[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Perodua Kancil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perodua Kancil (L200/L201)
Maklumat
PengilangMalaysia Perusahaan Otomobil Kedua
Indonesia PT Karunia Abadi Niaga Citra Indah Lestari
Juga dikenaliPerodua Nippa ( United Kingdom)
Daihatsu Ceria ( Indonesia)
Pengeluaran1994-2009
722,223 buah
PenggantiPerodua Kelisa
KelasHatchback / Kei Car / Mini Car
Gaya badanHatchback 5 pintu
Reka letakFF layout
Enjin657cc EF-CL SOHC Carburetor (31hp)
847cc ED-10 SOHC Carburetor (37hp)
847cc ED-DE DOHC Injection (50hp)
Penghantaran4/5 kelajuan manual
3 kelajuan automatik
Jarak roda2,280 mm (89.8 in)
Panjang3,395 mm (133.7 in)
Lebar1,395 mm (54.9 in)
Tinggi1,415 mm (55.7 in)
Berat Curb650–690 kg (1,430–1,520 lb)
BerkaitDaihatsu Mira (generasi ketiga / Siri L200)

Perodua Kancil (dikenali sebagai Perodua Nippa di pasaran United Kingdom dan Daihatsu Ceria di pasaran Indonesia) merupakan sebuah kereta kecil yang pertama dikeluarkan oleh Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA).Ia mula dilancarkan pada tahun 1994. Ia dinamakan Kancil sempena nama seekor binatang bijak yang pernah muncul dalam cerita-cerita kanak-kanak zaman dahulu.

Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Viva.

Perodua Kancil merupakan kereta keluaran pertama PERODUA sejak dilancarkan pada 1994. Ia mempunyai 4 pintu dengan keluasan 5 tempat duduk. Perodua Kancil ke-50,000 dilancarkan pada 1996. Perodua Kancil ke-100,000 dilancarkan pada 1997. Perodua Kancil ke-250,000 dilancarkan pada tahun 1999. Tetapi, penjualan Perodua Kancil berhenti pada 2009 dengan penjualan 722,223 buah, dan ia telah bertukar kepada Perodua Kelisa.

Kancil merupakan model paling popular terutama kepada pemandu baru dan wanita serta paling banyak digunakan oleh sekolah memandu. Ia kecil, kompak dan menjimatkan dari segi bahan api (RM 10.00 untuk kira-kira 100 kilometer).

Kancil pertama kalinya dikeluarkan dengan enjin 3 silinder, 659cc kaburator dengan transmisi 4 kelajuan. Model ini mempunyai peminatnya sendiri sebagai Model Pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Perodua.

Kancil mempunyai 3 model berbeza dan 4 kali menerima facelift (mengikut tahun):

  • Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
  • Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.
  • Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.


MODEL TAMBAHAN

Perodua Kancil juga dihasilkan dengan model-model terhad seperti :


• ERA

• Special Edition