Program nuklear Iran
Program nuklear Iran dilancarkan pada era 1950-an dengan bantuan Amerika Syarikat sebagai sebahagian program Atoms for Peace.[1] Selepas Revolusi Iran pada tahun 1979, kerajaan Iran membubarkan program ini untuk seketika. Dengan sokongan yang rapuh dari negara-negara barat, Iran menghidupkan semula program nuklearnya. Negara Iran buat masa ini mempunyai beberapa makmal penyelidikan nuklear, dua buah lombong uranium, sebuah reaktor penyelidikan nuklear dan tiga buah loji pengayaan uranium.[2]
Iran mengumumkan bahawa program nuklear mereka adalah untuk menjana tenaga elektrik,[3] tetapi Amerika Syarikat dan beberapa negara lain mendakwa Iran cuba membangunkan senjata nuklear. Namun begitu, pegawai-pegawai kerajaan Iran menyangkal dakwaan ini. Loji kuasa nuklear pertama Iran yang telah lama tergendala, Bushehr I, dijangka akan mula beroperasi pada musim panas 2010.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekatan PBB
[sunting | sunting sumber]Isu nuklear Iran mula dibincangkan dalam Majlis Keselamatan PBB pada Mac 2006. Lalu pada Julai tahun yang sama Resolusi 1696 Majlis Keselamatan PBB dikeluarkan, mendesak Iran untuk menghentikan program pengayaan uraniumnya.[5]
Kuasa-kuasa dunia kemudian bersetuju untuk mengenakan sekatan terhadap Iran kerana keengganan mereka untuk memberhentikan program nuklearnya secara sukarela. Pada 23 Disember 2006, Majlis Keselamatan PBB (MKPBB) meluluskan Resolusi 1737, yang mengharamkan sebarang pembekalan bahan-bahan atau teknologi nuklear kepada Iran. Resolusi itu juga turut menyatakan jika Iran gagal menghentikan program pengayaan uraniumnya, Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan bukan ketenteraan lain ke atas Iran.[6]
Dengan program nuklear Iran masih berterusan, pada Mac 2007 MKPBB mengundi memperluas ruang lingkup sekatan melalui Resolusi 1747. Ia menghalang semua eksport senjata kepada Iran, membekukan aset dan menghadkan perjalanan orang yang dianggap terlibat dengan program nuklear.[5]
Setahun kemudian, dalam Resolusi 1803 pada Mac 2008, MKPBB sekali lagi memperluas skop sekatan untuk meliputi institusi kewangan dan barangan dwi-kegunaan yang mungkin boleh digunakan untuk tujuan nuklear atau peluru berpandu.[7]
Pertukaran uranium
[sunting | sunting sumber]Pada 17 Mei 2010, Kementerian Luar Iran, Brazil dan Turki mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pertukaran uranium diperkaya rendah Iran untuk bahan api siap diperkaya bagi Reaktor Penyelidikan Teheran, suatu cadangan yang akan dimajukan secara rasmi kepada IAEA dalam tempoh seminggu.[8]
Mengikut analisis awal usul ini dengan sendirinya sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan isu mengawal kemungkinan program senjata nuklear Iran tetapi ia mungkin akan menjejaskan usaha sekatan pusingan ke-4 untuk memaksa Iran mengikuti tindakan lain.[9] Amerika Syarikat dan sekutu Eropahnya masih berusaha mengenakan sekatan tambahan kepada Iran,[9][10] dan telah mengedarkan teks cadangan sekatan terbaru mereka. Brazil dan Turki, ahli sementara MKPBB, menyatakan rasa kecewa atas cadangan sekatan itu.[11]
Rundingan dengan P5+1
[sunting | sunting sumber]Sejak 2006, Iran telah menjalankan satu siri mesyuarat dengan sekumpulan enam negara: Amerika Syarikat, China, Jerman, Perancis, Rusia, United Kingdom. Kumpulan ini dikenali sebagai P5+1 (lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB campur Jerman) atau alternatifnya E3+3.[12]
Mesyuarat telah diadakan di Teheran (Jun 2008), Geneva (Julai 2008), Geneva (Oktober 2009), Istanbul (April 2012), Baghdad (Mei 2012), Moscow (Jun 2012) dan Almaty (April 2013).[12]
Pada 15–16 Oktober 2013, perunding utama P5+1 dan Iran bertemu lagi di Geneva diikuti pertemuan pakar di Vienna pada 30–31 Oktober. Para perunding utama bertemu lagi pada 7–8 November dan di akhirnya turut disertai menteri luar P5+1, namun masih tidak dapat menyetujui satu rangka kerja.[13]
Pada 24 November, menteri luar Iran dan P5+1 akhirnya bersetuju satu urus janji sementara enam-bulan yang melibatkan pembekuan bahagian penting program nuklear Iran sebagai pertukaran pelonggaran sekatan, bagi memberikan masa merundingkan persetujuan jangka panjang. Iran akan berhenti mengayakan uranium melebihi 5%, dan menghentikan pembangunan loji Arak. PBB akan diberikan kerjasama lebih bagi pemeriksaan. Sebagai balasan, Iran akan mendapat pelepasan daripada sekatan ekonomi bernilai kira-kira AS$7 bilion (£4.3 bilion) dan tiada sekatan tambahan akan dikenakan.[14][15]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sam Roe (28 Januari 2007). "An atomic threat made in America". Chicago Tribune. Dicapai pada 2009-07-01.
- ^ Haidar, J.I., 2015."Sanctions and Exports Deflection: Evidence from Iran," Paris School of Economics, University of Paris 1 Pantheon Sorbonne, Mimeo
- ^ "Nuclear Power Plants Will Generate 6,000 MW by 2010" (PDF). Iran Daily. Dicapai pada 25 April 2006.
- ^ Putin Predicts Summer Start for Iranian Reactor, Peter Crall, Arms Control Today, April 2010.
- ^ a b UN sanctions against Iran BBC News. 25 September 2009.
- ^ "UN passes Iran nuclear sanctions". BBC News. BBC. 13 Disember 2006. Dicapai pada 23 Disember 2006.
- ^ "Security Council Tightens Restrictions on Iran's Proliferation-Sensitive Nuclear Activities, Increases Vigilance Over Iranian Banks, Has States Inspect Cargo". PBB. 2008. Dicapai pada 2009-09-20.
- ^ "Joint declaration by Iran, Turkey and Brazil". Financial Times. 17 Mei 2010. Dicapai pada 17 Mei 2010.
- ^ a b "Iran hit by fresh UN nuclear sanctions threat". 18 Mei 2010. Dicapai pada 19 Mei 2010.
- ^ "Draft of: Iran Resolution Elements" (PDF). Washington Post. 19 Mei 2010. Dicapai pada 19 Mei 2010.
- ^ Brazil, Turkey urge delay in UN sanctions vote on Iran BBC News. 19 Mei 2010.
- ^ a b Kelsey Davenport (November 2013). "History of Official Proposals on the Iranian Nuclear Issue - P5+1 Proposals". Arms Control Association. Dicapai pada 27 November 2013.
- ^ Democracy in America (10 November 2013). "America and Iran: Bazaar rhetoric". The Economist. Dicapai pada 24 November 2013.
- ^ "Iran agrees to curb nuclear activity at Geneva talks". BBC News. 24 November 2013. Dicapai pada 27 November 2013.
- ^ Anne Gearan and Joby Warrick. "Iran, world powers reach historic nuclear deal with Iran". The Washington Post. Dicapai pada 24 November 2013.