–20 | 23 | 7 | 2 | 1 | 25 | 8 | |||||
Jumlah | 66 | 15 | 4 | 3 | — | 70 | 18 | ||||
Jumlah kerjaya | 124 | 23 | 6 | 3 | 1 | 0 | — | 131 | 26 |
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 18 November 2019.[10]
Pasukan kebangsaan Itali | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2019 | 1 | 1 |
Jumlah | 1 | 1 |
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
18 November 2019 | Palermo, Itali | Armenia | Kelayakan Euro 2020 |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Kasut Emas Piala Dunia B-20 FIFA: 2017 (5 gol)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Riccardo Orsolini joins Juventus". Juventus F.C. 30 January 2017. Dicapai pada 31 January 2017.
- ^ http://www.football-italia.net/105745/official-atalanta-sign-orsolini
- ^ https://www.football-italia.net/116526/official-bologna-loan-orsolini
- ^ "UFFICIALE: Bologna, riscattato Orsolini dalla Juventus". Dicapai pada 19 June 2019.
- ^ "FIFA U-20 World Cup South Korea 2015 – Award". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 11 June 2017.
- ^ Francesco Oddi (11 June 2017). "Mondiale Under 20, Uruguay-Italia 1-4 ai rigori: Plizzari super, azzurrini terzi" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 11 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Italia Under 20, Orsolini capocannoniere del Mondiale" (dalam bahasa Italian). Il Corriere dello Sport. 11 June 2017. Dicapai pada 11 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Italy: Armenia annihilated 9-1!". Football Italia. 18 November 2019. Dicapai pada 19 November 2019.
- ^ "Riccardo Orsolini » Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 23 February 2018.
- ^ Templat:NFT
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Riccardo Orsolini |
- (Inggeris) Profil Riccardo Orsolini di National-Football-Teams.com
- Biodata Riccardo Orsolini di Soccerway