[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pygmalion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pygmalion (Bahasa Yunani Kuno: Πυγμαλίων, Pugmalíōn) merupakan seorang watak yang terkenal diceritakan dalam salah satu cerita disajakkan Metamorphoses karya Ovidius yang di mana Pygmalion adalah pengukir yang jatuh cinta dengan patung yang telah diukirnya.

Dalam Metamorphoses

[sunting | sunting sumber]

Pygmalion adalah pengukir dari Cyprus yang mengukir patung berupa seorang wanita daripada gading; dia merasakan tidak lagi berminat dengan wanita sebenar setelah merasa jelek melihat kelakuan seberapa orang wanita yang melacurkan diri kerana rasa angkuh mereka terhadap dewi Venus.[1] Walau bagaimanapun, Pygmalion kemudiannya mendapati patungnya diukir begitu indah dan realistik sehingga dia jatuh cinta kepada patung itu

Setelah beberapa lama, hari keraian dewi Venus tiba dan Pygmalion segera melakukan upcara pemujaan kepada dewi tersebut di mazbah kuil Aphrodite; dia dalam diamnya mengucapkan hasratnya mendapatkan seorang isteri yang "secantik [rupa] patung gading"nya. Setelah dia kembali ke kediamannya, dia mencium patung ukirannya seperti biasa, namun mendapati patung tersebut melembut menjadi manusia biasa - sang dewi Venus rupanya telah mengabulkan hajatnya. Dia berkahwin dengan manusia jelmaan baru ini dan dari hasil perkahwinan ini lahirnya seorang ana perempuan bernama Paphos.

  1. ^ Morford, Mark (2007). "Classical Mythology". Oxford University Press, p. 184