[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pilihan raya Filipina 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum Filipina 2010

← 2004 10 Mei 2010 2016 →
 
Calon Noynoy Aquino Joseph Estrada Richard Gordon
Parti Liberal PMP Bagumbayan-VNP
Calon pasangan Mar Roxas Jejomar Binay Bayani Fernando

 
Calon Gilberto Teodoro Eddie Villanueva Manny Villar
Parti Lakas-Kampi-CMD Bangon Pilipinas Parti Nasionalis
Calon pasangan Edu Manzano Perfecto Yasay, Jr. Loren Legarda

Keputusan akhir peringkat wilayah

Presiden sebelum pilihan raya

Gloria Macapagal-Arroyo
Lakas-Kampi-CMD

Terpilih

Noynoy Aquino
Liberal

Pilihan raya Filipina 2010 diadakan pada 10 Mei 2010 bagi memilih seorang Presiden, seorang Naib Presiden, 300 ahli senat dan 17,600 pegawai kerajaan tempatan. Pemenang akan menjadi Presiden Filipina ke-15 menggantikan Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang tamat tempoh. Naib Presiden Noli de Castro dibenarkan tetapi tidak bertanding untuk menjadi Presiden Filipina.

Pilihan raya ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berdasarkan Undang-Undang Republik 9369. Ada 85,000 calon untuk 17,000 kerusi kebangsaan dan tempatan. 40 % pengundi berumur 18-35 tahun. 50 juta rakyat Filipina membuang undi di lebih 80,000 pusat pengundian.[1]

Sesuai dengan perkembangan teknologi komputer, keputusan pilihan raya dikeluarkan secara automatik, buat kali pertama di Filipina. Sistem kiraan automatik ini berhadapan masalah teknikal namun kebanyakaannya dapat diselesaikan sebelum hari pengundian.[2]. Bagaimanapun, keputusan tidak dapat dikeluarkan segera akibat tuduhan penipuan, kejadian keganasan dan sabotaj di sesetengah tempat.[3]

Calon Presiden

[sunting | sunting sumber]
  1. Benigno Aquino anak lelaki kepada wanita ikon demokrasi kebangsaan, Corazon Aquino.Tinjauan awal mendapati 42 % rakyat akan mengundi beliau sebagai presiden baru. Media internet dan SMS menuduh beliau penagih dadah marijuana dan ada laporan psikiatri (mental).
  2. Manny Villar. Jutawan hartanah bergabung dengan jaguh tinju, Manny Pacquiao dan calon Naib Presiden Filipina, Loren Legarda di Sarangani, Mindanao. Manny Villar dituduh menipu kematian adiknya. Beliau menggunakan iklan sebagai taktik kempen dan berjaya mengumpul 40 % undi popular.
  3. Joseph Estrada - bekas Presiden Filipina yang cuba bangkit semula selepas disingkirkan pada 2001 dan didapati bersalah kerana jenayah rasuah.
  4. Gilberto Teodoro - bekas Menteri Pertahanan era Gloria Arroyo. Beliau mendapat 5 % undi popular.
  5. Manny Pacquiao - juara tinju sebanyak 7 kali yang merebut kerusi dewan rendah Kongres, Dewan Perwakilan.
  6. Imelda Marcos (80) - balu bekas Presiden Ferdinand Marcos. Beliau betanding di wilayah Illocos Norte di utara Filipina. Kerusi ini ditinggalkan oleh anak lelakinya Ferdinand Marcos Jr.[4]

Taktik kempen

[sunting | sunting sumber]

Jorge Tigno, profesor politik sains di Universiti Filipina tidak senang taktik menggunakan SMS dan internet untuk memburuk-burukkan calon. Perkembangan ini disifatkan sebagai pilihan raya kelas rendah, tidak bermoral. Penggunaan internet meningkat semenjak Pilihan raya Presiden Filipina 2004 lagi. Internet dan SMS digemari oleh golongan muda (18-35 tahun).[5]

Calon akan mengadakan rapat umum dan iklan secara besar-besaran. Pengarah Urusan kumpulan Political and Economic Risk Consultancy di Hong Kong, Robert Broadfoot melihat taktik ini mngundang bahaya.

Pembunuhan biasa berlaku dalam pilihan raya Filipina. 130 kes pembunuhan politik semasa pilihan raya 2007. 57 kes pembunuhan politik pada 2009 termasuk pembunuhan beramai-ramai di selatan Filipina. Ia didalangi oleh pasukan tentera persendirian dan kerajaan gagal membendungnya. Senator Benigno 'Noynoy' Aquino III dan Senator Manuel Villar berikrar tidak akan menghapuskan pasukan tentera persendirian.

Lebih kronik,pendakwa bersubahat, menggugurkan tuduhan ke atas Ampatuan Jr daripada tuduhan Pembunuhan beramai-ramai di Mindanao selatan Filipina pada 23 November 2009. Ampatuan Jr. didakwa mengetuai pasukan tentera persendirian milik bapanya, bekas gabenor berpengaruh di wilayah Mindanao Andal Ampatuan Sr untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu. 57 orang awam dan 30 wartawan dibunuh ketika dalam perjalanan penamaan calon pilihan raya daerah. Tentera pensendirian ditugaskan untuk mengekang pemberontak komunis dan kumpulan pemisah Islam.[6]

Nasib selatan Filipina

[sunting | sunting sumber]

Konflik Mindanao selama 40 tahun dijangka berterusan kerana ahli politik enggan dilihat bertolak ansur dan berunding dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Perjanjian damai sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur dan Malaysia menjadi orang tengah. Perjanjian damai dibatalkan kerana Mahkamah Agung Filipina apabila draf perjanjian damai itu dikatakan menyalahi perlembagaan.

Penduduk Kristian di wilayah Cotabato Utara turut membantah kerana kerajaan Filipina gagal mendedahkan butiran kandungan perjanjian itu. Konflik itu menjadi aset politik kepada Ferdinand Marcos, Joseph Estrada dan Corazon Aquino. 100,000 nyawa diragut dan sokongan masyarakat Kristian di utara dapat diraih .[7]

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Calon presiden yang mendapat undi terbanyak akan menjadi presiden. Pemilihan berasingan diadakan untuk timbalan presiden, dan beliau tidak perlu menjadi pasangan pencalonan presiden untuk bertanding.

Pilihan raya presiden Filipina 2010
Calon Parti Keputusan
Undi %
Noynoy Aquino Liberal 14,641,803 42.03%
Joseph Estrada PMP 9,125,823 26.20%
Manny Villar Nacionalista 5,384,262 15.46%
Gilberto Teodoro Lakas-CMD 3,965,602 11.38%
Eddie Villanueva Bangon Pilipinas 1,088,439 3.12%
Richard Gordon Bagumbayan-VNP 489,832 1.41%
Nicanor Perlas Bebas 52,734 0.15%
Jamby Madrigal Bebas 44,695 0.13%
John Carlos de los Reyes Ang Kapatiran 42,694 0.12%
Jumlah undi sah 34,835,884 99.50%
Vetallano Acosta (dibatalkan)* KBL 174,747 0.50%
Jumlah undi (tidak termasuk rosak) 35,010,631 68.26%
Pengundi berdaftar 51,292,465 100.00%
Kerusi dikira 273 dari 278 98.20%

*Vetallano Acosta (KBL) dibatalkan kelayakan selepas pengundian dijalankan. Semua undinya dianggap rosak

Timbalan Presiden

[sunting | sunting sumber]
Calon Parti Keputusan
Undi %
Jejomar Binay PDP-Laban[v 1] 14,084,879 41.55%
Mar Roxas Liberal 13,440,127 39.65%
Loren Legarda GNR[v 2] 4,125,588 12.17%
Bayani Fernando Bagumbayan-VNP 992,778 2.93%
Edu Manzano Lakas-CMD 790,091 2.33%
Perfecto Yasay Bangon Pilipinas 380,628 1.03%
Jay Sonza KBL 62,139 0.18%
Dominador Chipeco, Jr. Ang Kapatiran 50,878 0.15%
Jumlah undi (tidak termasuk rosak) 33,897,105 66.09%
Pengundi berdaftar 51,292,465 100.00%
Kerusi dikira 273 dari 278 98.20%
  1. ^ Binay adalah calon tetamu Joseph Estrada (PMP) untuk naib presiden.
  2. ^ Legarda adalah calon tetamu Manny Villar (Nacionalista) untuk naib presiden.

Separuh daripada kerusi senat dipertandingkan.

Pilihan raya Senat Filipina 2010
Calon Parti Undi %
Bong Revilla Lakas-Kampi-CMD 18,064,856
Jinggoy Estrada PMP 17,646,265
Miriam Defensor Santiago PPR 16,118,967
Franklin Drilon Liberal 14,759,103
Juan Ponce Enrile PMP 14,592,736
Pia Cayetano Nacionalista 12,765,863
Ferdinand Marcos, Jr. Nacionalista 12,323,528
Ralph Recto Liberal 11,529,294
Vicente Sotto III GNR 11,107,895
Sergio Osmeña III Bebas 10,807,988
Lito Lapid Lakas-Kampi-CMD 10,217,702
Teofisto Guingona III Liberal 9,578,265
Risa Hontiveros-Baraquel Liberal 8,507,137
Ruffy Biazon Liberal 8,047,374
Joey de Venecia PMP 7,826,848
Gilbert Remulla Nacionalista 6,965,229
Danilo Lim Bebas 6,830,491
Sonia Roco Liberal 6,290,925
Setakat 2 Jun 2010

Dewan Perwakilan

[sunting | sunting sumber]

Semua kerusi dipertandingkan.

Pemilihan Dewan Perwakilan 2010
Parti Undi naik Bertanding Menang Berubah
Jumlah % Jumlah %[n 1]
Lakas Kampi CMD gabungan 12,938,815 38.36% 139 166 104 36.46% −33
Liberal gabungan 6,846,128 20.30% 19 135 45 15.85% +26
GNR 5,227,075 15.39% 29 72 31 10.76% +2
Nasionalis gabungan 3,863,019 11.45% 44 140 26 9.38% +11
Bebas 2,394,002 7.05% 4[n 2] 230 7 2.43% +3
PMP gabungan 971,026 2.88% 3 47 6 2.08% +3
PDP-Laban 285,317 0.85% 5[n 3] 14 2 0.69% −3
PDSP 171,345 0.51% 0 4 1 0.35% +1
LDP 162,434 0.48% 1 3 2 0.69% +1
KBL 158,416 0.47% 0 10 1 0.35% +1
Lapiang Manggagawa 88,981 0.26% 1 3 1 0.35% 0
Parti lain 421,510 1.25% 1 59 0 0.00% −1
Undi sah 33,731,662 90.92%
Undi tidak sah/kosong 3,369,828 9.08%
Jumlah 37,301,490 100.00% 221 792 230 80.21% +9
Jumlah pengundi/pengundi hadir 50,723,733[n 4] 73.14%
  1. ^ Daripada semua 286 ahli Dewan, termasuk wakil parti tersenarai.
  2. ^ Termasuk Jose de Venecia, yang kini tiada parti.
  3. ^ Termasuk ahli United Opposition.
  4. ^ Tidak termasuk pengundi luar negara (568,732) yang tidak layak mengundi di peringkat daerah.

Beberapa kawasan di Lanao del Sur akan mengadakan semula pilihan raya pada 3 Jun selepas gagal dilakukan pada 10 Mei.