[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Raja Permaisuri Agong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Permaisuri Agong Malaysia
راج ڤرمايسوري اݢوڠ
Persekutuan
Bendera Raja Permaisuri Agong
Penjawat kini
Raja Zarith Sofiah
sejak 31 Januari 2024
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Penyandang pertamaTunku Kurshiah
PersemayamanIstana Negara
Bendera Diraja Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong (Jawi: راج ڤرمايسوري اݢوڠ) merupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah: "Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" (Jawi: سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اݢوڠ).

Kedudukan, fungsi dan keistimewaan

[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun di antara sembilan pemerintah negeri-negeri di Malaysia, Raja Permaisuri Agong bukan dipilih dari kalangan permaisuri atau sultanah tetapi sebagai kemuliaan yang dikurniakan kepada isteri seseorang raja atau sultan sesuatu negeri untuk menjadi suri baginda yang setaraf apabila suaminya telah terpilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Walaupun pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong berubah setiap lima tahun, kemangkatan, perceraian atau perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong juga boleh memendekkan tempoh gelaran bagi Raja Permaisuri Agong.

Mengikut Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, jawatan tersebut bukanlah suatu kewajiban khusus yang termaktub di dalam perlembagaan dan juga asas pemilihan bagi seseorang raja ketika dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya, Raja Permaisuri Agong akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan rasmi dan tidak rasmi serta upacara diraja dan kenegaraan serta menerima turut kunjungan ketua negara dan pasangan mereka. Perkara 34 Perlembagaan Malaysia melarang Raja Permaisuri Agong daripada memegang apa-apa pelantikan, membawa apa-apa saraan, atau secara aktif terlibat dalam mana-mana perusahaan komersial. Raja Permaisuri Agong, bagaimanapun, berhak secara sah untuk menerima bayaran tahunan yang termasuk dalam Saraan Diraja Yang di-Pertuan Agong.[1]

Pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong yang suaminya mangkat ketika menjawat masih menerima pencen daripada Saraan Diraja Kerajaan Persekutuan. Mereka juga mendapat keutamaan sebaik selepas Yang di-Pertuan Agong yang memerintah, Raja Permaisuri Agong terkini, raja-raja yang masih memerintah, dan Yang di-Pertua Negeri. Kini, hanya seorang sahaja yang menerima keutamaan tersebut iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.

Senarai Raja Permaisuri Agong

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai Raja Permaisuri Agong serta tempoh baginda memegang tampuk tersebut:

Nombor Nama Negeri Bertakhta Kelahiran Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong
1 Tuanku Kurshiah  Negeri Sembilan 31 August 1957 – 1 April 1960 (1911-05-16)16 Mei 1911 2 Februari 1999(1999-02-02) (umur 87) Tuanku Abdul Rahman
2 Tengku Ampuan Jemaah  Selangor 14 April 1960 – 1 September 1960 1900 8 April 1973 (berumur 72–73) Sultan Hisamuddin Alam Shah
3 Tengku Budriah  Perlis 21 September 1960 – 20 September 1965 (1924-03-28)28 Mac 1924 28 November 2008(2008-11-28) (umur 84) Tuanku Syed Putra Jamalullail
4 Tengku Intan Zaharah  Terengganu 21 September 1965 – 20 September 1970 (1928-04-13)13 April 1928 24 Januari 2015(2015-01-24) (umur 86) Sultan Ismail Nasiruddin Shah
5 Sultanah Bahiyah  Kedah 21 September 1970 – 20 September 1975 (1930-08-24)24 Ogos 1930 26 Ogos 2003(2003-08-26) (umur 73) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
6 Raja Perempuan Zainab II  Kelantan 21 September 1975 – 29 Mac 1979 (1917-08-07)7 Ogos 1917 10 Januari 1993(1993-01-10) (umur 75) Sultan Yahya Petra
7 Tengku Ampuan Afzan  Pahang 29 Mac 1979 – 25 April 1984 (1932-12-04)4 Disember 1932 29 Jun 1988(1988-06-29) (umur 55) Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
8 Sultanah Zanariah  Johor 26 April 1984 – 25 April 1989 (1940-07-05)5 Julai 1940 17 Mac 2019(2019-03-17) (umur 78) Sultan Iskandar
9 Raja Permaisuri Bainun  Perak 26 April 1989 – 25 April 1994 (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 92) Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
10 Tunku Ampuan Najihah  Negeri Sembilan 26 April 1994 – 25 April 1999 (1923-09-01)1 September 1923 8 September 2023(2023-09-08) (umur 100) Tuanku Ja’afar
11 Tuanku Siti Aishah  Selangor 26 April 1999 – 21 November 2001 (1971-11-18) 18 November 1971 (umur 52) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
12 Tengku Fauziah  Perlis 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (1946-06-06) 6 Jun 1946 (umur 78) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
13 Tuanku Nur Zahirah  Terengganu 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 50) Sultan Mizan Zainal Abidin
14 Tuanku Hajah Haminah  Kedah 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1953-07-15) 15 Julai 1953 (umur 71) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah1
16 Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  Pahang 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024 (1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 64) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
17 Raja Zarith Sofiah  Johor 31 Januari 2024 - kini (1959-08-14) 14 Ogos 1959 (umur 65) Sultan Ibrahim
1. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang menduduki takhta singgahsana sebanyak dua kali.[2] Sultanah Haminah Hamidun ialah isteri rasmi kedua sejak tahun 1975.
2.  Sultan Muhammad V menduduki takhta singgahsana tanpa permaisuri kerana ketika itu isteri baginda Sultanah Nur Diana Petra Abdullah belum diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan sehingga tahun 2022.[3]

Senarai bekas Raja Permaisuri Agong yang masih hidup

[sunting | sunting sumber]
Nama Negeri Bertakhta Kelahiran Yang di-Pertuan Agong Catatan
Raja Permaisuri Tuanku Bainun  Perak 1989-1994 (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 92) Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Permaisuri Siti Aishah  Selangor 1999-2001 (1971-11-18) 18 November 1971 (umur 52) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Gelaran terkini ialah Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah
Tuanku Fauziah  Perlis 2001-2006 (1946-06-06) 6 Jun 1946 (umur 78) Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Gelaran terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis
Sultanah Nur Zahirah  Terengganu 2006-2011 (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 50) Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Gelaran terkini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu
Che Puan Besar Haminah  Kedah 2011-2016 (1953-07-15) 15 Julai 1953 (umur 71) Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  Pahang 2019-2024 (1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 64) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Gelaran terkini ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang

YMM Tunku Ampuan Najihah mantan Raja Permaisuri Agong yang ke-10 (1994-1999) dan mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat pada jam 6.53 pagi, pada hari Jumaat bertarikh pada 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur di usia 100 tahun 7 hari.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ A Aziz, Shamrahayu (29 Oktober 2014). "Institusi raja tetap dibatasi undang-undang". BH Online. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Bernama (14 October 2011). "Kedah Sultan To Be Next King, For The Second Time". Dicapai pada 14 October 2011.
  3. ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  4. ^ BADRUL HAFIZAN MAT ISA (8 September 2023). Tunku Ampuan Najihah mangkat Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2023.